(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, November 27, 2010

Concert and Graduation Day 2010

Salam mahabbah buat semua teman2 seperjuangan...


Pada 21 Nov 2010 yang lalu Amyra fariza telah menyertai persembahan tarian untuk hari penyampaian hadiah di sekolahnya untuk murid2 6 tahun. Setiap kelas akan mempersembahkan tarian memasing.
Masa memula sampai tu hepi jer Amyra ni...pastu cikgu die pun tambah aksesori kat baju die tu..mama izan nak pegi ke dewan, menangis die nak ikut.Ok..ikut duduk skali majlis pun lagi setengah jam nak mula.
Agak2 dah nak mula majlis papa pun hantar lah amyra ke blakang dewan..melalak lari ke mama izan..adoilah manje sesangat..lagipun baru 1st time takut gak kan..at last papa die suh cikgu pujuk..sebaik die nak kalo tak..tak dapatlah mama tengok anak mama ni perfomkan.
Antara lagu2 tarian yang dipersembahkan ialah "I like a move it", "beat it", "no body" dan banyak lagi. Kelas amyra buat tarian lagu "beat it" iaitu lagu michael jackson. Walaupun pada mulanya menangis tak nak join, akhirnya setelah dipujuk oleh cikgunya die akur sajer. Nampak sangat malu2nya di atas pentas. Boleh dikatakan amyra ingat setiap step yg cikgu die ajar, cumanya agak lembut.

Semoga next year amyra boleh buat yang terbaik. Pape pun tahniah dah abis sekolah tadika untuk tahun ini.
n3 berikutnyer..jalan2 ke kuantan celebrate birthday Amyra Fariza 5tahun..
ok..bye..zai jian..wassalam

Wednesday, November 24, 2010

Back hoe ini milik siapa??

Salam mahabbah buat teman seperjuangan...

Nape tetiba nak cite pasal back hoe ni?? Amirul anak mama ni memang obses dengan back hoe dan yang seangkatan dengannya. Sampaikan lam tido pun terbawa2kan. Kalo dah nampak mainan back hoe kat pasaraya mesti nak..dari yang sekecil2nya sampailah yang sebesar2nya..banyak gak koleksinya tapi dah terburai.

Amirul fariz nih suke sangat kalo mainan die ade skru..sure die amik sendri skru driver kat bawah kedai papa dan buka..tu yang habih terburai..basikal kakaknyer bakul pun dibukanya..lampu moto mainan pun sama gak..sampaikan extention wayar yang papanya skru ke dinding pun die nak buka.

Makanya, birthday amirul yg ke-3 tahun kami belikan mainan back hoe dengan die2 skali leh naik. Macam manelah agaknye ruper back hoe ni yer. Jap mama uploadkan ehh..

Ha..jeng..jeng...comeel x? sesuaikan dengan diaper amirul tu..bukanyer mama sengaje pakaikan..terkebetulan jer nih..

Tengoklah berposing sakan dengan back hoe barunyer.
testing ..

penuh dengan gaya

tersengih jer dapat mainan baru

Tak tahulah mama ikut perangai sape ni suke sangat back hoe..maybe minat die sendri. Papanyer suke sangat kereta controlkan. Banyak gak koleksinyer tapi biaselahkan dah terburai gak. Semoga minat yang baik2 ni akan mendorong dirinya untuk jadi yang terbaik..

Sudah bergigikah baby aniq??

Salam ukhuwwah fillah buat teman seperjuangan...

Dalam diam rupenyer sudah bergigi baby mama izan yang sorang nih..Memang sudah menjadi kelaziman yang anak2 mama ni tumbuh gigi lewat ..setahun lebih baru kuar..padahal sakit dah berbulan2 berlalu..

Tapi tak bermakna gigi tumbuh lewat..lambat rosak..lewat ke, cepat ke tumbuh kalo malas dan tak mahu berus gigi tetap gak rosakkan..anak2 mama ni memang tak nak berus gigi...kene paksa sampai melalak2...amyra ok dah..amirul..payah sangat..mama izan ni tak nak lah anak2 sakit gigi kan.

