(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, April 25, 2011

Amyra semasa kecil..

Salam buat semua..Sukenye mama izan, mk sdare amyra jumpe gambar2 myra masa kecik. Sebenarnye banyak lagi gambar2 lame. Mama tidak ketemu cd nya.Mama izan nak tunjuklah sikit gegambar amyra semasa kecilkan.

Kat bawah ni semasa mama izan bekerja di hawami enterprise, pusat rawatan tradisional kat bangi. Kiranya membantu mak mertua mama izanlahkan. Mama izan mengemas di bilik. Amyra mengemas di meja kaunter. Semasa kecil pantang jumpe pen mesti die nak. Sifat ni menurun ke aniqlah..pantang kalo mama izan pegang pen sure die nakkan.

Pusat rawatan ni masih beroperasi, di tingkat dua. Kalo parking kete kat bawah, lagi tinggi kene mendaki. Masa mengandungkan amirul paling terasa sakit otot2 kaki. Lagi2 kalo sampai kat hawami amyra tido, kenelah dukung dengan perut yang boyot ni. Agaknye sebab turun naik tangga nilah yang amirul kuar 2 minggu awal.


gunting pun nak main

suke sangat dengan pen..


tidur, setelah penat "bekerja"



Kat bawah ni pula gambar kat rumah...sweet sangat gambar ni...


Masa dedulu asalkan papa tak keje kami akan bawa amyra main2 kat depan masjid putrajaya. Umah PIL mama izan 15 min jer dari putrajaya, memang kat situ jerlah tempat nak main2. Seronok tengok orang lain pun, kadang2 ade main kete kontrol, main basikal, main badminton. Macam2lahkan dan semua ni malam ahad.

Alangkah bestnyer kalo ade tempat agak2 macam ni kat temerloh. Kadang2 memalam nak bersantai tak tahu nak pegi mane, boring tau..

masa ni mama izan dah 7bln pregnantkan amirul..


ok..jumpe lagi, wassalam...



Sunday, April 24, 2011

10 tanda pemakanan yang baik

Salam mesra buat semua...Selama harini minum susu nespray tak perasan dengan apa yang ditulis pada pembungkusnya. Tapi harini tertarik lak nak bacakan. Jom tengok apakah 10 tanda pemakanan yang baik.

1. Berat badan sesuai dengan ketinggian.

2. Kulit yang cantik.

3. Pertumbuhan otot yang baik.

4. Mata yang terang.

5. Gigi dan tulang yang kuat.

6. Rambut berkilat dan bermaya.

7. Berselera makan.

8. Postur yang baik (bentuk tubuh).

9. Peka dan ceria.

10. Tidur yang lena.

Cuba cek diri kita ni mengambil makanan yang baik ke?? Jika menepati ciri2 di atas makanya memang kita ni makan makanan yang lebih banyak khasiat. Agaknyer tiba2 tertarik pasal makanan sihat ni sebab mencari gambar makanan sihat dan tak sihat untuk amyra.

Kadang2 saya terfikir apakah semua yang kita makan, akan diambil 100% oleh anak yang disusukan?? Memang patut pun ibu2 digalakkan banyak mengambil makanan yang berkhasiat dan banyak minum susu.

Mama izan makan twisties tak banyak pun, just segenggam jer. Pastu amyra nak bagi pada aniq, mama izan tegur kata x boleh. Suami mama izan kata ape bezanya bagi aniq yang berumur kurang 2 tahun dengan mamanya yang makan juge..menyusu nanti dapat gak. Mama izan seolah terkedu..betul juga yer.

Kalau ade rakan2 yang ade idea dan info pasal kesangsian mama izan ni bolehlah kongsikan yer..Adakah apa yang seorang ibu tu makan, akan diambil 100% oleh anak yang disusukan. wassalam..

Kemaskini dokumen

Salam mesra buat semua pengunjung...kebiasaannya di pagi ahad orang lain bersantai atau berjalan2. Tapi mama izan ambil peluang mentara anak tak bangun lagi dan tak kelam kabut untuk menyediakan anak ke sekolah..dengan mengemaskini segala2 dokumen baik untuk hawami hardware tersayang ataupun dokumen peribadi.

Mama izan buat mana yang termampu sebelum projek bt 5, Maran bermula. Kalau tak buat dari sekarang, maknanyer tak menggunakan peluang masa yang ada sebaiknyer. Sebab nanti nak lebih kosentret pada projek tu.

Layankan kertas2 yang banyak ni..





