(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Sunday, September 26, 2010

20 amalan murah rezeki

Disiarkan pada Rabu, 25 Februari 2009 @ 16:09:52 oleh istisafa


Akhma menulis: "Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

"


Diambil daripada
http://www.hanan.com/

Semoga menjadi panduan kepada kita semua.

Saturday, September 25, 2010

HH Crews day 2010

Salam ukhuwwah fillah..

Di bulan syawal yang mulia ini pastinya ramai yang membuat rumah terbuka, menghadiri jamuan hari raya sana sini situ.So..selamat menjamu selera sesambil merapatkan ukhuwwah yang sudah terjalin.Dan ada pula ingin melakukan puasa sunat 6 hari dibulan Syawal.Lakukanlah amalan sunat ini dengan penuh tawaddu' dan ikhlas jangan pula di jadikan sebagai perlumbaan dan untuk bermegah2.Makanya sudah penat menahan lapar dan dahaga dan sebagainya tapi sezarrah pahala pun tak dapatkan.


Kali ni mama izan nak bercerita xtvt kami ke Cherating..HH(hawami hardware) Crews Day 2010. Tahun lepas hanya makan di restoran ikan bakar kat Tanjung Lumpur, Kuantan..memang sedap.Jadinya tahun ni wat barbekue sendri jerlah lebih puashatikan.


Kami berxtvt pada 13 & 14 Sept. 2010..hari bekerja sewa chalet Rm100 sebilik.Kalo hari cuti Rm 130 sebilik..murahkan..kami menginap di Mercu Beach Resort,Cherating.Dari temerloh lebih kurang 1 1/2jam ...signboardnyer keciklah sangat..kalo drive laju sure x nampak.Pandangan luarnya macam xbest nampak suram jek..tapi bila dah bermalam dan merasainya seronok kat sini.
Aksi anak2 bermandi manda..aah..tue dia..

asyik dok btulkan baju jer myra ni..




ready nak terjun..



Sesampai jer sana..x menyempat bebudak ni nak mandi "koyam".




Tepi pantai nan indah..nyior melambai..ombak menderu memukul pantai..hati yang resah menjadi damai..


Bab2 bakar ayam ni biarlah kaum lelaki yang setelkan..xkan mama dengan anak2 lak kan..nanti abih comot2 sumernyer.Membakar di tepi pantai..xsampai 5min pun naik mr.Hilux.Dulu leh jer bakar lam kawasan chalet tue..tapi xleh sekarang..sebabnya ramai yang tak ikut praturankan.Jadinya kami cari tempat tepi pantailah.

xtvt bakar ayam sampai ke malam..



Ermm..HH crews ni x siap lagi bakar ayam, jadinya cik suami anto kami anak beranak ke chalet..sebabnyer diorang dah x keruan nak mandi shower lak.

Sesampai jer cini terus mandi..so rimaslah diorang terus buat xtvt bakar ayam.Bukannyer banyak pun..2 ekor jer.Tapi lambatnyerlah nak masak..

Seekor kami dah jamah kat tepi pantai ni..Ade lagi makanan..mama izan wat mee hun goreng,coleslaw dan potato salad gitu..puas tul makan.Takde lak gambarnyer sebabnyer semasing dah kelaparan nak makan.Sekor lagi makan kat chalet sesambil nengok orang len bermandi manda lam kolam. sampai ke kul 12 mlm pun stil ade yang mandi lagi.
Esoknya after solat subuh, mama izan dan suami bermandi kolam smentara anak2 sedang tido.kami buka sliding door supaya leh dengar baby nangis.Pepagi xde pun orang len mandi..kami pun berenang2 yer. mula2 mama ingatkan sejuklah sangat..rupernyer suam2 kuku jer airnya.Kalo kamu orang nak tau nilah kali pertama mama izan mandi kolam walaupun dah 29 tahun hidup.Terketar2 jugaklah nak masuk sebab air betul2 paras dagu mama..tersilap sket sure tenggelamkan.Dapatlah blajar berenang lam 1/2jam..kalo baby xbangun lagi..rasenyer nak main lagi..