Mama izan bercerita or nyanyilah lagu barneys supaya amirul seronok berus gigi. Seorang ibu kene pretend macam2kan supaya anak2 gembira..kengkadang rase cam badut lak walaupun sedih stil wat2 cam gembira.
kene geletek..baru leh snap gamba


2 batang gigi aniq

Baby aniq ni mase memula tumbuh gigi memang 2 batang gigi skali gus kuar..cepat...kakak dan abangnyer kuar satu persatu. Maybe adelah hikmah disebaliknye...moga2 hikmah yang baik2 sahaje.

ok..cukup takat ni..jumpa lagi..wassalam.


Selamat menyambut eidul adha 2010

Salam mahabbah buat teman setia blog kami..

Didoakan semoga mendapat kemurahan rezeki dan kesihatan yang panjang agar boleh beribadat..insya ALLAH.

Kami mengucapkan selamat meyambut eidul adha dan selamat berkorban serta selamat pergi dan balik kepada mereka yang sedang menunaikan haji di makkatul mukarramah.

Kami menyambutnya di jenderam, selangor rumah suami saya. Semua ipar duai dan biras2 pun ade..memasing cuti sehari jer tak sempat nak balik ke kampung. Hari raya kedua barulah kami menziarahi mak dan ayah mama izan di Klang, selangor..walaupun satu negri, jarak umah mak ayh mama izan dengan umah mertua lam 1 jam setengah..lame gakkan..mama tak sampai hati kalo tak melawat mak ayah mahupun mertua pada hari yang berbahagia ini..even kami cuti sehari pun kami akan pegi gak melawat..selagi mereka masih hidup, bahagiakanlah mereka walau hanya sekadar senyuman.


bergambar di pagi raya


Aktiviti lazim di sini ialah bertakbir dari rumah ke rumah dilakukan pada malam raya..yang istimewanya pada kali ini, amirul fariz pun ikut skali sehingga jam 12malam. Insya Allah lagi 2 tahun Aniq farhan pun leh turut serta.
minat dipupuk sejak kecil lagi
Di pagi raye nan indah kami berkumpul di ruang tamu dan mendengar sedikit tazkirah daripada PIL mama izan. Kemudian bermaaf2an dan bersalam2an mohon kemaafan. Setelah itu, pergi ke masjid beramai2 untuk menunaikan solat sunat hari raya.
amyra fariza bersama cousinyer amal atheerah..
dari kanan:aniq, ameer, hannah dan amal

Erm..kali ni berbeza..membakar sate di hari raya suatu kelainan selain dari melapah daging lembu kebiasaannya. Beratus cucuk gak sate yang pelu di bakar. Ada sate daging dan sate ayam. Suami mamalah yang paling semangat skali membakar sate..dah die pun yang nak sangat makan satekan. Selain itu menu raye kali ni ialah laksa johor dan kesemuanya dari air tangan MIL mama izan.



sate yang dah bersedia untuk dibakar




sate daging..sedaapnyer




suami mama izan yang bersemangat membakar sate..


sate ayam..lagi sedap



Beginilah ceritanyer di hari raya yang setiap tahun ade kelainan supaya tidaklah rase boring dan sebagainyer. Semoga ketemu lagi ya..

Cuti2 1 Family - Bahagian 3

Salam ceria buat semua...

Lama sangat mama izan menyepi yer..erm..terlalu2 busy sampaikan x berkesempatan nak update.Dah sambut hari eidul adha barulah lega sedikit..walaupun begitu kerja2 memang x pernah habis..kalo nak dapat lebih kenelah keje lebih.. betul x?? Jadinya, di mana ade kemahuan di situ ade jalan..apa yang penting senantiasa berdoa..insya Allah apa yang diidamkan pasti akan dapat...cepat atau lambat bergantung kepada ketentuan Illahi.

Berbalik kepada tajuk yang sebetulnya..hari kedua bercuti kami bersukaneka pada paginya..walaupun hujan renyai2 kami tetap seronok bermain..lagipun hujan tepi pantai..insya Allah x terukkan..alhamdulillah memang anak2 sume x demam..

AJk sukan bersiap sedia menyediakan peralatan bersukan sebelum memulakan sukaneka.
mencuba peralatan..
peralatan sukan disediakan oleh resort..

ok..leh mula dah nih..

