(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, October 21, 2010

Hancur harapan kami

Salam buat semua pembaca blog ni..kalo adelah peminatkan..perasan jer..

Tetiba lak mama izan teringat kisah yang lalu.mana xnyer...jualan cat nak dapat sorang sehari pun susah gara2 sudah ade pusat cat berkomputer warna impian kat bandar Temerloh ni. Kononnyer dulu hasrat kami nak jadi pusat cat sebab mase memula meniaga dulu xde lagi yang wat secara besar2ran.

Beginilah caranya orang cina nak matikan melayu, mereka bersaing cara sihat tapi kita x leh nk lawan gak. Dasyat tau jualan cat merudum hingga 50%. Diorang ni nak jual cat sama jenis xperlahkan.. ..tp jual dengan harga peruncit dapat dr pembekal..jdnyer kastemer complainlah kami jual mahal..sedangkan kami jual ikut harga pasaran..memang kacau betullah.

Warna impian tu blehlah jual murah sebab PIL die pembekal hardware dan cat terbesar kat Temerloh ni. Mase tahun 1 xde aper pun. Maybe PIL die bengang dengan kami, jdnyer buka kedai cat sama jenis. Nak tahu citernyer teruskan baca yer..

Tahun 2008 bulan April hingga julai kami training berniaga kat temerloh..so,kami xdelah deal dengan mana2 pembekal. Kami nak amik banyak dengan Eng Son ni, so minta harga kurang Rm1 jer satu tong cat 5L bukannyer minta harge peruncit tapi diorang ni sombongnyerlah xlayan pun.Kami bengang gaklahkan, pasni jangan harap nak amik dengan diorang. Kami pun bersabar mungkin adelah yang lbih baik untuk kami nanti.

Bulan 7, 2008 kami tutup kedai sebab nak ngemas untuk proses pemindahan ke kedai baru. Pada mase tu gak dapat voucher dr celcom bermalam di hotel Swiss Garden, Kuantan. Kebetulan gak memang nak pegi kuantan uruskan kete tuk daftar dengan JPJ kat situ.

Kami pun pegilah Swiss tu...memang cantik sesangat maklumlah hotel 5 star.Dapat bilik twin bed standard room ratenyer RM500++ tu..kalo nak sewa sendri xdonyer nak amik yang memahal gini dalam bilik sama jer besar dengan hotel xde star pun.Lobbynyer lah yang cantik tuh siap ade orang main piano memalam, tenang jer rase.

Ade pun gambar kt lobby Swiss garden tuh untuk tatapan sume.







myra dan amirul dok tgk uncle main piano..



