(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, September 30, 2011

Mr. hilux tinggal kenangan

Alhamdulillah..selesai sudah proses penjualan mr hilux. Walaupun agak sedih namun, impian dan tujuan yang akan datang lebih penting.

Pertambahan ahli keluarga dan anak2 yang semakin membesar tidak sesuai bg kami untuk menggunakan hilux lagi. Lagipun, tujuan utama membeli hilux adalah untuk menghantar barang2. Sekarang kami dah ade lori untuk tujuan itu. Dan viva untuk kegunaan harian bersama satu famili dan untuk berjalan jauh. Genap sudah mr hilux berkhidmat dengan kami selama 2 tahun 7 bulan.

Teringat mase nak beli mr hilux dulu, nak jual satria tapi....nak beli kete sedan dan lori.... besar modalnya..sedangkan masa tu kami baru beberapa bulan berniaga...mane pula nak cari modal untuk beli kereta dan lori sekaligus... Namun kami tetap perlukan kenderaan yg boleh menghantar barang dan untuk kegunaaan harian. Jadi, kami buat keputusan ambil hilux....

Setelah kami memiliki lori beberapa bulan yang lalu, terasa yang mr hilux tidak diperlukan lagi. Sebab sume xtvt lam temerloh dan sekitarnye kami hanya menggunakan viva sahaja. Mr. hilux hanya tinggal di stor.Dan untuk jangka masa panjang nak memiliki MPV pula. Masanya belum lah dapat dipastikan, semuanya bergantung dengan rezeki yang Allah limpahkan kepada kami.

Mula je buka mulut nak jual hilux..ramailah pula orang yang menanya harga. Tapi kami jual dengan syarikat used car..rase agak konfident sket. Kesedihan yang kami alami telah Allah gantikan dengan kegembiran yang tak terluah..iaitu pelan projek untuk pembangunan di bt 5 telah diluluskan. Dan projek ini akan berjalan bila2 masa sahaja. Mungkin inilah yang dikatakan takdir..kononnya bersabar nak juga gunakan hilux..namun projek bt 5 masih x bermula. Elok2 je dah setel dokumen untuk jual hilux ..kami dapat berita gembira ni.

Telah ditakdirkan mr hilux hanya 2 tahun 7 bulan je berkhidmat dengan kami. Dan sangat2 lega dah setel. Mula jer projek bt 5 ni..cek beku RM++k akan dapat digunakan dan kami akan dapat pulangan balik. Sejak mei 2011 kami membayar loan yang kami buat untuk projek bt5..tapi hasilnya tiada dan sangat2lah perit.


Alhamdulillah...kami bersyukur...segala kebuntuan fikiran telah diselesaikan. Selepas ini, akan mengemaskini beberapa perkara dan nak setelkan sebelum projek ini bermula. Iktibar yang saya perolehi daripada ujian ini ialah..tidak semua benda yang kita miliki akan kekal dengan kita selamanya. Kita haruslah bersabar dengan segala ketentuan dari-NYa. kini Aku pasrah!!!wassalam...

Monday, September 19, 2011

Amirul Fariz sudah 4 tahun

Alhamdulillah...amirul fariz sudah 4 tahun..namun sifat kemanjaanye tetap ade. Majlis hari jadi fariz disambut disekolah bersama rakan2.

Fariz sendiri yang minta nak kek ade gambar ben 10 dan nak makan kek dengan kawan2. Saya pun bincang dengan cikgunya waktu bila yang sesuai untuk majlis itu. Sederhana sahaja, kek dan goody bag...party hat,belon dan dekorasi lain tak buat..dan rasenyer tak perlulah..

Ini pun dah membuatkan fariz gembira dan puashati. Layan gambar semasa sambutan hari jadi fariz...


 masing2 tengah siapkan keje..

 beratur basuh tangan..


 siap sudah potong kek..sempat fariz posing..




Bersungguhnyerlah kanak2 ni makan kek..sedap kot..kek coklat secret recipe..memang sedap..




Sekejap jer majlis ni..lam lebih kurang setengah jam..walaupun singkat tapi puashati..dalam keadaan mama dan papa fariz sibuk..sedikit masa terluang ni amat bermakna bagi dirinya..

