(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, June 25, 2012

Main air di Tiara Beach Resort Port Dickson

Alhamdulillah...bertemu kembali..boleh teruskan cerita bercuti di PD. Awal Cuti pertengahan tahun yang lalu kami sekeluarga telah berjimba di TBR. Memberi ruang waktu dan meluangkan waktu bersama buat anak2..sebab sepanjang cuti sekolah masa tu..staff cuti dan anak2 hanya bermain dirumah.

Memang sangat seronok. Disebabkan kami sewa apartment dengan orang persendirian, makanya kami kene beli tiket masuk ke taman tema ini sendiri. Agak mahal bagi saya, untuk dewasa RM28 hari minggu dan cuti sekolah dan kanak2 RM15. 

Dah, tak payah cerita panjang2, tengok gambar2 ni pun dah cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya anak2 kami.

Yang ni tempat main kanak2 bawah 5 tahun mungkin.





Amyra main sesorang di sini, masa mereka main mama hanya sebagai jurufoto jer...geram sebab tak boleh main skali atas sebab2 tertentu..ngeee





Di bahagian pantai buatan nilah tempat anak2 paling lama main. Memang stategik tempat ni...panas macam tepi pantai.









Yang ni pula bahagian yang ada playground untuk kanak2 juge.






Lebih kurang 3jam 30minit mereka berendam. Itu pun tak puas lagi main. Yerlah...insyaAllah kalo ade rezeki kita pegi kat gambang water park pula..lagiii besar dan mesti puas hati. Jumpa lagi..




Monday, June 18, 2012

Legoland Malaysia - Akan dibuka

As salam... buat semua..semoga semuanya dalam keadaan yang sihat wala'fiat. Kebiasaannya, jika saya ada ruang waktu memanglah layan FB kan. Sesambil tengok update dari rakan2 dapat juga menambah ilmu dari pelbagai bidang. Saya teruja dengan post rakan saya mengenai tiket masuk ke legoland yang mencecah hingga ratusan RM. Jadi saya teringin sangat nak tahu apa yang ada di legoland malaysia sehingga tiket masuk sangat mahal.

Saya pun melayari laman web legoland malaysia. Wah...tersangatlah besarnya dan akan dibuka hujung tahun 2012. Bolehlah nak kata macam genting theme park, tapi peralatan permainan kat legoland ni dibuat daripada lego nampaknya. 


 
Gambar: ihsan google

Brochure di bawah ni menunjukkan kawasan legoland malaysia. Menarikkan?? Kalaulah tiketnya juga agak berpatutan dan semua lapisan masyarakat boleh masuk lagi menarik. Memasing dapat melihat sendiri rekaan2 daripada lego nih.


Gambar: ihsan google

Gambar: ihsan google


Macam2 ada di legoland ni, replika tempat2 menarik di luar negara juga ade. Erm..berbaloilah kot skali masuk kesini. Lupa pula nak bagi tahu legoland ni di johor bahru. Sebelum ni pun saya ada tertengok kat tv pasal legoland ni, tapi x pasti di malaysia atau di tempat lain.

Untuk lebih informasi mengenai legoland malaysia ni, bolehlah layari www.legoland.com.my. Mungkin boleh dijadikan salah satu destinasi percutian bersama keluarga. ok..cukup setakat ini, nak cerita lelebih pun tak pergi lagi. jumpa lagi..wassalam..

Friday, June 15, 2012

Samudra ikan bakar di Port Dickson

As salam buat semua teman2. Mulakan hari kita dengan senyuman yang sangat ceria. 

Awal cuti sekolah pertengahan tahun hari tu kami ke port dickson atau PD senang nak tuliskan, memenuhi jemputan kenduri kawin sepupu saya iaitu amiera. Tahniah buat amiera dan suami ye. Memang saya dah plan nak bawa anak2 bercuti di PD, memandangkan cuti sekolah kali ini staff memasing dah minta cuti, so dah alang2 di PD, jenjalan jerlah kat PD kan (sebenarnyo dah maleh nk pikir kek mano lai nk poi).

 


 


Kami menginap di TBR jer iaitu Tiara beach resort. Sebelum nak poi makan ikan bakar yang tak tahu apo raso ehh. Kami singgah kek pantai tolok komang dulu.Ayo..montang2lah poi nogori 9, den bantai cakap nogori...sonang jo fahamkan.

Sajo jo nak tonangkan pikiran den ni yang borek dongan semuo perkaro sambil nak layan sunset ni haa. Lopeh tu kami poilah cari medan ikan bakar yang agak glemor kek PD ni. Pueh pulo moncari ehh sampai sosek baretlah dibuek ehh.

Akhirnyo, jumpo jugo, pongot(perut) dah lapo ni. Pueh pulo momilih mano yang berkenan, ado banyak restoren kek situ. Main2 osom2 jo lah...den pun pilih sotong 2 ekor di goreng tepungkan, udang 5 ekor bosar masak tomyam dan ikan kerapu dibakar. Susah pula nak tulis loghat nogori nih. Kami pilih ikan kerapu sebab susah sangat nak dapat kat temerloh. Kalo ikan siakap tu sonang nak dapat dan saya dah boleh masak sendri. So, skarang ni kalo pegi memane memang layan ikan kerapu jerlah. Harga ikan kerapu ni memang mahal sket dari ikan siakap.