Mama izan ingin kongsikan beberapa sifat yang perlu ada dalam diri seseorang untuk transformasi diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnye. Dan sifat2 ini ade dalam diri suami mama izan.

Sifat2 ni ialah 4B yang terdiri daripada berani mencuba, berdisiplin, bersemangat, bercita2 tinggi. Tanpa sifat 4B ini transformasi mungkin berlaku tapi untuk jangka masa pendek sahaja. Mama izan berharap agar kita sama2 mentranformasikan diri kita untuk merasai kehidupan yang lebih baik seterusnya mampu untuk memberi faedah dan berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat umumnya.wassalam..

Saturday, April 23, 2011

Mencari gambar...

Salam dan selamat sejahtera buat semua...rabu lepas amyra ditugaskan oleh cikgunye untuk mencari gambar makanan berkhasiat dan makanan tak berkhasiat. Nak citernye punyelah senang sekarang ni, hanya google jer dah jumpe banyak sangat gambar, tinggal pilih jer mana yang nak.

Masa kita kecik2 dulu kalo nak cari gambar pape pun nak dibawa ke sekolah, puaslah membelek surat khabar, majalah dan sebagainya. Makin berusianya dunia ni makin canggih segala2nya.

Kat bawah nilah gambar yang dipilih oleh amyra sendiri. Credit to google..



Makanan tak berkhasiat (unhealthy food)



makanan berkhasiat (healthy food)




Amyra pun hepi jer dapat melaksanakan tugasnye dengan bantuan mama izan. Hari khamis pula amyra ke ladang cendawan untuk melihat sendiri cara pengendalian cendawan dari tanam dan tuai..siap beli lagi dan makan di sekolah. Semoga amyra makin berdikari dengan adenye aktiviti luar sekolah sebegini. wassalam..

Tuesday, April 19, 2011

Akibat buruk loji nadir bumi di gebeng

Salam buat semua...macam2 yang kita baca pasal pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng,kuantan. mungkin ramai yang anggap biasa tapi kami tinggal di Temerloh, dekat jer dengan Kuantan kalau berlaku perkara yang tak sepatutnya.

Kejadian letupan di loji nuklear Fukushima benar2 memberi pengajaran buat negara kita. Tapi loji di Gebeng tetap diteruskan. Walaupun jepun terkenal dengan ilmu sains dan teknologi, namun kuasa Allah tetap tidak dapat dihalang. Inikan pula Malaysia, tahap mana sangat teknologi kita yang dikatakan mampu menghalang jika berlaku malapetaka alam.

Pada 2 April 2011, ahli parlimen kuantan, Fuziah Salleh menasihatkan MB, Pahang supaya memikirkan semula impak dari pembuatan loji ini. Banyak buruknyer kepada masyarakat di Kuantan, perniagaan, pelancongan, alam sekitar dan pertumbuhan ekonomi mungkin juga terjejas. sumber

Bulan mac yang lalu, lebih 100 orang menyertai demo anti sisa radioaktif untuk membantah pembuatan loji nadir bumi yang terbesar di dunia di Gebeng. Ini menunjukkan penduduk di Kuantan memang tidak setuju. Tapi tindakan mereka tidak dipedulikan. Sumber

Apa yang menghairankan saya kenapa loji ini tidak dibuat di Australia?? Tapi kenapa malaysia beria sangat nak bina di sini..bukankah ini sudah jelas akan kesan buruk sisa radiaktif itu kepada manusia,haiwan dan alam sekitar..

Belum pun loji itu beroperasi, penjualan rumah2 di kawasan berhampiran loji nadir bumi menjunam. Dan saya yakin Kuantan bukanlah lagi kawasan peranginan dan tempat untuk famili bersantai di tepian pantai sekiranya loji ini tetap diteruskan pembuatannya. Sumber

Saya berharap mereka yang tinggal dan badan2 tertentu di Kuantan agar berbuat sesuatu untuk menghalang pembuatan loji ini demi keselamatan dan kesejahteraan semua.


Mak Ayah mengerjakan umrah

Salam buat semua teman...hari ahad lepas kami berkampung di KLIA kerna nak menghantar mak dan ayah mertua mama izan untuk mengerjakan umrah. Kami doakan semoga mak dan ayah sihat tubuh badan dan dapat umrah maqbul.

Bergambar kenangan sebelum ke KLIA..


akhir tahun ni bertambah lagi 2 orang cucu kecik..


