Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Cuti di langkawi-bahagian 1

Alhamdulillah..diberi rezeki dan masa untuk membawa anak2 menaiki kapal terbang.Saya dah check in secara online tiket kapal terbang ni.Senang sket, terus drop bag di LCCT. Lamanyer nak tunggu, pastu delay 15 minit sebab cuaca tak mengizinkan. Pastu nak naik tu jauh juga kene berjalan...hujan renyai2, bayangkan saya dengan dukung aniq, beg bimbit dan pegang payung...harunyer raser. Ini pertama kali naik kapal terbang..macam2 soalan yang anak2 tanya. Pastu, amyra nih sume benda2 lam kapal terbang tu di usiknyer. Sebaik tak minta nak tengok toiletkan. Kami sampai di Langkawi jam 9.15 mlm.Syukur sangat bila menjejak kaki kat lapangan terbang langkawi. Siap bergambar lagi. Anak2 terpegun tengok kapal terbang "besar"..kata mereka..belum lagi tengok yang lagi besar tu.   dah jejak kaki di langkawi... Kami pun mencari2 pak su, tuan punya kereta yang kami nak sewa..tak kenal pun...saya minta suami tepon supaya cepat kami mencari pak su. Lagipun anak2 dah kelap

Rabbit park @ bukit tinggi

Alhamdulillah..kami punyai ruang waktu untuk beriadah bersama anak2. Hari senin yg lalu, cuti birthday sultan pahang. Puas kami fikir mane nak bawa anak2 ni jalan2. Suami saya cadangkan ke rabbit park, bukit tinggi. Erm..oklah..lagipun 45 minit jer dari rumah. Asalkan cakap pegi rabbit park jer, dah xcited anak2 ni. Maklumlah, lama dah tak berjalan2. Mama dan papa sangat sibuk dengan kerja memasing.  Kami biarkan anak2 main2 dengan arnab2...terasa sangat besar arnab2 ni, jika dibandingkan dengan arnab2 kami. Amirul fariz dan aniq sibuk nak bagi arnab2 makan. Tengoklah tu gayanyer.. aniq tak kasi mama pegang plastik makanan tuh..konon macam dah besar.. Kami pun nak tengok dengan lebih dekat arnab yang lain dalam sangkar. Macam2 ade, arnab ND hotot pun ade, tapi besar sangat. Makan apalah arnab2 ni. Layan gambar2 arnab ni... tikus belanda pun ade..sesat agaknyer..tp cute sangat.. kesian burung merak ni..bulunye dah tercabut... Sebenarny

Baby arnab ND dah seminggu

Alhamdulillah..masih diberi nafas..rasenyer cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu baby2 arnab ni. Mk arnab pun pandai menyusukan anak2nya. Arnab menyusukan anaknya dengan berdiri dan anak2nya akan mencari susu mknye. Berbeza dengan kucing, mk kucing akan baring dan anak2nye menyusu. Comel jer dah berbulukan, macam2 corak. hanya sekor arnab yang sudah buka mata.. Banyak pula arnab2 ni. Di mana nak letak yer..erm rasenya lebih baik jual separuh dan yang lain bela. Mk arnab banyak sangat minum air dan makan kerana menyusukan anak2nya. mak arnab ni sangat suka buah2an epal. Walaupun arnab2 ni sihat elok jer, namun risiko untuk terus hidup hanya 70% sahaja. Baby, mudah untuk diserang penyakit.  Pengalaman menjaga mknyer dulu, pernah kene cirit samapaikan kurus tak lalu nak makan. Dan rasenya macam tak hidup lama. Tapi selamat. Arnab2 ni minum air mineral (tapis sendiri), air kat sini terlalu kotor, tak sesuai nak bagi arnab yang manja ni minum. Ok..jumpa lagi