muda belia lagi mama izan mase ni..he.he..
Melalut ke lain jer mama izan ni..xperlahkan relax sket. Sebab n3 kali ni cam stress jek. Erm..x setel pun pasal kete tu ntah ape2lah mama pun xbaper tahu. Soknyer kami nak pulang ke Temerloh. OTw nk lek tu mama ternampak pembekal2 cat banyaklahkan..mama pun suh suami mama brenti dan beli cat gak untuk cat kedai baru. Lama gaklah tunggu ..ruper2nyer dok berbual2 pasal cat. Itulah die pembekal cat Sissons kami Pantai Timur trading kat kuantan.
Sebulan pastu kami pun deallah dengan pembekal ni. kami beli mesin cat sissons Rm50000++ bulan2 RM820++ macam beli kete lak.Walaupun mesin cat sisson tapi leh gak bancuh untuk cat nippon,jotun,kcc,dulux..rasenyer nak citer pasal cat lam n3 len kot kalo berkesempatan lah ye.
Best mase memula jual cat ni memang sambutan menggalakkanlah.Setiap bulan payment untuk cat saje RM12000++. Tp setelah warna impian memonopoli jualan cat turun jualan cat kami.Diorang ade mesin cat sissons, jotun, nippon, colourland, kcc..kirenyer sumerlahkan. Bukan kami saje yang bengang dengan die..peniaga Jotun pun marah sebab jual harga yang sangat murah dari harga pasaran. Dan kastemer pun mestilah nak beli tempat yang murahkan. Hari ahad kedai warna impian tu tutup..so kastemer yang nak tambah cat beli dengan kami nak harga macam die bagi...xlehlah kami nak bagi sebab xlek modallahkan..untung setong cat ringgit jer tak sampai belas or puluh pun.
Tokeh eng son tu adelah datang kedai ofer nak bekalkan cat sissons..mase tu kami dah deal dengan Pantai timur, tak kanlah kami nak time..xsesuailahkan..mase memula dulu kemain sombong lagi..disebabkan kami tak deal dengan die bengang sampai wat kedai jual cat semata2..sampaikan efek jualan cat kami...
Jadinya, kami benar2 kecewa dengan keadaan ni.Walaupun begitu, kami tidaklah terus jatuh berlebuk. Kami pun kene wat sesuatu yang len. Jadinya kami bercadang nak buka hardware besar yang ade jual barang2 kasar macam pasir, simen, batu bata dan macam2 lagi. Now nak jual simen macam xbest jer, stakat 1 beg simen untung 50 sen..xyahlah. Amik 400 beg ke atas baru dapat harga murah sket. Now pun dah mula bersihkan tanah..stakat ni dah RM4000++ habih untuk bersihkan tanah dan ratakan tanah. Pasni nak kene pagar pula..harga lam belasan ribu..
Menjual barang hardware tanpa barang2 kasar ni seolah2 kedai runcit tak jual barang basah ..macam tulah lebih kurangkan. Kami berharap sangat apa yang kami idamkan ni benar2 menjadi kenyataan. Banyak sangat dugaannyer, pertikaian sempadan tanah..actually sampai sekarang masih dalam keadaan tegang...susahlah orang2 disini xnk mengalah..ade ke patut die kata juru ukur tu yang salah ukur..adoilah pening tul nak melayan orang macam gini.
Apa yang boleh saya simpulkan, bersabarlah dengan segala ujian, disebaliknya mungkin akan dapat yang lebih baik dan hebat dari itu. Anggaplah apa yang berlaku disekeliling kite sebagai pengalaman untuk mematangkan kita dan sebagai panduan untuk masa2 akan datang.
Wassalam..jumpa lagi..

Monday, October 18, 2010

Assalamualaikum..kepada abang2, kakak2 dan adik2:


Burung enggang yg jinak..

Pool side @ mercu resort


Last week kami ke Mercu resort untuk follow up bout cuti2 1 family programme, setelah berbincang dengan panjang lebarnyer, maka inilah hasilnya.

PERUBAHAN PROGRAM CUTI2 1 FAMILY-6&7/11/10 @ MERCU BEACH RESORT, CHERATING PAHANG.

Setelah berbincang dengan pihak resort mereka mencadangkan supaya kita ambil "family day package" yg mana minima untuk ambil pakej ialah 30 org dewasa.Jadinya kami bersetuju kerana pakej yg disediakan berpatutan, memudahkan semua pihak dan kita mempunyai banyak masa untuk beraktiviti bersama keluarga,takyah pk nak buat bbq,sandwich,koslow,masak bihun,buah-buahan,minuman,sume tu resort yg setelkn,cuma kite kene bayo lbh sketlh, tp still berbaloilh dgn ape yg diorag sediakn.

Pakej yg disediakan berharga RM2786

Pakej ini merangkumi:

1. Penginapan utk 11 bilik (pool view, single queen bed,fridge xde, bawa travel bed or apa2 untuk yg anaknya ramai).
2. 4 kali makan (hi-tea, dinner, breakfast dan lunch)
3. Peralatan untuk sukaneka dan karaoke.

Menu untuk bbq dinner;
Setting : buffet

1.Coleslaw, salad, and cream mushroom soup.
2.Grill fish, grill chicken, grill squid, sausage.
3.Chinese fried rice/kampung fried rice (choose either one), fried bee hoon.
4.French fries, chicken nugget.
5.Chili sauce, thai sauce, tamarind sauce.
6.Watermelon, papaya, honeydew, jelly.
7.Kordial dan ABC.

