Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Proses rumah..kedai..

Salam buat semua pengunjung.. . Uishh..lamernyer mama izan tak update erk..maklumlah seminggu akhir tetiap bulan memang bznyer mengalahkan YB. . Mama izan wat proses bersihkan umah, dok lap habuk2 yang melekat kat barang2, buang sesawang. Bila wat kerje2 umah, kerja2 ofis hold dulu..kecuali kalo ade mende2 penting, mama izan akan terus buat.. . Tapi kalo bab2 mengemas mainan or kusyen yang berselerak..ikut moodlah..sebabnyer bila dah kemas, x sampai 5 minit pun dah bersepah lek..wat penat badan jerkan. Tapi kalo tak kemas bila kita jalan terpijak serpihan mainan kita gak yang sakit..betul x?? . Malam ni akan bertolak ke klang..lamer tul xlek klang...memang kami bz sket dengan projek luar..esok akan ke jenderam pula, umah PIL mama izan.Rasenyer kalo bukan sebab nak setelkan PTPTN ujrah tu..kami x balik kot...sebab banyak mende nak prepare kat kedai.. sebab CNY kali ni cuti 4 hari berturut2, bayangkan betapa ramainyer kastemer nanti..maklumlah..kami nilah satu2nyer kedai hardware diy kat

minat baju cam princess

Salam buat teman... Amyra ni kalau mama izan nk shopping baju, mesti die pun nak baju cam princess. takde pun mama izan ajar, inilah die citarase seorang anak...selagi masih boleh dedah2 ni biarkan jerlah...biar puas pakai macam ni kecik2..nanti dah besar dan diwajibkan menutup aurat kenelah ikut. . Mama izan pun jelaskan kat die.."..nanti dah besar macam mama pakai macam ni kat umah jer, nak kuar rumah kene pakai tudung.."..walaupun die tak faham, tapi kita kene sentiase sedikit demi sedikit terapkan perkara2 yang wajib die lakukan bila besar nanti. . Aksi2 amyra fariza dengan baju princesnyer... . . minat menari.. . . ape yang peliknyer aniq ok..wassalam..

Aniq 1 tahun ++

Salam buat semua pengunjung... Sejak 2 menjak ni xde cite hangat lak. So, nak cite pasal si kecik comel mama izan ni. Aniq ni dah masuk tahap kenakalan kanak2. Suke sangat memanjat, pastu jatuh nangis...panjat lagi. Tak serik2.. . Dah pandai main kete kecik ni..kete dari zaman kak mia lagi..elok lagi ha..cuma stereng dh pecah..papa pun repairlah..letak paip fitting..dah name pun tokey paipkan..kalo boleh sume2 mende yang rosak guna paip fitting. Sampaikan tudung periuk nasi pun guna paip fitting..ha..ha.. nampak mama pegang handphone, die sibuk turun nak amiklah tu.. . . . Main slide pun dah boleh sendiri , x nak mama pegang. Actually playground ni sesuai kanak2 yang berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Tapi aniq ni baru 1 tahun 3 bulan..dah rancak main. Buaian tu bukan stakat duduk jer..berdiri2 pun berani..kuat tempuhi cabaranlah kononnye.. . . . jerit tanda kepuasan.. Kalau ade mende2 yang aniq nak, mama x kasi, dah pandai mengamuk berguling2 dan berenang di atas lantai. Abih dilapnyer