Bergambar sebelum sarapan




Ramai betul bebudak mandi..


Aniq pun nak main air gak..x keruan tuh..



Berendam untuk kesekian kalinya sebelum nak balik..


Mandi "koyam" hari ke-2.Fariz dah brani nak lompat..



Setelah anak2 puashati berendam dan bermain air sehingga kesejukan..terus saja nak susu.Sementara tu mama izan pun mengemaslah bebarang yang berselerak, sumenyer sumbat lam beg. Perkara paling mama izan x suke kalo gi bercuti ialah mengemas nak pegi dan mase nak lek.Sebabnya tang ngemas ni Cik suami memang xleh nak nolong.

Anak2 puashati, jadinya mamanya pun puas jugalah dapat berendam sekejap.Maybe mase akan datang kami ke sini lagi sebabnya ratenya murah..lagipun buat ape nak cecantik sangat chalet..just untuk tido jer..xtvt banyak di luarkan2.
Asyik2 kuantan jer yer..mungkin tahun depan leh rancang kat utara ka,selatan ka atau barat ka. mama tingin nak pegi Teluk Batik,Perak..x pernah lagi pegi.


Rasenyer ini saja yang dapat mama izan kongsikan untuk pembaca yang berminatlahkan nak bawa anak2 bercuti.ok..wassalam.

Friday, September 17, 2010

Eidul fitri 2010

Salam ukhuwwah buat semua...

Dikesempatan ini ingin kami mengucapkan Selamat Menyambut hari Raya eidulfitri dan mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap yang disedari atau tak disedari. Semoga amalan kunjung mengunjung dapat merapatkan lagi ukhuwwah sesama kita.
Pagi raya pertama kami di jenderam hilir bersama2 PIL dan iparduai yang ada.Tapi..anak dara kami sedihlah plak..sebab cousin2nya lek kelate..
papa menggodek kamera sapelah tue..
Mama izan dan keluarga..tema kebiruan gitu..ahaks


Sebelum menunaikan solat sunat hari raya.FIL mama beri sedikit peringatan kepada anak2 dan menantu2nya untuk dijadikan bekalan di masa hadapan.Serta bersalam2man dan bermaafan.
Selain menjamu selera..aktiviti semasa hari raya..apa lagikan kalo bukan bergambar bagai..nak wat camno..mase nilah baru ade mood nak bergambar sakan.

Bergambar bersama ipar duai dan biras..

Petang raya pertama mama izan dan family berkunjung pula ke klang ziarah emak dan ayah serta adik beradik..takde gambarlah..mase tue mama xingat langsung nak bergambar.

Malamnya kami berkunjung ke rumah mak mertua adik2 mama izan. Emm..kemain berselera suami mama menjamu..maklum sajalh mereka sume tu masak sedap..mama pun makan segala juadah yang disediakan..mama makan sket jer tiap2 makanan tu..kalo tak molotup lak perut mama ni..memang seedaap...tokey kateringlah katakan..

Esoknya ziarah jiran depan umah.Dan kembali ke jenderam semula.

Suami mama nak pasang kipas dan wat ape2 yang patut..yerlahkan..masa cuti raye panjang..so settlekan pape yang terbelangkai tuh.

Malamnya bersoping beli barang2 untuk family day dan mama prepare pape yang patut.Ayam mama dah peram siap2 sebelum lek bercuti raye.

Masa yang dinanti..sudah tiba ..sebelum ke cherating kami lek umah kat temerloh wat pape yang patut.Nak tahu apa aktiviti di cherating??

nantikan entry berikutnya...wassalam

Sunday, September 5, 2010

Luahan hati vs rungutan

Salam ukhuwwah fillah...