Anak saudara baru

Alhamdulillah..selamat sudah adik mama yg ke-4 melahirkan seorang hero lagi pada 10/10/2011 yang lalu. Rupenyer sama macam abangnyer.  Cumanya, mata baby ni kecil sket dari abangnyer. Ahad lepas mama sefamili melawat anak sedara baru ni di klang. Biasanya, aniq jeles kalo mama pegang baby lain, tapi kali ni sporting jer, macam ade connection jer kan. Walaupun sekejap , tapi dapat gak mama mandikan baby tu. Alahai, senangnyer mandikan, sebab kecik jer dan tak nangis pun. Baby ni tak banyak kerenah macam abangnyer dulu, kuat nangis. Abangnyer, memang mama tak dapat nak dukung, die tak nak..maklum jerlah lek klang pun leh kata sebulan skali, mana nak kenal mak sedara kan..   anak2 mama izan ni xcited nak posing gak..layan jerlah.. Haa..nilah ruper baby baru..namanya..Nazri Haikal.. Ok..rasenyer ini saja untuk kali ini..wassalam..

Arnab ND dah beranak..

Alhamdulillah..berakhir penantian kami untuk melihat arnab ni membiak. Arnab2 ni dilahirkan 15oktober yang lalu dan masanya tidaklah dapat dipastikan. Suami saya perasaan dah kul 9.30 mlm. Agaknyer baru sejam dilahirkan sebab darah masih ade lagi. Kita ni kalo lepas besalin nak jalan pun hati2. Tapi arnab ni..leh lari2 lagi. Suami saya pun asingkan yang jantan. Masa nak asingkan tu puas cari mana yang jantan..tak tahu nak beza. Bila belek2 rupernyer yang perang ni betina sebab ade susuanyer, manakala yang hitam tulah jantan. Masa beli dulu, penjual tu kata yang hitam tu betina. Apabila letak yang arnab ND hitam ni dengan arnab ND hotot putih, yang hitam asik kejar yang putih. Tapi kami wat tak tahu jer. Hari ahad makin dasyat lak gaduh..dah lembik yang putih sampaikan tak lalu makan 2 hari. Seronoknye..ade baka untuk ND ni. Saya tak pasti ND ni besar mana. Tapi suami kata besarnyer macam yang hitam tu..jadi sebesar 2 tapak tanganlah yang dewasa. Arnab yang biasa kami bela

Masak Gulatan makaroni chesse

Alhamdulillah..diberikan rezeki masa, wang dan tenaga untuk membuat gulatan ni. Bukannyer ape..sejak kebelakangan ni rasa macam malas nak masak. Dan dah muak makan nasi hari2. Sabtu lalu ade lebih sup campbell yang kami makan untuk sarapan..sure tak de sape nak makan lagi..erm..jadinya saya pun terasa nak buat gulatanlah.  Terus google cari resepi ni. Saya pun dengan segera ke pasaraya (jalan kaki sebab dekat jer dengan umah) mencari bahan2 lain. Erm.. senang jer nak buat...tengok sebelah mata pun boleh..he..he.. Tak sabar rasenye nak makan. Sebab inilah kali pertama saya masak gulatan ni. Dan inilah hasilnya..... Nak tahu resepi ..hanya klik je ni... Resepi gulatan tuna makaroni cheese . Saya ikut sebijik resepi ni. Cumanya saya tambah brokoli. banyaknyer kami makan... Kami pun makanlah..erm..yummy..sedapnyer rase die. Suami saya pun suke dan katanya kalo tambah brokoli banyak lg best. Anak2 tak bape minat lak gulatan ni, tapi aniq sangatlah suke.. Tapi makan

Staff vs barang hardware

Alhamdulillah..bisnes berjalan lancar sehingga hari ini. Walaupun kene menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dari segala aspek. Masalah pekerja yang tak lekat. Cukup sebulan dah macam2 hal, macam2 penyakit yang ade, semalam puas saya memikirkan apa masalah utama yang tak lekat tu. Semalam saya mengemas serba sedikit beberapa barang yang tak sempat staff saya susun dengan lebih teratur dan menarik, kebetulan pula aniq farhan tido, jadi saya gunakan kesempatan yang ada. Tak naklah nanti kastemer kata yang bukan2, bersepah... dan memudahkan kastemer untuk memilih barang2. Lepas tu saya terfikir, betapa 3 kali ganda barang2 yang ade dalam kedai berbanding 3 tahun lalu, memanglah staff yang baru jadi stress, banyak mende nak kene ingat.  Kami pula seolah2 memberi tanggungjawab kepada mereka melayan kastemer dan leh adjust harga. Mereka jadi serba salah dan bila melakukan kesilapan mereka jadi tertekan. Jadinya Saya berbincang dengan suami, kalo kita tengok pekerja2 di kedai kai

