(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Tuesday, March 29, 2011

Lori delta baru

Salam mesra buat semua...Kami aterasa amat gembira kerana lori yang kami impikan sudah berada dalam genggaman. Mungkin ade yang kata "lori..ape sangatlahkan..".Tapi bagi kami amat2 bermakna, dahlah nak dapatkannya pelbagai onak duri yang perlu kami lalui.

Walaupun ianya sebuah lori tapi harganya same lebih kurang macam Mr.hilux tu. Dengan adenye lori ni, kami berharap agar pintu2 rezeki yang lain akan kami dapat buka. Kita ni orang muslim memang kene banyak berusaha dan berdoa untuk dapatkan sesuatu. Sekiranya kita dah berdoa dan bertawakkal tapi Allah tak beri bukan bermakna Allah tak sayang, tapi mungkin belum sampai masanya atau tidak baik untuk kita atau kita akan dapat yang lebih baik dari itu.

Dan jangan mudah putus asa, jika tidak dapat melalui pintu pertama, cuba pintu kedua. Mama izan rase nak dapatkan lori ni pun yang pintu entah keberapa. Alhamdulillah...kami sangat2 bersyukur. Kalo ikut perkiraannya esok lori baru siap. Tapi semalam mereka hantar ke kedai.



inilah rupernyer lori baru tu..


Malam semalam kami anak-beranak merasmikan lori baru dengan meronda2 seluruh temerloh. Leh tahan gak macam dok lam buaian hingga aniq tertidur. Buat pertama kalinyer naik lori, 60km/jam pun dah rase laju.Kalo naik hilux setakat 130km/jam biase je.


Semoga segala perancangan kami akan datang dipermudahkan. Wassalam..

Main2 di Taman Bandar, Temerloh


Salam buat semua pengunjung..Diharapkan semuanya sihat wala'fiat..Ahad lepas, selepas sarapan mama izan dan suami bawa anak2 bermain2 di taman bandar, temerloh.


Dah berbulan juga tak main2 kat sini. Disini ade 3 jenis playground yang pelbagai dan juga redup sebab banyak2 pokok2. Manakala di kubang gajah tempat baru siap, pokok pun x besar lagi.



gambar panorama playground "kapal"



Dah puas main kat playground "kapal". Main pula kat playground "naga"..layankan



amyra yang dah besar ni pun mengada nak naik buaian untuk baby



mama izan hanya nak seimbangkan jongkang-jongket tu..;P



sibuk nak manjat triangle


Anak2 pun dah penat, turn mama izan lak nak senaman menggunakan alat2 senaman yang disediakan. Sampai ke harini masih terasa sakit lagi otot2 di perut kesan dari senaman hari ahad lepas. Bersungguh nak maintain bahagian perut.








panorama kawasan alat senaman..




panorama pemandangan tasik dari tempat senaman.



anak2 memang puashati main. Sampai jer rumah,minum susu, semua tidur. wassalam jumpe lagi.

Friday, March 25, 2011

Kandungan gula dalam susu tepung

Salam dan selamat sejahtera buat semua..
Mama izan ade terima poskad daripada Anmum Club. Jadinya mama izan nak kongsikan ape yg terkandung dalam poskad tu.Soalan yang ditulis lam poskad tu..

Are you feeding your child up to 13 teaspoons of added sugars everyday?

Agak musykil juga, atau perkara yang kita tak sedar tapi ianya memang berlaku. Kita tahu susu tepung untuk pembesaran kanak2 kaya dengan pelbagai nutrien penting yang diperlukan mereka. Namun terdapat penambahan gula dalam beberapa jenis susu tepung yang dijual di Malaysia.

Jadi, sebenarnya kita memberi anak2 susu yang mengandungi gula setiap hari jika ramuan susu tepung tersebut mengandungi bahan2 dibawah ni:

* corn syrup solids

* sucrose

* glucose syrup solids


Ibu2 boleh semak kandungan gula dalam susu tepung di sini (semak gula).


Anak2 mama izan minum susu dutch lady. Dan sungguh tak dijangka terdapat bahan sucrose dan glucose syrup solids. Patut pun cam ketagih je minum susu anak2 ni. Rupernyer sedap, manis. Tapi nak wat camne ni susu yang diorang suka, bagi anmum, dugro tak nak.

Dan susu tepung anmum essential memang tiada tambahan gula. Malah mengandungi 100 % DHA yang penting untuk tumbesaran.

Susu anak2 anda bagaimana pula??



.

Angka korban meningkat di Jepun

Salam dan selamat sejahtera buat semua..