@ Kuala Gandah- Bahagian 2

Salam buat semua pengunjung... Sambungan dari n3 yang lepas. Now nak citer aktiviti ke-2 ialah pelawat memberi makan kepada gajah. Pihak perhilitan yang sediakan makanan, ianya terdiri daripada buah2an tempatan seperti tembikai, betik dan timun. Biasanye makan tengahari, manakala sarapan pula adalah makanan jenis palet. . Anak2 mama izan xnak lak bagi makan..takut katanya. gajah nk amik buah yang jatuh. . . samer juga dengan gajah yang nih.. . . Sesudah makan, aktiviti menunggang gajah secara semulajadi. Pelawat yang memakai sticker berwarna kuning sahaja dibenarkan untuk menunggang gajah, iaitu 150 pelawat terawal. Jadi kami x dapat merasai menunggang gajah..Amyra dan Amirul merengek2 nak tunggang..dia stress dapat sticker merah. . . Lawatan sahaja. Tidak dibenarkan mengikuti xtvt menunggang dan mandi bersama gajah. . Beginilah caranya menunggang gajah. Mama izan snap jer ntah sesape..xper erh.. . . . . Ha..inilah platform untuk naik gajah. Kat situ ade disediak

@ Kuala Gandah- Bahagian 1

Salam buat semua teman2... . n3 sebelum ni mama izan kata nak cite aper ade kat kuala Gandah, Lanchang, Pahang. So, ahad lpas kami anak beranak pegilah ke sana. Dari Temerloh lam 45 minit, kalo dari KL lam 1jam 30 minit. Sebenarnya tempat ni ialah Pusat pemuliharaan dan Konservasi Gajah. Tak de bayaran pun nak masuk, ikut suke nak bagi baperkan..kiranya cam sedekahlah. . . Tempat untuk mendaftar kat dalam ni.. . . sempat posing..mentara tunggu papa.. . . Terdapat 4 aktiviti yang diadakan disitu..iaitu sesi mandikan gajah, ke-2, sesi bagi makan oleh pelawat kepada gajah, ke3-, sesi menunggang gajah dan ke-4, mandi bersama gajah. Nanti mama izan ceritakan satu persatu. . . rangka kepala gajah..x sempat nak baca2..mengejar anak2 . Kat sini ade sebanyak 22 ekor gajah, dari kecik sampai ke besar adalah gajah asia. Seekor gajah ni makan 50kg makanan setiap hari. Makanannyer sekilo RM2, so sekor gajah memerlukan RM100 setiap hari, kalo 22 ekor dah jadi RM2200, gomenlah yang menanggung kos un

Snack

Salam ceria buat teman2 semua... Semoga semuanya mendapat kesihatan berpanjangan..amiin.. Sejak 2 menjak ni kami sekeluarga mengamalkan pemakanan yang sihat. Jarang2 sangat makan junk food yang merapu2 tuh. Walaupun agak mahaal tapi kalo sakit lagilah mahal nak bayo kos rawatannyer..betul tak?? . Jadinya bila pas lunch atau diner, mestilah nak mengunyah sesuatu kan. So, kami makanlah segala menda yang berkaitan dengan bijirin. Amyra suka honey star, amirul suke coco crunch, papa lak suka cornflake..kenelah beli sume tuh. Mama izan pun mencubalah campur sume tuh then makan. Memang sedaplah. Now papa lak wat campuran..sedap katanya. . Mama izan leh kongsikan resepi. Tak susah mane pun. Kalo macam ni punya senang resepi pun maleh gak baik dok lam kubur kan tak yah makan. Aish mengarut lak mama ni..tapi betullahkan.. . Ni ha rupernyer bila dicampurkan.. . snack yang seedap dimakan seisi keluarga Resepi: *masukkan satu senduk cornflake (yang original), coco crunch dan honey star ke dalam ma