Mula2 bapa2 budak yang main, lawan tarik tarik..team superman lawan team ayah min..dan team ayah min pemenangnya..maybe nasib mereka baik, sebab ayah min kata payah gak nak kalahkan team superman.Pastu main terompah gergasi lak..dibahagikan kepada 4 team..team ayah min gak yang menang..tahniah diucapkan.
1,2,3...taariik..


terompah gergasi..


Dah siap tu..anak2 lak main lumba lari dalam guni. Macam2 gaya, ade yang macam rabbit, ade yang terbongkok2..macam2lah..haa..afrina pemenangnyer..



Lari dalam guni..


Sukan seterusnya masukkan air dalam botol dengan span..yang ini mama izan x dapat tengoklah sebab mama di bilik..ade kewajipan yang perlu dilakukan..nk tahu ke..??xyahlah biarlah hanya mama izan dan aniq jer yang tahu...he..he..


Dah selesai sumenyer..sesi penyampaian hadiah kepada sume pemenang. Nenek diberi peluang untuk menyampaikan hadiah ...yang x menang pun dapat gak..supaya anak2 hepi belakakan.



Para pemenang dengan hadiah memasing..



Rasanyer sampai disini saje buat kali ini.May be berjumpa di lain n3. Jika panjang umur dan di murahkan rezeki insya ALLAH. Mana yang baik dijadikan panduan dan mana yang kurang dijadikan sempadan.

Wednesday, November 10, 2010

Cuti2 1 Family - Bahagian 2

Salam ceria...

N3 kali ni rentetan daripada n3 yang lepas.Mama nak bercerita mengenai aktiviti yang kami lakukan selain dari makan2 pada malam 6 Nov. 2010. Menu makan malam tu BBq diner, ayam dan ikan bakar, salad, coleslaw, sup, buah2an, ABC pun ade. Kiranya pueh hatilah makan seeedaap dan alhamdulillah cukup untuk sume keluarga. Mana taknyer pengurus resort tu sendri yang berada di dapur tuk pastikan segala2nya dilakukan dengan baik..baguih betul pengurus tu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh abah aka En. Muhd. Taufiq. Manakala majlis meriah ini di pengerusikan oleh mummy n daddy. Kemudian disusuli pula oleh ucapan atuk, antara peringatan atuk ialah hendaklah kita mematuhi perintah Allah, kemudian ibu bapa dan suami..selagimana ianya tidak melanggar syariat. Walaupun nampak cam mudah nak taat pada suami tapi ianya tidaklah semudah yang disangka..ialahkan suami nak teh tarik pastu anak lak nak susu..mane satu nak didahulukan..kalo wat suaminyer anak merengek2..jadinya dalam rumahtangga perlulah ade toleransi, kalo suami taknak tolong wat susu anak so bersabar dululah yer..Selain itu, atuk juga ade mengatakan supaya kita ni mengajar kalam shahadah dulu bila anak dah boleh berkata2..pastu bolehlah nak ajar sains ke mate ke, hidrology ke, fizik ke, bio ke kan..insyaAllah mane yang baik dijadikan panduan.


khusyuk.. take note pesanan atuk dan nenek..




Pelbagai peringatan diberikan oleh atuk..manakala nenek pula ringkas saje ucapannya, katanya hendaklah kita menjaga rohani, jasmani dan.....xingatlah plak..erm..jaga kecantikan kot..betullah tu penampilan sebagai seorang istri kene jaga terutama untuk tatapan suami..macam mama izan..awal2 suami dah kata die tak suke kaftan dan kain batik..memang mama ade selai jer kaftan tuk lek kg jerlah senang nk gi toilet..kain batik pakai pas bersalin jer bleh...kalo tak kasi gak guano nak pakai bengkungkan..nak slim molim seperti sblum beranak..dah tentu kasikan..ekeke


Aktiviti seterusnya memotong kek..sume2 yang lahir bulan Oktober dan November naik ke pentas untuk potong kek..sebaik kukuh pentas tuh..maklumlah ramai gak..Aniq pun skali gak sambut birthday yang Pertama..alhamdulillah..semoga jadi anak yang soleh.


Happy 1st birthday Aniq..mmuah..