Walaupun Jepun merupakan negara yang hebat dengan teknologi dan sains, namun kuasa Allah s.w.t lebih hebat lagi. Segala2nya terbukti dengan kejadian gempa bumi yang lalu yang meranapkan teknologi yang dibuat oleh manusia di pantai timur Jepun.
.
Pihak berkuasa melaporkan angka kematian dan yang hilang melebihi 26,000 orang. Perangkaan daripada Agensi Polis Kebangsaan menyatakan terkini 9,700 disahkan mati, 16,501 hilang dan seramai 2,766 lagi mangsa cedera.
.
Beberapa gambar keadaan pantai timur jepun ranap digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala ritcher dan dilanda tsunami setinggi 10 meter.
.
.





.


Apa yang kita boleh lihat dengan kejadian gempa bumi dan tsunami dijepun menunjukkan tiada satu pun yang kekal milik kita dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dari segala2nya.
.

Wednesday, March 23, 2011

Usaha.doa dan tawakkal..

Salam buat semua teman2...

Alhamdulillah ...akhirnya berhasil, segala usaha kami membuahkan hasil. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kami amat bersyukur sebab loan beli lori 3 tan dah lulus. dengan adenya lori ni bertambahlah rezeki insya Allah.
.
Sebagai seorang peniaga muslim kita mesti sentiasa berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan menghindari kita dari melakukan perkara2 yang haram. Dan harini permohonan loan untuk menambah modal juga lulus, alhamdulillah..mungkin berkat doa dan kesabaran yang kami lalui.
.
Bukan senang kami bekerja sendiri ni nak wat loan dengan bank, banyak perkara yang kami perlu sediakan. Dan kadar faedahnyer sehingga 17%. Kalo sesiapa yang berniaga nak tambah modal cubalah mohon BSN Tema Niaga. Tapi kene banyak bersabar dengan apa yang anda akan lalui. Setelah berusaha dan sebagainya hendaklah berdoa dan bertawakkal.
.
Dengar khabarnya minggu depan akan dapat lori. Suami mama izan pula akan ambil lesen GDL untuk pandu lori tu.
Inilah rupanyer lori kami dalam proses nak pasang aksesorinya.
.
.
lori hawami hardware
.
.
Segala kemudahan yang kami terima ini, dapatlah kiranya membuka langkah kami seterusnya. Memudahkan segala urusan perniagaan yang akan dikembangkan. Seterusnya memberi kemudahan kepada pelanggan2 untuk mendapatkan barang2 kasar seperti pasir, batu bata dan sebagainya.
wassalam..

Wednesday, March 16, 2011

Sata Gau, Temerloh

Salam mesra buat semua teman2...

Erm..sape pernah makan sata??Rasenye orang pantai timur sangat familiar dengan makanan ni. Sebelum mama izan berkahwin memang tak pernah makan dan tak pernah nampak dijual di mana2 sekitar pantai barat. Pertama kali makan, memang terus tersuka (terkinyam-loghat N9).
.
Sebelum ni, asalkan pegi temerloh, mesti cari sata gau kat jalan maran yang sedap tu. Bukan orang lain pun yang jual, sepupu suami mama izan gak. Dari dulu sampai sekarang rasenye sama jer, memang mereka jaga kualiti sata tu.
.
.
ni die rupe sata macam otak2kan
.
.
Sata ni dibuat menggunakan ikan tamban dan kelapa, tidak ade campuran tepung pun, memang pure ikan. Dan ikan ni bermusim, so penjualannya pun bermusim. kemudian dibakar dengan bara, bukan api tau, so kene bersabar nak tunggu masak.
.
Mama izan pernah cuba makan sata yang di jual di kuantan dan kuala terengganu, ternyata rasenyer amat berbeza, sata gau, temerloh lagi sedap.

.
sata panas, satu batang RM3, ade lam 4 biji



Sape2 yang datang ke temerloh, cubalah rase sata gau temerloh ni. Esok, insya Allah akan ke JB, mama izan nak makan yong taufu dan otak2 gelang patah yang terkenal tu.
.
Wassalam, jumpe di Johor..

Tuesday, March 15, 2011

Panduan penggunaan:Botol susu "polikarbonat"

As salam dan selamat sejahtera buat semua...

Isnin lepas dalam malaysia kini ade mengatakan botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi "bisphenol A" akan diharamkan kerana akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon bayi dan kanak2. Namun, masih belum ade lagi kes yang berkaitan dan penilaian hormon terhadap tubuh bayi.
.

Menteri kesihatan menunjukkan botol susu jenis "polikarbonat" (kanan)


Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Berita penuh disini!!


Mama izan pun cari mana2 artikel lain yang berkaitan dan mama izan jumpa dalam "malay mail online".


Panduan pengguna untuk menggunakan botol susu "polikarbonat":

*Sterilkan botol susu seperti yang diarahkan pada label. Jika tidak ada, hendaklah direbus selama 5 minit hingga 10 minit.