Semoga pengunjung blog ini sihat wala'fiat.Mama dah tak tahan dengan apa yang terkandung dalam benak fikiran ni.Jadinya mama nak kongsikan dengan rakan2 yang sudi membaca.Semua yang mama akan catatkan melalui pemerhatian dan pengalaman mama.Mama juga rase terpanggil untuk kongsikan semua ini kerana mereka yang bukan terlibat dalam bidang perniagaan tidak tahu selok belok dan protokol dalam perniagaan,kami juga sering disalahtafsirkan oleh ramai orang.Sesiapa saje nak merasai yang kami rase boleh baca catatan ini tanpa rase bersalah.

Kenaikan harga minyak memang betul2 menguji kesabaran kami melayan kerenah kastemer yang tidak faham.Tapi suami mama tetap sabar.Kalo mama nak je cakap..en.kalo nak murah pegi KL belilah.Memang di KL murah berbanding temerloh.Mama dah tinggal di Selangor selama 27 tahun dan baru 3tahun tinggal di temerloh,tahu sangat harga2 barangan ni.Buah rambutan kat sini sekilo RM5, di KL sekilo RM2/3..beza RM2.Stakat nak beli 2,3 kilo,mama beli jer mama peniaga jadi tak banyak songeh.Yerlahkan takkan nak g KL beli rambutankan, minyak, tol, saman ekor lagi tak berbaloi.

Ayam kat temerloh sekilo RM8.20, di KL RM6.80..mama beli jer..tak berbaloi dan tak balik modallah kalo nak beli kat KL sebab KL murah,even beli 10 ekor ayam belum tentu dapat cover duit minyak dan tol..betul tak??Minyak dan tol ulang alik Kl-temerloh RM100.Nape harga ayam kat temerloh mahal sangat,sedangkan penjual tu kata amik ayam dekat area temerloh juga.Sebabnya makanan2 ayam2 tu datangnya dari KL.

Alatan mesin seperti black and decker mama ade jual..harga kos kat sini sama dengan harga jual kt KL, katakan harga jual di KL RM100 takkan kami nak jual sama macam Kl takde untung ma..90% barang2 dalam kedai kami semuanya dari KL.Kos penghantaran sebabkan harga tinggi disini..kalo berniaga takde untung baik tak yah meniaga.

kami jual cat sissons dan kilangnya di nilai.Seminggu selepas harga minyak naik baru2 ni kami dah dapat surat dari sissons mengatakan harga cat naik. 1 tin cat RM5 mahal dari harga di KL.Kami amik cat melalui pembekal Pantai Timur yang berada di Kuantan jadinya kami dapat harga runcitlah.Boleh nak jual murah, amik direct dari kilang tapi adelah protokolnya kene amik dalam jumlah yang banyak..manalah kami mampu..kami peniaga runcit jer bukannya borong.

Peniaga macam kami sering disalahertikan..ade yang kata amik untung lebihlah,itulah,inilah.Takde maknenya sume tu..kalo jual mahal dari harga pasaran sape nak beli..?? sudah tentu kene ikut harga pasaran ..apa ingat nak markup harga sesukahati..mana boleh kene ikut protokol.Tapi Cina..mark up sampai 100% pastu takleh kurang lak tu,, tapi kat Cinalah yang orang melayu kat temerloh ni suka pegi beli.

Keuntungan dari jualan hanya 30% sahaja..bayar sewa kedai,bil2,gaji pekerja,kwsp, socso itu bulanan.Yang tahunan pula,SSM, lesen niaga,LHDN,income tax,iklan papantanda.Kalo wat banner kos lain pula..bayar dulu baru boleh gantung depan kedai..belum dapat feed back dari promosi..duit kita majlis perbandaran dah amik.Katakan bayar kwsp pekerja RM100,pekerja carum RM40 sahaja, selebihnya majikan bayar.Tapi akhirnya pekerja akan dapat bila dah cukup masenyer..majikan??tak dapat ape2 pun.Kami tak banyak dapat pun cukup2 jer untuk hidup macam orang lain keje dengan gomen.