Kami pun menjamu segala makanan yang dihidangkan, sesambil tu adelah sesi karaoke..umi dan abah telah menunjukkan bakatnyer yang terpendam.."..tahukah engkau betapa hebat cintaku, tanpamu disisi aku keresahan..tahukah engkau betapa hebat kasihku tanpa mu disisi aku kerinduan..biarpun ombak merubah pantai kasihku tak akan hancur berderai, biarpun hari berganti hari engkau tetapku nanti.."(penyanyi asal Francisca Peter).


Cabutan bertuah pun ade, sesiapa yang bertuah tu membawa pulang goody bag gift gitu..senang nak bawakan.Anak2 pun dapat gak goody bag gift..macam2 ade..mainan..aksesori penulisan, colour pencil dan lain2 lagi.


Mama izan pun makan gitu2 jer, erm dok mengejar aniq kehulur kehilir..entah memane yang die terjah..tapi dapat gaklah merasa sume makanan yang dihidangkan tuh..Dah sudah makan mestilah bergambar sakan maklumlah nilah kali pertama program cuti2 yang melibatkan ramai keluarga.



Layan foto2 sepanjang dinner..actually banyak sangat gambar..xmuatlah plak nak letak sume..so nilah foto2 terpilih..nanti ade lak yang kata..ekeleh letak foto anak branak die jer..ha..lahkan dah tentu2 ni blog mama izan of coz lah letak foto family sendri..lagipun kalo nak letak foto orang len kenelah minta izin dulu..kot2lah tak control ayu ke, macho ke kan..memalukan orang lak nanti..beter letak foto sendri..x..gitu..zass



Mama izan sefamily mengenakan pakaian berona merah yang membawa makna semangat gitukan..


Bila dah setel sumer2 aktiviti, makanya memasing balik ke bilik memasing dan beradulah sebab soknyer ade aktiviti sukaneka lak..so..nantikan n3 berikutnyer..stay tuned..

Wassalam..

Monday, November 8, 2010

Cuti2 1 Family - Bahagian 1

Salam mesra buat semua pengunjung....


Cuti2 1 family ni merupakan aktiviti tahunan keluarga suami saya.Tetapi kali ini agak berbeza kerana dirancang dengan teliti dan melibatkan keluarga sepupu sepapat. Kami bertolak ke Mercu Beach Resort, cherating hari sabtu 6/11/2010 dari destinasi masing2, ade dari kuala Lumpur, Temerloh dan Kuantan. Seramai 9 keluarga yang menyertai program cuti2 kali ini. Mama izan dan suami telah menyelesaikan tugas sebagai urusetia penginapan dan makanan, 2,3 hari sebelum pergi kami konfemkan makanan, hiasan untuk tempat makan, welcome note dan sebagainya.


Setibanya di sana anak2 sungguh tidak sabar untuk terjun kolam. Di sebabkan hari deepavali ramai yang bercuti disitu..jadinya mase check in ade beberapa bilik yang belum siap di kemas. Walaupun begitu, keghairahan nak berendam mengatasi segalanya, makanya bersalin lah anak2 di tepi kolam dengan pakaian renang masing2..anak2 mama pun tidak terkecualikan.Layan jek..

Anak2 sedara n sepupu sume terjun kolam..




Amyra dgn duck float, amirul dgn hannah montana float.ape daa..


Bila dah berendam lama2 mulalah perut berkeroncong mahu di isi. Makanya, brenti mandi dan minum petanglah kami makan goreng pisang dan keropok. Mama bawa mee hun goreng sesiap dari rumah sebab mama tau kalo dah berendam laponyer amat sangat tidak cukup sekadar makan kuih.


Kemudian mama izan dan anak2 pergi pula ke pantai melihat keindahan lautan yang terbentang luas, saujana mata memandang. Suami mama dan anak2 mandi laut..mama dan baby aniq tengok jerlahkan..seriau tengok ombak agak tinggi dari biasa maklumlahkan musim tengkujuh. Tepat jam 7 malam semua family bersiap2 untuk makan malam dan aktiviti bersama keluarga2.




Amirul lari xnk mandi laut..papanyer bawa ke tengah die takut..mamanyer pun tatut gak..tinggi ombaknyer..

Aktiviti diner kami mula jam 8.30pm..macam2 ada, cabutan bertuah, hadiah misteri..so..nantikan entri berikutnyer..tata..titi..tutu..

Wassalam