*Elakkan mengisi air panas secara terus ke dalam botol susu " polikarbonat" semasa menyediakan susu.

*Gunakan alat untuk membasuh botol susu "polikarbonat" yang lembut seperti span dan berus khas supaya permukaan dalam botol susu tidak bercalar.

*Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu sekerapnya. Jika terdapat calar hendaklah tukar yang baru. Jika tiada calar atau kerosakan lain hendaklah menukar botol susu setiap 6 bulan.

Anak2 Mama izan memang menggunakan botol susu polikarbonat, memang sebelum kuar berita ni , mama izan rebus botol2 tu setiap minggu. Dan akan tukar paling lama pun 3 bulan. sebab tu anak2 suka sangat minum susu sebab pelbagai jenis botol yang mama izan belikan.

Rasenyer ramai ibu2 yang tahu pasal penjagaan botol susu ni kan. Sama juga bekas plastik untuk minuman atau makanan ade bahan "polikarbonat" ni. Perasan tak kalo letak air panas pada bekas plastik akan ade bau bahan kimia?? So, jangan hanya botol susu yang kita tumpukan, sebolehnyer gunakan bekas bukan plastik untuk buat air panas.


Harap ramai yang dapat manfaat..wassalam.

Monday, March 14, 2011

Gempa bumi Jepun:Kadar radiasi nuklear di Fukushima meningkat

As-salam dan selamat sejahtera buat semua...

Kesan dari gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala ritcher jumaat lalu menyebabkan sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi dan kadar radiasi meningkat hingga 1000 kali ganda dari paras normal yang dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear di Fukushima Jepun.
.
Kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.
.
Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan pagi tadi, sistem penyejuk bagi reaktor No.3 loji tersebut tidak berfungsi. Pihaknya berusaha melepaskan stim dalam reaktor tersebut. Sebelum ini, reaktor No.1 dan 2 loji pertama dan reaktor No.1, 2 dan 4 untuk loji fukushima nombor dua juga mengalami kerosakan sistem penyejuk.

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa pihaknya telah memasukkan air laut ke dalam reaktor No.1 loji pertama


Radiasi itu juga di kesan di bahagian luar dan menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan kawasan lingkungan sehingga 10 km.
.
.


.
.
22 orang warga Jepun dikesan positif telah terkena radiasi nuklear dalam kawasan 10 km di loji tenaga nuklear pertama Fukushima , Jepun dan mangsa tersebut di isolasi di Nihonmatsu, Jepun.
.
.
Seorang warga jepun terkena radiasi nuklear dan membersihkan diri dengan cecair khas.
.
.


Barang2 yang di jangka terkena dan tercemar dengan radiasi nuklear juga di isolasikan.

Tips:Jujur dalam berniaga

Salam buat semua teman2..

Kejujuran penting dalam berniaga, ada yang ambil mudah akan perkara ini, tapi akhirnya Allah tetap akan ambil segala yang diperolehi sedikit demi sedikit tanpa disedari. Apa yang mama izan nak cerita ini adalah kisah benar tentang seorang peniaga bangsa melayu yang tidak jujur.
.
Pada mulanya kami sangatlah hormat dan kagum dengan pencapaianya. Beliau juga ade cerita yang KWSP bagi surat denda lam puluhan ribu juga. Kami terpikir kenapa begitu, kalau setakat 3 bulan tak bayar, sekurangnya hanya diberi "warning letter".
.
Akhirnya kami dapat tahu dari seorang aunty sebenarnya beliau tak bayar sewa sudah berbulan2 lamanya. Kenapa perlu berbohong dengan kami, bukan ke lagi malu berita buruk ni kami tahu dari orang lain.
.
Ade juga cerita darinya yang pembekal nak cash darinya tiada credit. Kami pelik kenapa begitukan. Setelah kami berurusan dengannya dan ternyata beliau tidaklah jujur dengan kami, tidak memberitahu perkara yang sebenar. Dan kami orang yang ke berapa mangsanya. Memang patut pun tak dapat credit, sebab tak bayar dengan pembekal pada mase yang ditetapkan.
.
Semua perkara di atas dicerita sendiri oleh beliau kepada suami mama izan. Kami ambil iktibar daripada perkara ini. Allah ambil apa yang beliau ade sedikit demi sedikit, dari 3 kedai jadi 2 kedai, dari 2 tingkat kedai jadi setingkat kedai, dari kedai depan jadi kedai belakang.
.
Cuba cek diri memasing adakah kita jujur dalam berniaga, jika tidak, ubahlah supaya kelak kita tidak mengalami kesusahan. Cerita ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan2 untuk mengambil iktibar akan peristiwa ini dan bukanyer ingin memalukan mana2 pihak yang terbabit.
.
Memang pelbagai dugaan dan ujian untuk menjalankan perniagaan dengan jujur. Bangsa lain menipu untuk kaya dengan cepat. Tapi kita sebagai orang islam hendaklah bersabar jangan mudah tergoda dah memenuhi hasutan syaitan dengan lambakan duit yang banyak. Tak rugi bersifat jujur, kerana Allah akan memberi ganjaran yang lebih hebat lagi..insya Allah.
.
Bagaimana jujur dalam berniaga??
Caranya mudah saja, kalau ade yang menggunakan timbangan janganlah menipu, lebihkan lagi baik seperti yang kami amalkan. Beritahu kastemer perkara yang betul tentang barang yang dijual ..contoh kepala paip" kalau p.cik beli yang murah dan kurang berkualiti akan cepat rosak, kalau nak yang baik harganya mahal tapi tahan lama"..terpulang pada kastemer nak beli yang mana.
.
Pengalaman mama izan, bangsa melayu, islam kalau tidak jujur dengan sekelip mata je Allah tarik balik tapi kalau bangsa cina menipu tidak jujur makin kaya. Mungkin ade hikmah disebalik Allah takdirkan semua ini. Wallahu a'lam.