Blue riding hood

Salam ceria buat semua.. Anak2 ni macam2 jerlah nak dimainnyer. Actually diorang ni tak pernah pun tengok cite red riding hood tuu..Dengan baby Aniq pun dibuatnyer camtu gak, sebaik Aniq sporting jer layan kakak mia. Kononnyer baju hujan, pakai tu kurang kene hujan. Comei gak diorang pakai macam ni kan.. . ni dah macam zoro pun yer gak.. . alala..cutenyerlah..jalan terkedek..lari2 anak.. semata2 nak bergambar..pegang aniq sampai macam tu.. Mama izan biarkan ajer diorang ni nak main ape2, tapi kalo mende yang merbahaya, tajam memang jangan haraplah. Biarlah mereka berimaginasi dan berkreatif dengan mende2 yang ade kat umah. Cumanya kita sebagai parent pantau mane2 yang patut. Bila dah seronok main dan penat, mulalah dihasut setan, nak gaduh jer. Bab gaduh2 ni memang mama izan tak tahan, so menyingalah mama ni..tak pun memasing dapat cubitan bertuah. kekadang mama redakan sebabnya, kekadang Amirul nak kakak ikut cakap die, yang kakak lak ade cara die tersendiri. Bab2 ni, kalo papa ade,

Arnab makan rumput israel

Salam buat pengunjung semua... Mama izan seronok betul tengor arnab2 ni makan. Sebelum ni, kami bagi makan lobak, kangkung yang dibeli dipasar. Beberapa hari pastu sekor arnab cirit, tak tahulah nape..mase tulah..now dah tahu..sebabnya arnab tak tahan dengan racun perosak yang ade pada sayuran tu. So, kita manusia ni leh lak tahan, tapi tak tahulah banyak mane now toksin lam badan. Sumernyer dah tak selamat nak di makan even buah2an pun. Pas lek dari kampung haritu, mama izan adelah mencari rumput israel di tepi kebun getah belakang umah PIL mama. Rumput meliar jer ni, arnab memang makan rumput ni. Berselera jer makan, xde pun kene cirit. . lampu tu dipasang supaya arnab2 ni rase hangat, arnab xleh sejuk dan xleh mandikan . s eronok yer dapat makanan . Kat temerloh ni dok lam bandar, takdelah plak mama izan nampak di tepi2 jalan. Kalo ade, nak gak amik, at least jimat beli palet arnab tu kan. Mane taknyer, arnab2 ni memang makan sokmo2(kerap). Mama izannyer bahasa memang ade campuran k

Terima kasih rakan2..

Salam buat pengunjung semua... Erm..mama izan nak ucap trime kacih kepada rakan2 yang selalu sangat nak tahu pengalaman berniaga ni. Mereka ni selalu message kat FB, kalo nak ikutkan tahap mane sangatlah mama izan leh crite kat FB tu. So, mama izan gagahkan diri buat blog, sekurang2nya leh juga bagi panduan untuk mama izan, anak2 dan sesiapa saje yang nak kan ilmu ni.. Sebelum ni, mama izan hanya membaca blog rakan2 sajer, ingatkan senang sangatlah mendenya nak dibuat. Agak susah gak kalo x bersungguh2. Banyak kene belajar nak hasilkan blog mama izan sekarang ni. Memang kekok sangat dulu, lame dok ngadap komputer sebab nak buat gak blog ni, sampai kul 2, 3 pagi dok buat blog..bersemangatlah katakan. Anak2 dah tido baru boleh melayan blog ni. Now dah ade just update jerlah pengalaman or ceritera hidup kami. Terima kasih juga kepada silent reader, sebab kehadiran anda menaikkan traffik kat blog nih secara tak langsung. Kot2lah satu hari nanti dapat duit kopi dari NUFFNANG kan..rezeki jan

Carta top 10 faktor seorang jutawan!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan! Oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh… 10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri. 9. Cekap dalam pengurusan Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar. 8. Mempunyai se

Andai hati bisa dibaca..