Sampai di KLIA kul 11 pg..Penerbangan kul 2..Jadinya anak2 ni bermain2lah di tempat menunggu tu..sementara mak dan ayah check in dan simpan beg.Selepas mendengar taklimat dan berdoa. Bersalam2an dan bersedih2an..mama izan sedih gak tapi tak samapi mengalirkan air mata..mama izan redha dengan pemergian ini hanya untuk seketika..lagipun mak dan ayah ingin mengerjakan umrah..biarlah mereka pergi dengan tenang.


Kami menghantar mak dan ayah sampai ke dalam tengok dari atas jer. Dah selesai barulah kami pergi makan. Dan kononnyer nak tengok mereka berlepas kat bahagian kargo.. tapi sampai kat tempat tu kul 2.30ptg. Walau apa pun..semalam mak dah tepon kata selamat sampai..alhamdulillah..wassalam..

Tuesday, April 12, 2011

Resepi mudah: ikan siakap stim limau

Assalam buat semua teman2...ini kali kedua mama izan mencuba masak ikan siakap stim limau. Dan mama izan nak simpan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan di masa hadapan. Sebelum nak masak mama izan adelah buat research sket bahan2nyer dan mama izan masak ni ikut citarasa kami sekeluarga. Mama izan pun lebih 5 kali makan kat restoran ikan siakap stim limau, dan barulah rase ade keinginan nak cuba sendiri.

Masakan berstim ni mudah dan sihat, jadi bolehlah nak makan selalu. Tapi tang nak beli ikan tu, kene tengok bajet gak. Kat temerloh ikan siakap sekilo RM20 - RM25. Ikan yang mama izan beli ni lebih sekilo untuk makan tengahari dan malam.

ikan siakap stim limau


Bahan2 ikan siakap stim limau:

* seekor ikan siakap (1 kilo lebih)

* 5 biji bawang putih dihiris

* 1 labu bawang besar di potong dadu

* 2 inci halia diketuk (hiris pun boleh)

* 6 batang serai dititik (dihiris pun boleh)

* 7 biji cili api dihiris (ikut tahap pedas yang anda suka)

* 2 biji tomato dipotong dadu

* 6 biji limau nipis (kalo nak masam lagi tambah 1 sudu cuka)

* garam dan gula secukup rase.

Cara2 memasak pula:


1.Panaskan periuk yang berisi air untuk stim. Kemudian letakkan ikan yang sudah diperap dengan garam dalam loyang atau pinggan yang melengkung.


2.Semua bahan2 tadi tabur pada ikan dan isikan sedikit air.Kalo nak banyak,letak air banyak.


3.Bila ikan sudah masak, perahkan asam limau tadi. Kemudian bolehlah dihidangkan ikut citarasa masing2.


Mudahkan..selamat mencuba.wassalam

Monday, April 11, 2011

Just one touch,you will Win Samsung Galaxy Tabs with #TupperwareOneTouch today. Click for more info.

Come on .. Just one touch,you will Win Samsung Galaxy Tabs with #TupperwareOneTouch today. Click for more info.

Sunday, April 10, 2011

Resepi mudah: Puding jagung berkuah

Salam buat semua pengunjung...kebiasaannya bila tiba hujung minggu mama izan akan sediakan makanan2 yang agak ringan untuk dimakan pabila rase lapar. Ini pun kalau tak balik kg KL. Minggu lepas mama izan buat dadih perisa pandan dan mama letak nata dicoco, memang ngamlah. Anak2 pun sibuk je cakap "yummy2".


Jadinya, minggu ni mama izan buat puding jagung berkuah. sebenarnya hari jumaat lagi mama izan dah buat. Dan mama izan nak kongsikan resepi mudah citarasa kami sekeluarga.


puding jagung berkuah.
.
Resepi puding jagung berkuah:


Bahan untuk puding:

* 1 tin jagung berkrim

* 2 tin air (sukat dengan tin jagung tadi)

* 1 cawan castard (brand ape pun boleh)

* 7 sudu besar gula (kalo tak nak letak boleh tapi agak tawar, kami suka manis sket)


Campurkan kesemua bahan2 ni dalam periuk dan jerang atas api sederhana. kacau sentiasa sehingga likat. Kemudian letak dalam bekas.


Bahan untuk kuah:

* 1 tin susu cair

* 1 tin cocktail

* 1 sudu teh esen vanila

* 6 sudu besar gula

* 1 sudu tepung kastard (untuk pekatkan kuah, kalo tak letak pun takpe)


Masukkan kesemua bahan2 dalam periuk dan jerangkan. Kacau sehingga mendidih dan kuah agak pekat sket.


Ini adalah resepi citarasa kami, setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi tak timbul masalah saya buat tak betul ke, salah resepi ke.ok..selamat mencuba.


