(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, January 11, 2012

Amyra fariza: tahun 1

Alhamdulillah..pejam celik-pejam celik dah besar dah mia. Tahun ni mia masuk ke sek keb. (c) khee chee di bandar temerloh. Mama nak sangat mia pandai cakap dan baca cina.

Ramai dikalangan kita yang risau nak hantar anak2 ke sekolah cina, sebab risau masalah akidah dan pemakanan. Bagi saya tentang akidah bermula dari rumah, kita sebagai ibu bapa mesti ambil berat untuk mengajar anak2 solat, mengaji dan lain2. kalau dirumah hidup berlandaskan syariat..maka, kemana pun anak kita pergi, insyaallah takde ape yang berlaku.

Jangan kita cepat meyalahkan sekolah,ade jer yg bersekolah agama lebih 5 tahun tapi bila dah habis sekolah hilang sume tudung2. Sebenarnya pendidikan anak2 ni bermula dari rumah, kita yang mencorakkan mereka. Pergi sekolah tu sebagai tambahan untuk memantapkan lagi ilmu yang ada selain dari kewajipan untuk sume yang ade kat Malaysia ni.

Perkara penting sebelum nak hantar anak ke sekolah, tak semestinya sekolah cina,sek keb yg lain pun, sudah tentu kita sebagai ibu bapa survey sekolah tu..betul tak? Jadi, kalo rase tak sesuai kita boleh buat keputusan sendiri. Pilihlah yang terbaik untuk anak anda.

Awal2 lagi cikgu melayu kat sekolah ni, bagitau supaya pelajar melayu lebih baik bawa bekal kerana mereka sendri tak jamin halal makanan yang dijual disekolah ini. Jadi tak susahkan nak buat, walau hanya roti dan mentega. Bagi pelajar melayu akan belajar subjek pendidikan islam yang akan diajar oleh cikgu islam. Jadi xde masalah bab2 akidah.

Di sekolah ini menggunakan bahasa cina sebagai bahasa pengantar. Bagi pelajar melayu ade subjek kemahiran bahasa cina, jadi menambahkan kemahiran mereka untuk bertutur dalam bahasa cina. Dan syarat2 nak masuk sekolah ni mesti ada asas bahasa cina. Dan tahun ini, pelajar melayu tahun 1 seramai 37 orang, manakala pelajar cina seramai 100 orang.

Manakala kaedah pengajarannya pula sangat2 mengujakan. Mereka mengajar menggunakan projector, cikgu hanya touch pada board macam i pad. Kaedah ini saya kira sangat menyeronokan bagi kanak2 dengan adenya bunyi-bunyian dan display yang berwarna-warni.

dewan sekolah (disponsor oleh syarikat2 perniagaan cina)


mia dapat pinjaman buku sekolah


Pada mulanya saya menyangka,hantar anak ke sekolah cina akan berhadapan dengan yuran yang mahal.Tapi kami tak kisah, apa yang penting mia pandai cakap cina..Rupenyer tidak. Yuran PIBG pun tak payah bayar. Yuran sekolah Rm24.50, ditanggung kerajaan. Kami hanya perlu bayar RM75.60 jer untuk buku latihan. Buku2 teks pun sume pelajar dapat, tak payah nak isi2 borang bagi tahu gaji dan perbelanjaan bulanan dan sebagainya.

Menurut Guru Besar sekolah ini, setiap tahun memang banyak syarikat2 perniagaan besar yang menyumbang untuk sekolah ini. Memang betul, cucu tokey hardware paling besar kat temerloh ni pun bersekolah kat sini dan boleh dikatakan, pelajar2 cina tahun 1 kebanyakkan ibu bapa mereka adalah tokey2.


 mia posing belakang bangunan sekolah...


Saya hanya ingin berkongsi pengalaman ini untuk pengetahuan rakan2 yang lain. Semoga infomasi ini dapat membuka minda kita supaya tidak berfikiran negatif terhadap sekolah keb. cina...wassalam..