Semoga amirul fariz menjadi anak yang soleh dan bijaksana..ameen..insyaallah..
ok..jumpe lagi..entri xtxt di sekolah akan menyusul..tunggu..


Saturday, September 17, 2011

Raya ketiga 2011

Alhamdulillah...kami dapat merealisasikan impian anak2 nak naik "train". Jadi kami keluar lam kul 10 pg ke stesen bangi untuk menaiki komuter.

Tapi tidak ku sangka ruper2nyer hari raya lagi ramai orang daa..padat macam sardin.. penuh dengan warga asing (opps maybe mereka sume ni dah ade ic baru..oh..tidak..rakyat malaysia yang asal dalam komuter ni leh bilang dengan jari...)..nk bernafas pun susah. Sampai stesen ape ntah saya tak ingat..komuter brenti lama..drivernyer suh sume wanita yg kat koc len masuk koc wanita...so..berpisahlah saya dengan suami.

Lega sket kat koc wanita...tapi ekon rosak daa...berpeluh2 kat dalam tu..saya dukung aniq..jadi dapatlah duduk..ade yang baik hati bagi saya duduk..kejap jer sebab aniq x slese panas..makanya saya berdiri..masa tu kat stesen mid valley...lagi 2 stesen nak sampai KL sentral..saya pun bersabar..anak2 dengan minum milo n makan biskut..lapo..


amirul dan amyra pula duduk sambil makan


saya berdiri dengan aniq..lam komuter.


Sejak umur saya 14 tahun komuter ni dah ade tapi sekarang macam takde peningkatan. Tak tahulah saya macam mana mereka yang hari2 pegi keje naik komuter terpaksa bersesak2 macam ni. Dulu 3 gerabak sekarang pun macam tu juge..dulu 15 min menunggu..sekarang lagi lama...maybe raya..komuter yang ade sket jer..saya harap perkhidmatan komuter ini dipertingkatkan..stesen bertambah tapi komuternyer tak bertambah...dan rakyat malaysia juge makin bertambah..so..fikir2kanlah..

Bergambaran di KL sentral. Oh..luper lak..mak mertua saya pun ikut skali nak merasa naik komuter dan kazen anak2..ameer dan bibik..

ceria je semasing dapat eskrim dan dah kenyang makan..  


bebrape min pas turun dari komuter


anak2 nak minum susu


Kami pun meneruskan perjalanan ke stesen bandar tasik selatan dengan menaiki ERL. Wah..sangat terija..anak2 siap berjalan2 lagi. Anak2 pun cakap..naik yang ni lagi best. Apa lagi..bergambaran sebagai kenang2an pengalaman anak2.






Sampai di stesen bandar tasik selatan kami amik tiket komuter ke bangi..Kat sini cam sempoi jer..sebab pintu masuk tak berkunci..kiranya kalo sesape yang tak beli tiket pun leh naik komuter...takde sesape jage..peliknyer..kat sinilah menunggu komuter sampai dah nk berjanggut..anak2 pun dah merengek2 nape lambat sangat..dan orang yang menunggu pun makin bertambah.

Penantian berakhir...tapi komuter tu padat daa..muat ker ni dalam hatiku..tapi kami redah jer..sebab nak cepat...hanya Allah saja yang tahu perasaan saya...saya dapat merasai keadaan mereka yang kurang bernasib baik..dengan anak2..dengan barang2 bersesak lam komuter untuk pergi kesesuatu tempat sangat...menginsafkan..

Saya sangat lega kerna dapat mengatasi keadaan sesak masyarakat dengan sabar dan tabah..dengan 3 orang anak2 yang tak tahu dan tak kenal dunia luar lagi..saya rase pihak yang tertentu sepatutnye menyertai masyarakat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan supaya rakyat lebih selesa...jangan hanya mementingkan diri sendiri..mereka yang selalu dok kata bersyukur dengan apa yang ada...cuba bawa anak2 yang kecil bersesak lam komuter..baru tahu susah payahnyer  dan ada yang kata tingkatkan tahap kehidupan ..hanya pentingkan diri dan tahu diri sendiri saja...saya cabar mereka ini menyelami sendri susah payah orang lain..

sekian..wassalam..