Masa dinner ni juga di sediakan peralatan utk karoake.


Menu untuk makan tengahari;
SETTING : BUFFET

Menu utama:-nasi putih, ulam2an, 3 jenis sambal, telur masin/ ikan masin, buah2an, agar2 dan kordial

Menu 1:-Kerabu kcg pjg & perut, aym msk merah, ikan patin tempoyak, sayur campur.
Menu 2:-Sambal tumis bilis petai, aym goreng kunyit, asam pedas pari, bayam goreng.
Menu 3:-sambal paru goreng, gulai kawah, ikan kerisi goreng sumbat, taugeh goreng.
Menu 4:-Kerabu betik, kari ayam santai, daging goreng black pepper, kangkung belacan.



Boleh pilih mana2 masakan yg kita suka tidak terikat kpd menu yg disediakan.

Manakala untuk sarapan dan minum petang, hidangan seperti nasi lemak, me goreng, kuih muih dan minuman panas/sejuk.

Cadangan we all utk lunch:Aym masak merah,asam pedas pari, gulai kawah, kerabu betik dan daging goreng black pepper.

Ok, tamat cerita utk mkn2 n penginapan, now aktiviti pula ye...

Resort ni menyediakan peralatan utk sukaneka, antara sukaneka yg di sediakn ialah ;
•Bola sepak pantai
•Bala tampar pantai
•Lari dlm guni
•Terompah gergasi
•Boling padang
•Tarik tali
•Isi air lam botol
•Bawa bola pingpong guna sudu
•Pancing botol

Now, we all cadangkan aktiviti yg akan dilakukan:

SABTU, 6/11/10
1.30 ptg - 2ptg: Ketibaan para family.
2.15 ptg: Check in.
2.30 ptg – 3.30 ptg: berehat n solat
3.30 ptg – 7ptg: Hi-tea, melayan anak2 main kolam or pantai or ape2lah.(aktiviti bebas)(bw pelampung sendri resort x provide)
7 ptg – 8.30mlm: solat dan bersiap untuk dinner.
8.30 mlm – 10.30mlm: Dinner at santai cafe. (MC daddy n mummy).
-Ucapan alu2an oleh MC
-Ucapan oleh atuk dan bacaan doa makan
-Upacara potong kek
-Makan2 n berkaraoke 10.30 mlm: Bersurai dan tidur


AHAD, 7/11/10

7 pg – 8.30 pg: Breakfast.
8.30 pg – 10.30 pg: Sukaneka;
-Bola tampar dan tarik tali. (semua suami wajib sertai)
-Untuk anak2:lari dalam guni, bawa bola ping pong dlm sudu, pancing botol, isi air dalam botol. (setelah bapa2 sudah main)(umi leh x handle sukan anak2 ni??)
-10.30 pg - 10.45 pg : penyampaian hadiah.
10.45 pg – 12.00 tgh: Berkemas dan check out.
12.00 tgh - 1.00 ptg: Makan tengahari dan bersurai.

Pihak resort menetapkan bayaran:
Full package- adult: RM105 x 23 org = RM2415
- child: RM53 x 7org = RM371 (kanak2 berumur 4 thn ke atas shj).

Kanak2 4 thn dan ke atas ade 10 org;
So, RM37.10/child dan RM105/adult

So kiteorg dah kirakan siap2 bayaran utk setiap satu family.

1) atuk n nenek (2a) = rm105 x 2 = rm210 (ayh min n mama izan sponsor).
2) papa n mama long(2a,4c)=(rm105 x 2=rm210)+(rm37.10 x 4=rm148.4)=rm358.4
3) daddy n mummy + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315
4) ayah n ibu + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315
5) ayah min n mama izan (2a,1c) = (rm105 x 2 = rn210) + 37.1 = rm247.1
6) abah n umi (2a) = rm105 x 2 = rm210
7) abg yus n k.na (2a,3c) = (rm105 x 2 = rm210) + (rm37.1 x 3 = 111.3) = rm321.3
8) abg saini n k.ah (2a,2c) = (rm105 x 2 = rm210) + (rm37.1 x 2 = 74.2) = rm284.2
9) sham n najidah (2a) = rm105 x 2 = rm210
10) sham n najibah + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315