Bukannya mudah dan senang nak mulakan perniagaan..sepatutnya golongan kami ni diberi sedikit trime kasih sebab memudahkan orang ramai nak beli barang.Mase kami nak mohon pinjaman dari MARA..syarat2 utama ialah kena mulakan perniagaan selama 6 bulan baru boleh dapat.Apa ke mendenye macam ni..kami nak pinjam nak renovate kedai,signbord,lesen,masuk barang..kalo takde duit cane nak mulakan meniaga.Mula2 order barang tak dapat tempoh bayaran lebih dari sebulan, pembekal pun takutlah kami tak boleh bayar..jadinya sebulan dah kene bayar.

Sekarang ni dalam usaha mencari loan nak wat stor untuk jual barang kasar.Tanya bank sana sini..memang cepat dapat tapi interestnya masyaallah tingginya.Tapi kalo pekerja gomen interest rendah..tak tahulah nape ade perbezaan ini sedangkan kami juga sama macam mereka bayar bil2,roadtax, kalo makan fast food pun bayar tax juga malah lebih lagi kene bayar kepada gomen.Kalo macam nilah gayanya tak sama rata,baik sume keje gomen..pastu nak beli barang2 keperluan beli dari luar negara.

Kami cebur bidang perniagaan yang dimonopoli oleh masyarakat Cina untuk memudahkan orang ramai terutama masyarakat melayu dapatkan barang2 hardware tanpa ditipu oleh mereka.Kami jual tombol harga brand dan bentuk sama dari pembekal yang sama dan jual lagi murah dari kedai cina,tapi orang2 kat sini nak juga beli dengan cina kononnya orang melayu jual barang murah tak berkualiti..sedangkan mereka telah tertipu oleh kebijaksaan mereka yang markup harga tinggi.Mentality masyarakat disini masih rendah lagi.

Kami mengamalkan konsep dipasaraya ,layan diri,barang yang dijual pelbagai, banyak pilihan senang nak pilih bila disusun elok2.Tapi peliklah orang2 kat sini..siap kata.."..apalah kedai awak ni kosong..tengok kedai cina banyak dengan barang dan penuh, nak masuk pun ..muat2 badan jer.." kata salah sorang kastemer.Ikut sedap mulut jer cakap yer..kedai diorang tu penuh dengan sampah dan barang berterabur tak susun sebab tu nampak banyak (dalam hati jer).
Kalo dilayan kastemer2 yang macam ni ..kami yang menggila.Wahai pak cik2 tahu tak kami ni beli borong barang hardware dari seorang cina yang tak nak berniaga lagi..memang penuh dan banyaknya barang yer..bila kami pindah di kedai baru dan susun semula mengikut kategori.Punyalah banyak barang yang tak de yang kene kami tambah sedikit demi sedikit memandangkan gunakan modal sendiri..nak tambah barang amik masa juga..jadinya kastemer2 yang membeli sebelum barang2 ditambah dengan sesedap rase jer cakap..."..macam ni kedai melayu..??minta ni xde minta tu xde.."..pak cik kami baru 3 bulan berniaga mana mungkin boleh tambah barang dalam sehari dua,,kenelah ikut protokol..salesman amik order..pastu semingu atau sebulan lepas tu baru barang sampai.

Kadang2 ade barang yang kastemer order nk cepat lambat sampai dikatanya.."..macam ni berurusan dengan orang melayu lambat buat keje.." adoilah..pakcik..kami ikut prosedur dah order..manalh tahu lewat mungkin sebab barang dari pembekal lambat diproses ke..lori rosak ke,jem ke, macam2 perkara boleh berlaku..sedangkan pembekal tu kaum cina tapi yang salahnya kami ni orang melayu.Pendek kata memang cabaran betul berniaga di kampung ni.Bukan sume macam tu..tapi yang banyaknyer macam tulah..

Ni belum lagi kes cat lam katalog lain,bila bancuh lain , bila cat lain..adoilah..pak cik kalo tak puas hati amik no tel kilang ni..cakap kat kilang nape sume tak betul ni..mereka ni dok bebel salahkan kami..sedangkat cat2 tu sume kilang yang buat..