Friday, March 11, 2011

"Monster tsunami" di Jepun

Salam buat semua...



Terkejut saya berita tentang Jepun dilanda tsunami yang dahsyat. Jadinya saya pun men"google" cari info pasal tsunami. Melanda kawasan norteast di jepun iaitu sendai. Gempa bumi berskala 8.9 pada skala ritcher dan dikatakan "mega quake" oleh The US Geological Survey.

Apakah bencana yang Allah turunkan ini..sama2 kita insafi diri dan sebagai peringatan kepada kita.

Gambar untuk tatapan:
.



Berita penuh disini.



Simptom 'adenovirus"??

Salam manis buat semua...

Adakah ini musibah yang Allah berikan kerana semakin hari semakin manusia lupa akan penciptanya. Sama2 kita muhasabah.
.
Adenovirus yang semakin merebak di PULAPOL,kuala lumpur amat membimbangkan kerna kementerian kesihatan masih tidak tahu akan puncanya virus itu. Sebelum ini dikatakan berpunca dari kencing tikus atau leptospirosis.Seram sangat sebab senang sangat nak merebak. Hanya dengan batuk dan terbersin virus sudah tersebar.
.
Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.
.
Antara simptom2 Adenovirus yang mama izan dapat dari berita harian ialah:
*Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam.
*Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu.
*Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan.
.
Jika ade kalangan anda yang mengalami simptom seperti di atas, segera ke hospital. Musibah yang Allah turunkan ini harap sedikit banyak memberi kesedaran kepada ramai manusia. Allah maha berkuasa dan akan menurunkan musibah dan bala kepada sesiapa yang dikehendakinya..wallahua'lam
.
Berita penuh mengenai "adenovirus" disini..
Wassalam...

Wednesday, March 9, 2011

Swiss- Court holiday Apartment, Damai laut, perak (Bhg. 3)

Salam manis buat semua...
Sambungan dari n3 bercuti di damai laut. Ni hari ahad, selepas check out, kami pun bergambar2 kenangan kononnye. Kami menjelajah seluruh resort sebelum balik ke Temerloh.
.
Jadinya, layankan gambar2 ni..
.
Di luar lobby Swiss court holiday apartments.
.
.

Villa di swiss garden resort, damai laut.
.

.

View dari lobby swiss garden resort & spa

.

Hotel Swiss Garden di Damai laut.
.

.http://www.swissgarden.com/hotels/sgrdl/

Kemudian kami ke rumah adik untuk makan tengahari bersama2. Kami pergi pula ke lumut untuk membeli belah beberapa barang dan makanan. Jadinya kami bertolak kul 4 ptg tanpa berhenti rehat dan sampai di Temerloh kul 8 mlm. Tamatlah cuti2 kali ini.

Jumpa lagi, wassalam.

Thursday, March 3, 2011

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung...

Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air.
.
Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal.
.
Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami.
.
Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sorang staff kami ni memang ade pengalaman buat rumah. Buat bilik umah kami ni dulu die yang buatkan.
.
Mama izan pun mengosongkan tempat yang akan dibuat bilik air.Actually suami mama izan ni ade je amik kursus kontarktor mase masih study lagi. Cuti semester dok cari ilmu yang pelbagai, jadinya adalah sijil kontraktor class F kalo x silap mama izanlah.
.
.

.
.
Batu bata ni suami mama izan yang angkut dari tingkat paling bawah skali, bayangkanlah betapa penatnye..skali naik 10 biji batu dan memerlukan 300 biji batu untuk buat bilik air ni.
.
.

ade jer back hoe bebudak ni nak interframe

Ok.. dah siap nanti mama izan wat entri len..wassalam