Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Complicated mandarin

Salam mesra buat teman2 semua..alhamdulillah beberapa keje dah setel.. Kelmarin saya buat kerja rumah amyra bersama2. Ada chinese homework, tentang penjodoh bilangan. Konfius saya, dalam nota tulis lain dalam soalan lain. Mana satu yang betul ni. Contoh: 1. seekor gajah: yi ge..... 2.seekor gajah: yi zhi.... Jadi, esoknya saya jumpe cikgu chinese amyra tanyakan hal ni..memang lam chinese penjodoh bilangan ade banyak untuk sesuatu benda kata cikgunya. Saya tanya macam mana nak tahu bila masa guna yang ni dan yang itu. Kene banyak membaca dan mendengar kata cikgu myra lagi. Cikgu die pun siap bagi cadangan tengok chanel 325 @astro. Saya dah tengok memang jelas sebutannya dan sangat membantu kalo amyra rajin tengok dan dengar. Sebenarnya, saya amat risau kalau amyra masih tak leh catch up, sebab tahun depan fully bahasa mandarin, kecuali subjek bahasa melayu dan pendidikan islam. Sebagai seorang ibu, saya akan membantu dan mendoakan yang terbaik untuk anak2. Kadang2 saya yang pening, ta

Rawatan resdungku

Salam mesra buat teman..alhamdulillah..bertemu lagi. Resdung saya kembali lagi, memang sangat2 merenyam sampaikan nak tido pun tak selesa. Dari dulu lagi, macam2 ubat yang saya makan memang tahap resdung macam tu jer tak berkurangan. Maknanya kalo tak makan ubat diserang resdung. Bila saya diperkenalkan rawatan resdung yang dikendalikan oleh MIL saya barulah resdung saya berkurangan. Rokok resdung ni dibuat sendiri oleh MIL saya. Tapi sejak tinggal di Temerloh ni saya dah tak buat lagi rawatan resdung dan sekarang memang benar2 gatal. So, saya dah 2 kali buat rawatan. Agak kurang sket gatal. Biasanya saya buat rawatan habis 2 bungkus baru ade kesannya. Dalam 1 bungkus ada 21 batang dan panjangnya lebih kurang 3/4 panjang kotak tisu. Dan setiap kali rawatan hanya menggunakan 7 batang sahaja. Rawatan ni tak mengeluarkan asap pada muka, hanya melekapkan satu hujung pada titik tertentu pada muka dan hujung satu lagi dibakar. Sangat mudah dan selesa. Jadi dibawah ni, gambar selepas rawatan.

Pendaftaran dengan e-perolehan dan pembelian smart card

Salam mesra buat semua..alhamdulillahi rabbilalamin.. Ingin saya ceritakan, ade sebuah kolej ni bagitahu kami yang ada beberapa pembekal kaum Cina sanggup dengan tidak membekal barangan kepada kolej tersebut daripada mendaftar dengan kementrian kewangan (MOF). Kami tak pasti samaada rumit dan susah ataupun mereka malas nak layan sistem ni. Memang betul rumit, daftar online, pehtu kene hantar ke putrajaya, daftar rm450 dan smart card rm199, mesti renew setiap 3 tahun. Sebenarnya taklah 100% online. kolej tu minta kita sebut harga untuk satu2 order, bape kali kami kene fax, pastu sijil MOF, SSM sume kene fax..kuar duit gak nak fax tu..belum lagi yang call2..entah bape kali kami nak kene call untuk konfem sebut harga, lulus ke tidak..macam2lahkan..bab2 call2 ni suami saya yang handle. Kali ini akan saya kongsikan sedikit panduan untuk mendapatkan smartcard ePXS. Yang ni senang sket, anda hanya perlu pergi ke eP centre berdekatan anda, bagi kad pengenalan. Pastu pihak eP akan bagi smart ca

Aktiviti hujung minggu..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan... Oleh sebab amyra tetiap petang menyiram rumput dan pokok jiran sebelah, jadinya saya pun belikanlah pokok bunga untuknya. Selepas bersarapan di restoran "nasi kerabu suka ramai" jalan maran. Amyra asik dok cakap, nak bunga..nak bunga..Lam perjalanan nak lek ke rumah ternampak lak nursery buka di hari ahad. Kami pun terjah lah tanya harga. Tak mahal mana pun..apa lagi terus amik 3 pasu bunga..harga bunga, pasu dan tanah rm30. Seronok tak terkat anak2 ni..sesampai jer kedai..memasing dah tak sabar nak main tanah. Layankan jerlah. Saya pun boring gak dok terperap kat atas macam burung merpati. Jom tengok gambar yang sempat suami saya ambil sepanjang aktiviti menanam pokok bunga.. dah siap 3 pokok bunga bougainvilla Cukuplah untuk kali ini..anak2 dah minta susu ..k..wassalam

Makan spagetti sepanjang hari sabtu..