Apa yang boleh saya rumuskan..pekakkan telinga jerlah..banyak2222 bersabar..

Panjangnya entry kali ni..oklah penat dah bebel..wassalam

Saturday, September 4, 2010

Peristiwa rompakan ramadhan 2009

Alhamdulillah...walaupun berpuasa baby tetap dapat susu yang mencukupi.Setiap kali bersahur mama akan ambil 5 biji kurma dengan berniat supaya dapat membekalkan susu untuk baby.Kononnya sebiji mewakili 1 solat.Mama yakin dengan berdoa apa yang kita nak akan lebih menjadi.

Mama teringat ramadhan tahun 2009, ade kejadian cubaan merompak 4 buah kedai. Ade satu hari tu sedang bersahur terdengar bunyi bising seperti orang mengetuk2 besi..kami ingatkan adelah kedai2 yang nak repair mase pepagi tu sebab lengang..kami tak terpikir langsung ade orang nak merompak.JAdinya kami buat dek jerlahkan.

Bila dah buka kedai suami pelik..nape ramai sangat polis ni..suami pun mendapatkan maklumat. Rupa2nya 4 buah kedai telah dipecah masuk.Tapi tak de barang2 yang dapat dirompak.

Pintu stor KFC di upil,habis rosak.Perompak dapat masuk kedai singer tapi tak de barang diambil.Kalo nak di ikutkan memanglah deretan kedai2 ni sume pernah diupil dan dikopak pintu stornyer.

suami mama risau jugaklah kan.Jadinya bertanya sume2 owner kedai tuh, terkejut mama bila suami kata perompak tu masuk ikut tingkap tingkat atas.mama heran cane leh panjat tingi2 sangat.Yelahkan dari depan, atas tingkat 2 kalo dari belakang atas tingkat 3..mana mungkin senang2 naik setinggi itu.

Yang mama paling ngeri bila tingat lek..kami tak pernah tutup tingkap bila nak tido sebabnya panas.Jadinya kebarangkalian perompak tu nak masuk umah kami memang tinggilah.Alhamdulillah,sejak dok sini memang kedai kami tak pernah terkena kejadian seperti itu.Ya..Allah lindungi kami dari segala bahaya..amin.

Sejak kejadian itu,setiap kali nak tido tutup segala tingkap2.Kalo ikutkan perkiraan suami mama memang umah kitorang paling senang nk panjat sebab tingkap belakang kedai ade grill.Rase berdebar2 jer bila teringat2 peristiwa ni.

Seingat mama 2,3 bulan sebelum ramadhan ni kedai jubin sebelah kedai kami kene upil,tapi perompak tak dapat masuk.Mase tu kitorang baru lek dari KL..owner die cite kat suami mama.

Semoga mama dan suami sentiasa berwaspada dan berhati2.

Wassalam...

Friday, September 3, 2010

Fesyen Tudung Bersanggul

Salam ukhuwwah fillah...

Sejak menjak ni macam2 kita terbaca artikel2 tentang fesyen bersanggul haram.Sejauh mana haramnya dan bagaimana yang dikatakan haram tuu..Mama izan pasti ramai yang keliru dan tertanya2 nape tak boleh..sedangkan bertudung.Tapi adakah kita bertudung itu betul2 menutup perhiasaan??..tepuk dada tanya iman.

Jadinya, mama izan nak kongsikan apa yang mama sudah jumpa untuk merungkai segala kekeliruan yang merunsingkan.Semoga kita sama2 dapat memahami intipati hadis2 NABI s.a.w dengan sebetulnya..Wallau a'lam..


Oleh: Nik Noor Azman Ghazali


Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah S.A.W bersabda:

“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang.

Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.

Jawapan dari Ustaz Nor Amin

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari tren orang sekarang ini berfesyen seperti sanggul tinggi dan fesyen tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesyen tersebut. Pendapat saya, jika fesyen tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Sumber: Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal



Sehingga berjumpa lagi dilain masa..Insha Allah..