Bilik2 chalet utk setiap family:

1.Atuk dan nenek: 051 (dekat dengan cafe)
2.Papa long n family: 052
3.Abg yus n family: 053
4.Ayh min n family: 054
5.Ayah n ibu: 055
6.Daddy n mummy: 056
7.Bibiks: 057
8.Sham n najibah: 058
9.Abg saini n k.ah: 059
10. Sham dan najidah: 060
11.Umi n abah: 061 (lebih privacy)




Begitulah critenyer..mase yang singkat dengan aktiviti yang padat semoga ianya memberi manafaat kepada semua yang terlibat.



Aniq suke sgt dapat main air..


Antara tujuan program ini dibuat adalah sebagai aktiviti tahunan.selain itu, untuk merapatkan hubungan kekeluargaan disamping memupuk semangat kerjasama antara ahli keluarga.

Dah berada di resort tu, anak2 pun sronoklah main kolam, main pasir..kami biarkan jer asalkan diorang hepi..kami pun dapat gak menenangkan fikiran yang berserabut sokmo...ha..ha..

mama izan dapat rasekan betapa santai nyer bile dok kt wakaf2 yang disediakan dengan memerhatikan laut..saujana mata memandang..dengan deruan ombak memukul pantai...tenang sangat.
Diharapkan boleh menjadi panduan untuk sesiapa sajer yang nak wat family day kat sini...
Wassalam..jumpa lagi..

Tuesday, October 12, 2010

Melawat tapak

Salam ceria buat semua...

Seawal pg mama dah bersiap2 sebab harini nak pegi melawat tapak stor barang hardware.Sesudah anto myra ke sek. kami bergegas ke tapak menunggu lori untuk angkat tanah yang dijanjikan kul 8 pagi.Kami sampai situ kul 8.30pg tapi setayar lori pun xnampak.

Mama pun snaplah gamba abang dengan bootnyer..nak masuk semak kenelah pakai boot nanti sakit lak kaki kan.Dah kul 9pg tapi tak muncul juga.Bos dah xleh sabo dah..cal org tu..katanya on the way so..we all tunggu lagi..sampai kul 9.30pg..kami pun pergi kedainyer..rupernyer diorang pegi anto barang ke lain dulu.

Amirul dengan bootnyer dan back hoe hand..



Mana bos x marahkan..banyak mende kami nak wat tertangguh..apalah salahnya cakap nak anto barang..jadinya bolehlah kami ke pasar n breakfast dulu..dahlah lapo lagilah datang amarahnyer dengan panasnyer..saboooo jerlah.
Orang yang tolak semak punctuallah plak kul 8 pg dah bekerja.sesetengah kita ni janji kul8pg..time tulah baru nak pg kejekan.

Jadinya,janganlah kita menyusahkan orang, bila sudah janji tepati, kalo x boleh, bgtahu jangan biarkan orang tertunggu2..

Wassalam..

Monday, October 11, 2010

Main2 di Taman kubang gajah

Salam ceria buat semua..semoga mendapat kesihatan dan kemurahan rezeki di awal minggu.

Semalam bawa anak2 ke taman di temerloh..taman baru buat ..kami pergi lam kul 5ptg..siap bawa basikal memasing lagi..
Memula x sabar anak2 nak berbasikal papa ikut abang manakala mama izan lak ikut kakak sambil aniq dok lam stroller..seronok btuk anak2 ni..mama ternampaklah signboard wadding pool...wah ade pool nanti lehlah anak2 berendamkan.Tapi bila tgk tempat tu dah pecah dah..belum guna lagi pun..entah bilalah agaknya nak buat lek tu.