Tarikh lahir dalam bulan hijrah

Salam buat semua pengunjung setia...ramai yang tidak tahu bulan apakah mereka lahir dalam kalendar islam/hijri. Jadi mama izan jumpe kalendar untuk cari bulan kelahiran mama, suami dan ank2 dalam kalendar hijri.

Dan inilah hasilnya:

mama izan : 12 Rabiulawal 1401H

suami mama: 22 Ramadhan 1400H

Amyra Fariza: 25 Syawwal 1426H

Amirul fariz: 3 Ramadhan 1428H

Aniq farhan: 8 Zulkaedah 1430H

Dan tak sangka rupenyer mama izan sama hari kelahiran dengan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Suami mama dan amirul sama bulan kelahiran, dan memang pun sikapnyer lebih kurang jer.

Untuk pengunjung yang rajin ke blog mama izan, mama izan sediakan kalendar tu. Senang saje, hanya tentukan tarikh dengan klik pada button triangle untuk bulan dan tahun dan klik pada tarikh lahir, dan kat atas kalendar tu tertera tarikh lahir dalam hijri.







Selamat mencuba..wassalam..

Monday, April 4, 2011

Hujung minggu yang sibuk..

Salam buat semua pengunjung..didoakan semua sihat dan mudah dalam segala urusan. Oleh sebab anak2 keboringan tak kuar jenjalan memane, so aktiviti petang bermandi lam pool di stor bawah. Seronok gak mereka main, tapi baby aniq yang baru bangun tidur moody lak, tak nak join kakak dan abang.


Di Temerloh ni ade satu jer pasaraya besar iaitu THE StOre. Harga barang2 yang bukan keperluan harian sangat2 mahal. Mama izan taka tahulah samaada mereka mark-up harga tinggi atau memang barang tu berkualiti sepadan dengan harganya. Jadinya mama izan akan membeli bila ade promosi jualan murah sahaja.

Barang2 yang mama izan maksudkan ialah seperti baju kanak2, baju lelaki dan wanita dan cadar2. Semalam ade offer cadar2 sehingga 80% diskaun, mama izan tanya suami, boleh tak nak membeli, suami mama kata ok..sukernyer rase. Beli cadar pun setahun sekali bila ade offer macam ni.


Mama izan silap tekniklah..so kene teleng sket kalo nak tengok, cadar nilah mama izan beli.




Tak nampak harga lak..




Mahalkan..kalo tak offer mama izan memang tak beli.


Cuba kita kirakan RM238 - 80%= RM47.60 je. Cadar ni 100% cotton dan tebal. Mama izan tertanya2 nape yang harga jual mahal sesangat brape % di mark-up barang ni?. Macam mana leh bagi diskaun sebegitu banyak?. Ade untung ke? Stok lame ke? Katalah harganye lam RM45 kan, so, nak dapatkan harga RM238 brape di mark-up. Jadinya RM45+ 430%=RM238.50..lebih kuranglahkan. Kalo betullah begini, memang tinggi amat. So, mama izan beli 2 set king (sepatutnyer queen tapi dah rambang mata dah tak ingat) dan 2 set single.


Dah penat bershopping, suami mama izan bawa gi makan kat restoran Thalay (antara restoran tersedap di temerloh). Kami amik set untuk 3-4 orang makan dengan hanya RM45 sahaja, murah sangat. Menunya, ikan siakap black pepper kecil (tak ngam dgn citarasa kami, cuma nak rase je), tomyam campur, sayur kailan ikan masin, telur dadar dan sedikit ulam dan free air buah satu jug sedang.


Gambar mandi kat pool takde sebab mama melayan aniq yang moody manakala mase makan2 tak bergambar sebab dah terlalu lapar nak makan..ok..wassalam..

Saturday, April 2, 2011

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL, tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence" atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan.


Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja.




gambar sekadar hiasan



Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan.


Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada mereka yang berumur 21 thn ke atas dengan ketinggian 154cm. Mama izan memang tak lepas sebab tinggi 153cm.




Banyak sebenarnya perkara2 lain diberitahu dalam buku tu, mama izan pun kene baca untuk menambah pengetahuan dari segi pemanduan, penyediaan diri dan sebagainya semasa memandu bukan hanya sekadar ambil lesen malah lebih dari itu sebenarnya.


Antara perkara yang mama izan baru tahu ialah konduktor bas pun kene ade lesen juga tapi bawah dari GDL. Mama izan doakan semoga suami mama izan lulus ujian GDL tu.




Kalo nak tahu lebih pasal GDL ni boleh ke sini..lesen vokasional.