Wednesday, September 1, 2010

Berbuka di rumah PIL-ramadhan ke-18

Salam ramadhan lagi..
Alhamdulillah sudah masuk ramadhan yang ke-22. Masih belum terlambat untuk khatam.Mama tak pasti leh khatam atau tidak...yang penting lakukan semampu yang boleh...jangan dek kerana nak khatam baca ikut sedap mulut jer, tajwid lintang pukang lak kan.

Sabtu yang lalu mama dan family berbuka posa di rumah PIL, sume ipar duai,biras2 dan beberapa orang sepupu sepapat ade juga..kiranya kemuncak berbuka posalah nikan..grand gitu.....Emm pelbagai juadah untuk berbuka disediakan..antaranya ayam dan ikan bakar,potato salad,nasi goreng...sotong sumbat dengan pulut...emmm..dan banyak lagilah..walaupun begitu mama izan nih takdelah melantak sume...just makan sekadar yang diperlukan...
Tengok tu...sume sedang khusyuk menjamu selera..
Dah bersantap dengan banyaknyer...bolehlah tunaikan solat terawih berjemaah...mama sangat seronok kerana inilah julung2nya solat berjemaah terawih setelah 5 tahun berkahwin.
Sedang menunggu untuk solat berjemaah..
Setelah siap segala menda aktiviti...kami semua berbual2 santai mengisi masa yang terluang.
Sambil menikmati buah-buhan tempatan...mutan dan juga dukung.Amyra dan amirul dah tak ingat mama dan papa...main sepuashati diorang..maklum jerlahkan sebulan sekali jer jumper sepupu sepapat diorang..so mama biarkan jerlah..yang tak tahan tuu...leh diorang sebotol dua jer minum susu..sebab sronot sangat main...susu pun lupe dah...
Anak2 sibuk main2

Esoknya pula kami melawat kebun atuk nenek...taklah jauh dari rumah..emm lebih kurang 15minit koot...macam2 ada..rambutan ,durian,cempedak,nangka..dan dalam pantauan, sayur2an....rajin betullah MIL mama nih...bebudak ni sronok plak main api..kekonon barbeku daun2..aish..memacamlah diorang ni..
Seronok jer bebudak ni main api yer..

Masa ramadhan ni teringat mama beberapa tahun yang lalu..ketika itu mama izan tinggal di rumah PIL.Selama sebulan berpuasa mesti buka dengan air roselle...bukan itu saja...majlis rumah terbuka pun dihidangkan air roselle...memang banyak sangat bunganyer...Ketika itu mama dan suami tanam 15 pokok roselle...seronok tengok membesar dengan rendangnyer..tak sempat nak rekod mati dah...bukanyer apa bila dah tahu pregnen takdelah mama pegi mencangkul dan membela pokok tu...tahu jerlahkan tak leh nak lasak2..
Pengalaman mama...buat air,jem dan halwa roselle...pastu jual...tak banyak pun cuma nak tengok market jer...kalaulah dulu ditakdirkan mama ni kuat dari segi fizikal dan mental rasenyer teruskan jer menjual hasil roselle ni..
Sekarang ni beli readymade jus roselle..tetap tidak sama keasliannya, kalau buat sendri lain rasenyer...yang beli ni macam banyak gula jer..itulah pengalaman yang sangat berharga yang mama takkan lupa.
Mama izan percaya dan yakin segalanya ketentuan Illahi dan berpindah ke temerloh...menjalankan bisnes hardware memang banyak hikmah disebaliknya...semakin lama disini...semakin banyak terungkai hikmah2 itu dan kami redha tinggal disini..
Alhamdulillah...wasyukurillah...mungkin ini yang terbaik untuk kami dan orang sekeliling..
Rasenyer ini saja untuk kali ini..banyak lagi yang mama nak kongsikan dengan rakan2..stay tuned.
wassalam