(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, August 4, 2011

"Selamat ulang tahun papa"

Salam mesra dan salam ramadhan buat rakan2 yang
beragama islam..alhamdulillah..semalam genap usia suami saya 31 tahun.

Saya tak tahu nak bagi hadiah ape kan. Daripada tak ade lebih baik ade, walaupun kecil nilainya. Jadi saya telah menghadiahkan suami saya senaskhah al-quran yang lengkap dengan makna, hadis, asbabun nuzul dan lain2 lagi.



Semoga dengan hadiah ini dapat melengkapkan lagi suami saya menjadi suami mithali yang hebat. Kami amat berbangga dengan anugerah atau pun kelebihan yang Allah berikan kepada suami saya. Yang mana kami anak beranak berasa senang dengan adenya papa.

Disaat air tiada kami masih senang dengan adanya pump, papa dah siapkan segala hos dan wayar. Disaat tiada letrik kami masih selesa kerna adenye generator, papa sanggup buat wiring panjat syiling menyediakan plug khas untuk gune kipas dan lain2. Disaat anak2 keboringan, papa sediakan pool untuk anak2 bermain. Di saat saya berbaring tidak sihat, kebajikan saya dan anak2 terjaga. Terlalu banyak sehingga tak terluah, hanya Allah saja yang mampu membalas segala kebaikan yang papa lakukan terhadap kami.

Saya tidak katakan suami saya terlalu perfect, saya dan suami masing2 ade kelemahan dan pernah melakukan kesilapan, namun kami anggap itu semua asam garam dalam rumahtangga. Saya suke untuk melihat kebaikan orang lain terhadap diri saya, kadang2 terlihat keburukan orang juga namun akan diperbaiki dari hari ke hari kerna sifat ini akan menyebabkan hati menjadi gelap.

Berbalik kepada sambutan birthday papa. Ringkas saja, saya menempah kek coklat moist kesukaan suami saya. Semua ini tanpa pengetahuan suami saya. Kiranya "surprise cake on his birthday"..suami saya memang x sangka sebab saya relax jer macam tak wat pape. Nilah ruper kek spesel tue..comelkan..


"Happy birhtday papa and amirul"

Erm..actually birthday amirul 15 september. Tapi lam bulam hijrah, lahir 3 ramadhan, x sangka tahun ni tersama lak. Tu yang tulis nama amirul skali..


papa tak nak tiup, anak2 yang sibuk nak pasang lilin..layankan jerlah..




Anak2 yang teruja lebih. Saya beli yang paling kecik, yerlahkan bape orang jer nak makan, dah bulan ramadhan siang tak makan. Rasanya cukup buat kali ini..wassalam..




Tuesday, August 2, 2011

Hawami Hardware genap 3tahun..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia kedai yang diusahakan kami.

hero2 saya ni memang suke dok depan pintu,susah kastemer nak masuk..

Syukur sangat2, kami ingin mengembangkan perniagaan ini yang dirancangkan sejak akhir tahun lepas tapi masih dalam proses..diharapkan semoga segala proses2 yang perlu dilalui dipermudahkan.





Sempena menyambut ulang tahun yang ketiga ini kami pun mengubahsuai sedikit pintu masuk kedai. Rak untuk display segala macam jenis kepala paip dari RM20 hingga RM300, pilih jerlah mana yang nakkan. Single, double, flexible sume ade dan akan ditambah lagi jenis dan rupa bentuk dari masa ke semasa bergantung kepada bajet.



Kami juga telah bawa masuk toilet bowl satu set dengan pam dengan pelbagai pilihan warna. Rupa bentuk toilet cangkung pun akan ditambah juga. Sinki ceramic, aluminium, stainless steel, besar, kecil dan yang berkaki juga ada. Harga dari RM40 hingga RM900, kepelbagaian ini perlu kerna setiap kastemer mempunyai citarasa yang berbeza, ade yang nak nipis, ada yang nak murah, ada yang nak sedang2.

Insyaallah jika bajet banyak kami akan menambah aksesori bilik mandi contohnya macam cermin, towel holder, tissue holder dan banyak lagilahkan. penat lak saya nak menaip sumerkan. Rasanya dapat gambaran macam mana ruper toilet yang lengkap dengan aksesorinya.


Kami juga telah mempelbagaikan jenis tombol, handle set, kunci mangga. Masa dah nak raya nanti kunci dan tombol memang laris, sebab memasing nak repair yang rosak2, maklumlah nak tinggal umah lam seminggukan. Bukan setakat rumah, kedai2 pun akan tambah mangga juge.

Semoga apa yang kami usahakan mendapat keberkatan dan segala kerja2 kami dipermudahkan. Wassalam..