Jalan2 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Alhamdulillah...masih cergas untuk membawa anak2 berjalan2 sambil merehatkan minda kami yang sangat berserabut. Tanpa merancang pun, dengan spontan jer suami ajak pegi jenjalan. Kami pun pegilah menaiki bukit tinggi dengan viva..alahai punyerlah lambat mendaki, tahap "kepickupan" viva ni rendah jer. Jenuh rase nak samapai atas. Rasa cam nak tolong tolakkan jer..ha..ha.. Anak2 ketiduran semasa perjalanan. Dah sampai pintu masuk..kene bayar tiket dulu untuk masuk taman colmar tropicale nih. Bagi dewasa RM12 dan kanak2 4thn hingga 12 thn, RM8 je. Tapi masa kami nak masuk tue..cuma RM 20, katanya ade diskaun lak..alhamdulillahkan..Sesampai jer parking..semua anak2 bangun. Amyra Fariza sibuk tanya.."..kita kat ngara inggeris ke.."..nak tergelak rasenye..saya pun jawab..aah. Kami pun berjalan2 sambil menikmati keindahan reka bentuk bangunan kat situ. Memang tenang, sunyi dan mendamaikan kat sini..sangat sesuailah kalo nak menenangkan fikirankan. Memula kami ten

Bersangka baik berpada2..

Alhamdulillah...masih punya waktu untuk berkongsi sedikit pengalaman dalam perniagaan..insya Allah..akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.. Kami menjalankan perniagaan ini sudah menjangkau 3 tahun dan pelbagai onak duri, ujian dan dugaan yang kami hadapi. Perkara yang amat kami peka ialah tidak terus bersangka baik dengan pelanggan..hanya melayan mereka seperti biasa dan samarata sahaja. Pengalaman yang lalu cukup membuatkan kami supaya berhati2. Kebanyakan pelanggan yang kami sangka baik pada permulaannya dan manis mulut, cakap baik punya.. nak berhutanglah katakan, janji bayar 3 kali... rupanya mereka inilah yang membuatkan kami rasa tertipu. Jangankan nak bayar hutang, batang hidung pun tak nampak. Makanya pelanggan hanya boleh membeli secara tunai sahaja. Ini untuk kebaikan bersama jugakan. Banyak kebaikan yang kami rase dengan tindakan kami ini, kami tidaklah pening kepala untuk membayar kepada pembekal. Dan pelanggan tidak menambah dosa sebab tidak

Kesibukan minggu ini..

Alhamdulillah...dalam kesibukan menjalani kehidupan di bumi Allah ini..sempat saya coretkan sesuatu disini. Hari ahad yang lalu kami, PIL dan pelukis pelan struktur bangunan bersama2 ke tapak projek untuk melihat struktur tanah dan sebagainya. Menurut kata mereka tidak ada masalah, projek boleh dijalankan. Selasa, kami pergi berjumpa dengan perancang bandar temerloh untuk melihat kedudukan pelan bangunan di kawasan berkenaan. Dan pelan bangunan itu kene buat 100ft dari longkang tepi jalan besar. Tapi kenapa jauh sangat nanti tak nampak bangunan dari jalan?? Katanya 40ft dari jalan untuk JKR, dan bila tukar status dari tanah pertanian ke tanah perindustrian 60ft lagi diambil. Kami hairan, tanah sendri tapi banyak sangat undang2 untuk memajukan tanah tu. Seeloknya bantu dan mudahkanlah urusan ini supaya tanah itu cepat dimajukan, taklah jadi tanah terbiar yang lebih 20 tahun tak dimajukan. Syarat2 untuk lulus pelan ini kene minta laluan daripada tuan tanah sebelah kiri atau kana