Salam buat semua.. Andai hati bisa dibaca, alangkah indah hidup ini. Adakah antara kamu orang yang boleh baca apa yang lahir dihati orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Apakah patut kami dipersalahkan kerna menolong orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Sebab kami x boleh baca hati orang lain. . Apa yang kita lihat diluar tidak semestinya sama apa yang didalam hati. Bila sudah tahu perangai seseorang itu barulah kita boleh ambil tindakan selanjutnya. Tidak perlu lagi beri muka. Blacklistkan saje orang sebegini tak kira sedara mara atau adik beradik suami or isteri. . Keadaan yang kami tidak jangka ini, membuatkan kami kecewa dan sedih. Tak sangka orang yang suami mama sudah kenal sejak kecil lagi, ingin main2 dengan kami perkara yang berkaitan dengan jual beli barang. Seseorang yang sangat dikenali luarannyalah..nak guna akaun kami untuk order barang yang harganya ribu2an. Dan die tahu term diberi untuk bayar kepada pembekal hanya sebulan. Tapi atas dasar saudara kami minta dari pembe

sudah terlambat...

Salam manis buat semua... Mama izan now kat jenderam..selangor, jenderam ni 15 min ke putrajaya, 15min ke bangi, 15 ke nilai, 15 min ke KLIA...kiranya tempat strategiklah nikan..so..kalo lek sini memang berjalan sakan. . Semalam dengan x sabarnyer nak bershoping bawang2..tapi terlambat sudahh...uhuk...uhukk Bawang putih sekilo rm7, bawang besar rm4 lebih sekilo...tapi stil murah dari temerloh..so, mama izan pun belilah stok untuk sebulan. . Ternampak lak fitti basic..ade offer rm24.5 untuk saiz M,L dan XL. Mama izan pun beli gak untuk stok. Walaupun abang pakai cloth diaper tapi kalo travel pakai disposable diaper. murahlah ni..now harga biase RM29 tapi kuantiti dikurangkan 10 pcs. . Kiranya ape2 mende pun skarang ni memang dah naik harga. Mama izan tidak tersilap langkah semasa wat keputusan nak gunakan cloth diaper...JIMAAAT sangat2. Sebab harga barang2 semakin hari semakin naik. Sedangkan dengan cloth diaper ni leh pakai sampai umur 3, 4 tahun. . Mama izan rase nak wat n3 pasal peng

Bawang Naik Harga!!

Salam buat teman2 semua... . Sedang seronok baca sinar cerita pasal perkara2 yang berlaku kat Malaysia ni, tetiba teralih pandangan mama izan..ape mendanyer yer..bawang sekilo RM10 .. . Mama izan pun terus baca..Sinar telah pergi mendapatkan maklumat di pasar awam Temerloh iaitu tempat mama izan membeli belahlah ni setiap minggu. Adoiilah ..bawang sekilo RM10 camner ni MAHALNYE ..sebelum ni RM2.50 sekilo . . Pepagi buta ni sanggup mama izan snap paper sinar ni..yerlahkan nanti ade pulak yang kata khabar angin jer. Sesape yang tinggal berhampiarn dengan Temerloh ni..jangan terkejut lak pegi pasar minggu depan.. . credit to Sinar Harini akan menghala ke Bangi or Selangorlahkan..jadinya beter mama izan bershoping di giant or tesco or carefour..x bleh jadi ni..kene beli stok sebulan sebab biasenye lek ke selangor sebulan sekali paling teruk..sejak minyak naik nilah..sebelum ni leh kata 2 minggu sekali.. ok..wassalam..

Hasad dengki dan iri hati

Salam semua...hasad dengki dan iri hati ni , sume ade perasaan macam ni betul x?Angkat tangan sape yang rase2 hatinya suci dan bersih. Mungkin ade tapi orang yang bagaimana ya. . Ada baik dan ade buruknya berhasad dengki, yang baiknya dengki yang merubah kita jadi baik. Macam mane erk..? Begini, jika seseorang itu selalu dengki dengan kebaikan dan sopan santun seorang wanita ni, jadinya die nak lebih baik dari wanita itu. Ataupun mamat tu rajinnyer pergi ke surau, aku pun mesti lagi rajin. . Dalam perniagaan pula memanglah ade dengki2 ni, tapi janganlah pula kita menganiayai orang yang didengki tu. Kebanyakannya orang melayu berdengki sesama sendiri. Banyak saya dengar cerita pasal ni. Mereka yang berdengki tu guna ilmu hitam supaya kastemer tak nampak kedai yang didengki tu. Bukankah perbuatan ini berdosa. . Masyarakat Cina pula lain halnya mereka berdengki cara baik, bukan cara karut macam masyarakat melayu buat. Ini realitinya. Sebelah kedai kami dulu cina, mereka dengki sebab ramai