Thursday, September 15, 2011

Aktiviti raya kedua 2011

Alhamdulillah..bertemu kembali...

Sambung cite pasal raya kali ni. Seperti biasa malam raya pertama kami menziarahi ipar2 dan ibu bapa mereka dan jiran tetangga.

Sempat gak Amyra berposing di rumah nenek Klang.





Kat bawah ni, Aniq dan Syafiq tengah leka main masak2. Erm..layan jerlah.


Aniq dan kazen, Syafiq



Syafiq dan aniq lagi..mereka ni beza setahun tapi cam sama jek..


Raya kedua pula kami bawa anak2 ke taman tasik shah alam..bagi mereka lepas hajat nak main playgroung besar. Memang puaslah mereka samapi kepenatan. Dan papa dengan baik hatinya, belanja aiskrim. Dek krane terlalu lapar agaknye eskrim mama dan papa kene rembat oleh anak2. Sabar jerlah...



pandangan keseluruhan taman permainan



aniq makan sendri, tak nak mama suapkan...



bergambar dengan anak2..



mama dan papa sibuk posing, aniq entah kemana..myra amik pic ni..pandainyer..


Dah penat, tentunya lapar. kami teruskan perjalanan ke alamanda putrajaya nak cari makan. Memasing nak makan ayam..so..pilih kenny rodgers..



ayam kenny dan sampai...



Dah siap sumernyer barulah terus ke rumah PIL saya. Raya ketiga ade aktiviti yang akan diceritakan pada entri akan datang..ok..jumpa lagi..wassalam


Tuesday, September 13, 2011

As salam buat semua rakan2...alhamdulillah di atas segala rahmat, nikmat dan rezeki mu Ya Allah..

Semasa bercuti raya haritu..kami cuti dari hari isnin hingga ahad...lama sangat..makanya..kami bawa sekali arnab2 ke kampung. arnab pun nak beraya jugakan. Kalolah ditinggalkan mahunya mati keras kat umah dengan kelaparan.

Tapi risau apabila arnab yang putih tu terbaring jer. Maybe mabuk sebab lalu kat karak. Arnab coklat dan hitam memang beli di Shah Alam, jadi dah ade pengalaman lalu kat karak sebab tu mereka aktif seperti biasa. 2 hari juga nak pulih mabuk tu.








Rasanye arnab2 ni seronok dok kampung sebab leh makan rumput israel dan pegaga sebanyaknyer. Boringkan hari2 makan palet jer.

Seronok juge dok tengok mereka bermain2 sebab tempat luas.

ok..jumpa lagi...



Sunday, September 11, 2011

Eidulfitri 2011

Salam mesra untuk semua rakan2...rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan "selamat menyambut hari raya eidulfitri".

Seperti biasa pagi raya pertama saya mesti di rumah mertua, petang baru ke rumah ibu bapa saya di Klang. Raya kali tidaklah semeriah tahun lepas, saya pun tak tahu kenapa. Tapi dirumah ibu bapa saya , saya rasalah berhari raya, yang tak tahan tu ada rendang kerang..walaupun resdung belasah jer, xde pantang2..nasiblah gatal seluruh muka.

Bagi saya, di hari raya, saya x puas hati kalo xdapat jumpe semua adik beradik, rasa sangat puas bila dengar khabar dari mereka. Mungkin inilah yang dikatakan " air yang dicincang tak kan putus".

Sehari sebelum raya saya berhajat nak masak rendang ayam, tapi haritu banyak pula kerja saya pegi setelkan segala bil2, pegi bank dan kemaskini bebrape kerja, sebabnye nak cuti seminggu, kenelah setelkan mana2 yang patut. Dengan nak kemas segala baju2..memang x sempat.

Sampai ke umah PIL dah petang, pastu malamnya sibuk pula mengemas rumah, bentang karpet, betulkan bunga2, lap lemari, kerusi dan vakuum sehingga kul 12 tengah malam. Memang x berendanglah kita. Bagi saya kalo xde rendang memang x lengkap, itulah juadah paling wajib dihari raya.

Beberapa gambar yang sempat dirakamkan di hari raya.











Semoga jumpa lagi, entri jalan2 dengan komuter.