Salam buat rakan2..alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang dilimpahkan.. Lama rasenya tak makan spagetti buatan sendiri. Kali ni masak guna mee spagetti, ayam cincang dan tomato puree brand ayamas. Saje nak rase kesedapannya. Terus terang saya cakap, mee spagetti, san remo spagetti tak bape sedap untuk tekak saya dan suami. Biasanya saya akan masak mee vermicelli san remo..halus sket. Ikutlah citarasa anda nak masak yang mana kan, memasing ada citarasa yang tersendiri..betul tak? Amyra memang suka sangat spagetti, masa masak tu dah terbau2 dah kuahnye, siap cakap ..". .cepatlah masak..nak makan mee ni..". Nak resepi ke?..erm mudah jer, kat mana2 boleh cari resepi ni. Nantilah saya fikirkan nak kongsi atau tidak resepi ni. Sebab malas nak taip banyak2..hua..hua.. mee spagetti yang dah siap direbus. . kuah yang sudah siap masak..terkeliur jer tengokkan.. siap sedia untuk dimakan.. Alahai cane ni..nanti ade lak yang kata kedekut resepi..sementara baby tak bangun lagi, saya

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel

Decoder cctv baru

Salam mesra buat semua..alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan.. Kelmarin kami ke bilut, bentong untuk mengambil decoder cctv yang baru untuk hawami hardware tersayang yang boleh online. Memang Target tahun ni pun nak upgrade cctv, setakat ni baru beli decoder yang baru, lagipun yang lame dah rosak. Harga lebih kurang rm1300 tapi kami dapat harga kengkawankan yang sangat murah. Pasni akan tambah lagi 4 camera kat kedai, bertambahlah mata2 kami jika kami tiada di kedai. Cctv yang lame tak boleh online, jadinya upgrade dengan beli yang boleh online..so, bila balik kampung atau pergi jenjalan lehlah kami tengok cctv. Staff ni kita tak boleh nak percaya 100% walaupun seolah macam bagi 100% kepercayaan. Saya hanya mendengar perbualan suami dan en. Akbar. Dari hanya bisnes kedai komputer, kini sudah meluas bidang bisnesnya. Perkhidmatan buat cctv, auto gate, sistem UBS dan macam2 lagi. Projek bukan setakat ribuan jer malah sehingga puluhan ribu. Kesimpulan dari perbualan mer

Kenduri asam tempoyak ikan patin dan resepi.

Salam mesra buat semua teman2....alhamdulillah masih ade masa untuk saya tulis sesuatu hari ini. Sabtu lepas sepupu suami saya buat kenduri aqiqah, makanya ipar duai dan MIL saya datang ke rumah untuk bermalam. Saya tanya suami nak masak ape ye yang semua orang boleh makan..suami saya kata xyah susah nak pikir..masak ikan patin jer sure sume suke....Saya pun memang dah sesiap masak pepagi lagi asam tempoyak ikan patin. 4 ekor ikan patin yang besar, seekor digaram kunyitkan dan 3 ekor lagi masak tempoyak..memang kendurilah sebab masak lam periuk besar. suami sayalah yang suh saya masak pepagi, katanya bila dah lame lagi sedap dan mantoop.. Petang pegi kenduri aqiqah..dan malamnyer menyantap ikan patin tempoyak lak..sampai meratah2 lagi..jangankan tetamu yang datang..suami saya pun bertambah2..lebih 3 kali tambah. Sesekali tetamu datang memang sedaplah makan reramai.. Inilah die asam tempoyak ikan patin seperiuk besar..mujur ade periuk besar.. yang tinggal hanyalah bunga kantan dan asam

western food

Salam mesra buat semua teman2...setiap hari makan nasi pun muak juge kan..makanya sabtu lepas saya dah pun masak special untuk suami dan anak2. Saya masak ayam bakar, buat potato salad dan coleslaw..walaupun takde nasi, namun tetap kenyang juga. Sesekali makan makanan dari kebiasaanya memang seronok. Haa..kat bawah nilah hidangan yang saya sediakan buat suami dan anak2..moh tengok.. coleslaw..bleh bli kat pasaraya coleslaw dressing..kobis putih dan ungu serta carrot diracik.. ayam bakar berempah simple jer. . kalo nak berkilat..masa peram tu letak minyak sket.. potato salad..brokoli di rebus, lada benggala kuning,hijau dan merah, potato wedges digoreng dan gaul sume dgn mayonis original..kalo nak sedap letak coctail mushroom or cheese.. Sangat mudah untuk disediakankan..serius makan makanan yang kita buat sendiri lebih kenyang..yang paling menggembirakan tengok suami dan anak2 makan dengan berseleranya. Setakat ini saja buat kali ini..insyaallah jumpa lagi..wassalam..