Dah penat berbasikal main kat playground pula..main gelongsor,jongkang-jongket..ikut suke dorang jer main...now main buai ade gaya baru lak dok skali 2 orang arah bertentangan satu buai..aish bebudak zaman skarang ni nak cuba sesuatu yang barulah tu.Ade ke amyra nak wat camtu gak..xlehlahkan nanti jatuh.Papa pegi beli air kejap..tetiba lak amyra nk pee..aah sudah..terpaksalah abang pun ikut skali pegi toilet..sampai toilet..terkezut mama izan...kotornyer x dapat nak kata dengan sampah diaper bersepah..kotak rokok bersepah..myra lak xnaklah kat toilet ni..adooi mama paksa gak dia pee..kalo terkucil nanti lagi payah..

Erm.. napelah orang2 ni x nak jaga kebersihan..kemudahan dah diberi tapi xnak jaga sama2...pastu memang xde orang yang bersihkan toilet ni..dah buat mahal2 cantik2 jubin bagai tapi terbiar jer.sayang tul..memang taman ni x terjaga dengan rumput panjangnyer...x kan pihak pengurusan tak tahu betapa ramainyer orang yang menggunakan taman ni untuk beriadah di hujung minggu..beza sangat kalo pegi taman kt putrajaya..bagai langit dengan bumi..rumput licin macam padang golf..tak tahulah kalo ade pool kat sini..jadi apa agaknyer..lain betul kehidupan orang2 disini..

Ramai lak yang tegur papa tu..glamorlah kononkan..maklum jerlah temerloh ni kecik jer pg memane jumpe jer kastemer...masalahnyer kami xkenal sangat kastemer..yerlah ramai mane ingat..diorang yang ingat kita jer..sampaikan pegi kuantan pun jumper kastemer gak..

Dah penat main minum air anak2 ni kehausan..nampak lak eskrim..makan eskrim lak..pastu sambung lek main beskal..mamanyer dah penat sangat..anak2nyer xpenat langsung..lagi bebrape minit jer nak magrib..asalkan ajak lek jer..katanya x malam lagi..aishh bebudak nih.

Tak leh nak upload gambar..entah napelah ni..papa lak xde nak tolong mama..mama bukannyer reti sangat bab2 komputer ni..sokmo kucar kacirkan..ahaha

Mase pas makan eskrim tu ..buang sampah lam tong sampah..didik anak2 supaya menjaga kebersihan x kira di mana2 pun..dah guna toilet bersihkan sket jirus air..kalo sume orang disiplin macam ni..bersih negara kita ni.

ok lah tu sajer wat kali ni..wassalam

Thursday, October 7, 2010

Rokok vs makanan

Salam ceria buat pengunjung blog mama izan..semoga semuanya dalam keadaan sihat wala'fiat..

Tetiba nak cite pasal rokok2 ni..malam ni mama izan rase x berselera nak makan nasi..agaknyer dah pening dok ngira dari pagi tadi.Jadinya suami tanya nak makan apa??terkebil2 mama izan..a..a..makan pizza beli yang regular..erm..rase cam mahal jer kan..tp sebulan skali jer makan fast food nyer.

Beli pizza dengan add ons nyer RM24 makan 2 orang..kenyang..alhamdulillah..kalo diorang ni share duit sorang RM12 dapat kekenyangan seperti kami ni..

Tapi staff2 ni perabih duit bli rokok sehari RM10..kalo bagi makanan sket jer diorang jammah.
Rokok lagi sedap..ntah braper x lah suami mama ni bagi nasihat..tapi diorang wat dek jer..

Sorang staf tu dah tentu2 memang sakit jantung sebab merokok tapi rokok gak yang dipilihnya..pernah skali diserang sakit dada..sampaikan tak larat nak inform mama izan tak dapat datang kerja..puaslah mama call die,call tunang die tapi tak berjawab..
last2 call ayah die..dah sakit tu sebulanlah x merokok..takut kot2 trus out kan..pastu rutin seperti biasa..

Kami tak tahu dah nak cakap macam mana lagi..mesej dah sampai..penerimanyerlah yang menentukan..semoga mereka ni lehlah kurangkan sket2..patutkah kita bakar duit RM10 tu depan2 mereka??baru tahu nak menangis..