11 Formula kejayaan

11 Formula Kejayaan! oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb 1: Keinginan Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut. Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri. Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai. 2: Keyakinan Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau

Teh sukat punca kanser

As salam...buat tetamu semua... . Terkejut baca muka depan kosmo, teh sukat punca kanser. Teh yang dibeli secara timbang oleh kebanyakan gerai atau restoran. menurut pakar toksikologi, teh ini mengandungi pewarna sintetik dan serta merta mengeluarkan warna kuning pekat. Pewarna sintetik ini mengandungi karsinogen iaitu sejenis bahan kimia perosak sel-sel tubuh manusia dan terdedah kepada kanser. . Saya pun memang suka sangat minum teh tarik di gerai2. tak hairanlah kalo harga teh ni sekilo RM6 sekilo, rupernyer banyak bahan pewarna. . Pada tahun 2009, Kementerian kesihatan mengesan 51 syarikat pengeluar teh mencampur pewarna dalam produk mereka. Antaranya, jenama Teh wangi, teh cap masjid, serbuk teh 3 bintang, teh cap bunga, serbuk teh wawasan, teh tarik (burung petalawati) dan bunga mahkota. . Berita selanjutnya klik sini!! . Untuk menjamin kesihatan dengan sempurna, lepas ni minum teh tarik berjenama seperti teh boh dan teh lipton jerlah..

Ayamas jiran baru

Salam buat semua... Semalam ialah hari pembukaan kedai Ayamas iaitu jiran baru kami. Alhamdulillah rezeki awal tahun, harini mereka bagi seekor ayam bakar black pepper free, kalo x regenye RM23.90. . Kenyangnya makan ayam ni. Semlm dah makan seekor juga, semalam ade diskaun separuh harga tu yang kami beli banyak. . Kedai ni ade jual produk2 yang frozen dari ayamas dan yang siap masak pun ade. Macam2 ade, trylah datang tengok. . . mama izan posing depan ayamas..ahaks Anak2 ni seronoklahkan dok melepak kat restoran ni, sebab ade maskot ayam ...tapi bila suh pegi dekat nak bergambar takut lak. maskot ayam Dapat belon lagi...lagilah hepi..takdelah boring bebudak ni kan. myra asik dok minta belon jer..sebab tu banyak.. Semoga dengan adenyer ayamas ni kedai kami pun dikunjungi oleh ramai pelanggan dan bertambah rezeki kami. ok..wassalam

Kini bermula..

As salam buat teman2... Bermulalah lembaran baru ceritera hidup kami untuk tahun 2011. Saya agak terkejut dengan berita yang menyedihkan..arnab kami coco telah mati kerana mengalami cirit birit yang teruk. Rakan niaga sebaris dengan kami iaitu Zhuan Yi telah menutup kedainya. Mama izan idak lah tahu ape masalahnya. Mungkin kastemer kurang dan jualan tidak meningkat atau hanya statik sahaja. Kami pun risau juga keadaan seperti ini berlaku. Diharapkan kami dapt bertahan dan akan bertambah maju. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kedai ni jual segala aksesori bilik mandi yang harganya dari medium duty ke heavy duty. Setiap tahun gaji pekerja akan naik, jika jualan setiap bulan hanya statik sahaja macam mana nak bertambah2 untung. Tahun ini kami naikkan lagi gaji pekerja mengikut prestasi dan kehidupan semasa. Ternyata taraf hidup semakin meningkat rentetan kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain. Bagaimana dengan majikan seperti kami, perbelanjaan semakin bertambah setia