Actually..ayah mama izan masa memuda dulu merokok gak kan..tapi now dah brenti sejak fatwa haram merokok dikluarkan..mase tu mama izan baru form 2 kot..x bape ingat lak..
ayah mama berazam nak brenti merokok..bila terasa nak merokok ayah mama makan gula2..dan akhirnya berjaya brenti sepenuhnya..

Ada lagi satu kes..pak sdare mama izan pun kuat merokok gak..merasai kesakitan dada dan macam2..asyik kluar masuk hospital..makan ubat macam2lah..sumernyer tak menjadi..ruper2nyer saluran jantung tersumbat..pastu watlah sket operate bersihkan yang tersumbat tu..now alhamdulillah dah kembali seperti biasa..

Jadinya,merokok ni bukannya mendatangkan faedah malah membahayakan..bukannya diri sendri sahaja..orang sekeliling dan orang yang paling disayangi juga merasainya.Andai kata suami2 yang merokok dapat penyakit dan pergi menemui Illahi dan tak sempat bertaubat or beramal lebih banyak..dah tiada kata nak dikatakan..kasihan anak2 yang masih kecil..

Apa yang lebih membimbangkan bila mana perokok tegar takde duit..macam2 perkara buruk makin bertambah..peragut,pencuri,perompak dan macam2 lagi.

Diharapkan semoga mereka2 ini mendapat petunjuk dan sedar akan bahayanya merokok.Sudah2lah tu..yer..

Wallahua'lam..

Monday, October 4, 2010

Tayar MR. hilux

Salam ukhuwwah fillah buat teman2 yang mengunjungi..

Didoakan agar semuanya menikmati kesihatan dan kesenangan yang diredai Illahi.

Mama nak kongsilah sket pasal tayar ni kan..rupe2nya tayar kete 4x4 ni macam2 keadaannya.
Dek kerana dah 2 x tersasar sebab tayar licin sangat jadinya suami mama izan buat sedikit "research" pasal tayar yang sesuai dengan penggunaan hilux ni kan.
Memang toyota hilux ni tayar memang licin tapi xtaulah nape toyota wat macam tu kan.

Sebelum ni ade kastemer bgtau kalo nak beli hilux ..bila dapat kete terus tukar tayar sebab licin.Tapi suami mama wat dek jer sebab xde pengalaman..bila dah mengalami barulah teringat2 kata2nya itu.

Pergi survey kedai tayar kat temerloh..macam2 rege..ade yang RM2.5k hingga RM3.8k..tapi mana yang sesuai untuk mr. hilux kami??

Ade 3 jenis rim, 16",17" dqn 18"..lebar tayar pula , 255mm(yg asal),265mm,275mm...ketebalan pula lain halnya..

Setelah kami tambah tolak campur bahagi..kami decide nak amik rim 16" dan lebar 265mm..bila lebar tayar besar jadinya kete lebih stabil dijalankan..sape2 yang blajar fizik tu taulah kan..

Jumaat lepas kami pergi port klang..puas juga cari xjumper kedai yang murah tu..akhirnya kami pegi kedai tayar sebelah kedai 4x4 yang terkenal tu kononnya.. adelah lam sejam baru siap tukar tayar..mama dah pening dengan perangai anak2 yang terlalu aktif..dahlah kat situ xde kedai nak bli something tuk diorang ni.

Harga Rm2.6k rim 16" off set, tayar 265mm yokohama..suami mama pegang rimnya..katanya ringan..sangat2 best..bila lalu lam air yang banyak xde lah tenggelam lehlah lepas.. dengan bentuknya yang "offset"..lelakikan tengok spare part kete macam kita prempuan tengok aksesori wanita lah kot..

inilah rupernyer mr hilux dengan tayar dan rim baru..

Seriusly mama izan memang berkenan betul dengan rim ni..lain dari yang biasa..xtaulah apa pandangan kamu orang kan..memasing ade penilaian yang berbeza..

Semoga info2 ini beri sedikit panduan kepada mana2 blogger yang ingin membeli kete 4x4..

Wassalam...