Bila dah dihidangkan, kami pun makan anak beranak, seronok sangat makan masa ni dan makanan yang dimasak memang marbeles, boleh bagi 4*/5*. Tomyamnye memang tak leh tahan sampai menghirup kuah sebab sedap sangat. Paling best sambal ikan bakar ini ado potai..memang peberet den potai ni. Berbau harumlah toilet yer...sekali sekale takpe kot. Nilah hasil yang kami makan..alhamdulillah..blurp..


 semua ni lebih kurang RM100++. Tak bape ingatlah..lagipun en.suami yang bayar.


saya sajerlah amik gambar ni, kotlah ade sesape nak makan kat sini.

Lupa lak nak tulis, medan ikan bakar PD ni dekat2 dengan jetty. Secara specific tak tahulah pula, sebab pegi PD pun bertahun2 sekalikan. Pepandailah google ehh. Dah sudah makan, kami pegi jenjalanlah sekitar PD, gi waterfront PD...erm ade playground untuk anak2 main...tapi gelaplah. So, kami balik resort jerlah..kumpul tenaga untuk berendam esoknya..
Ok..jumpa lagi..wassalam..

Friday, June 8, 2012

Jambatan gantung kuala semantan, temerloh

As salam buat teman2...moga hari ini bertambah rezeki kita..insyaallah. Beberapa minggu yang lalu, suami saya bawa kami sekeluarga ke suatu tempat yang agak menarik untuk bersantai. Dan tujuan sebenarnya ialah nak makan tengahari di situ. Memandangkan kat situ macam2 ada, so..kami bersiar2lah dulu.

Pengusaha restoran ini memang dah popular kat temerloh ni, di bandar temerloh saje, dah ade 2 restoran. Disini namanya dataran patin. Kreatif sangat, mereka buat sangkar burung dan arnab di kawasan parking...kemudian ada kolam ikan dengan landskap tumbuh2an yang menarik, memang rase tenang jer.




Pastu suami saya ajaklah naik jambatan gantung yang menghubungkan esplanade temerloh dengan dataran patin ni. Tengok pada ketinggian dan kepanjangan jambatan ni sudah cukup menggetarkan kepala lutut saya. Maklum jerlah saya ni gayat....eh..he..he

Amyra dan aniq serta papanya dengan tenang hati jer naik. Saya tengok dari jauh jer. Ramailah pula orang yang naik masa tu. Saya pun naiklah tangga nak ke jambatan tu yang lebih kurang tingginya 3 tingkat bangunan. Amirul  pula yang tak nak naik..tatuuut katanya. Sata cubalah naik sampai pelantar. Alahai..bergoyanglah pula pelantar ni macam jongkang jongket tapi tidaklah kuat sangat. Tali yang mengingat pelantar ni pun kemain lagi bergoyangnyer. Sungguh mendebarkan.. saya pun ajak anak2 dan suami turun cecepat.






Klik kat sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang jambatan ni. Malas pula nak menaip bebanyak. Jambatan gantung kuala semantan, temerloh.



Dah penat berlari2an dengan anak2..kami pun kelaparan dan makan tengahari kat restoran ima, di dataran patin. Menu biasa2 jer,  datang pun nak bawa anak2 bersiar2. Kami sempatlah juge berbual mesra dengan tuan punya restoran ni. Semua ubahsuai, landskap dan sebagainya ditanggung sendiri oleh mereka. Bagi saya, di temerloh ni...nilah satu2nya restoran yang sangat kreatif dari segi hiasan dalaman dan luaran.



Tempat makan pun bukan hanya sejenis kerusi saja. Tapi 3,4 jenis juga kalo tak silap..memang memenuhi citarasa pengunjung. Dan ade bilik aircond bagi mereka yang tak tahan panas..ngeee



Cara hidangan sajian buffet pun menarik. Kepada sesiapa yang ade keje kat temerloh tu, tak tahu nak makan kat mana, bolehlah mencuba menikmati makanan di sini.ok..illalliqa'..wassalam


Wednesday, June 6, 2012

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2.

Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF.

Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.




Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera, nasihat saya ambil peluang yang telah diberikan sebaiknya.

Untuk mengetahui status permohonan, anda bolehlah log masuk dengan sistem e-perolehan seperti yang saya nyatakan di atas. Klik profil dan klik status permohonan..kemudian klik diari pengesahan. Segala proses pengesahan permohonan yang dilakukan pihak MOF akan dimaklumkan di sini dan proses mengambil masa 14 hari bekerja.

Jika status permohonan dinyatakan disitu telah berdaftar, bermaksud permohonan anda berjaya dan telah didaftarkan dengan kementerian kewangan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu rakan2 yang lain.

Contoh bidang yang kami pohon ialah membekal mesin2 pejabat, semua peralatan sukatan/ukuran, kabel, aksesori dan konduktor dan ada beberape lagi. Jika dah daftar dengan MOF dan dah ade eperolehan kad/pendrive memang sonang baitu nak tambah bidang nih.ok..jumpe lagi
wassalam..

Friday, June 1, 2012

Jalan2 cuti Mac 2012 hari ke-3: Kuala Gula, Perak ke Klang, Selangor

Alhamdulillah..tercapai sudah impian kami melalui banjaran titiwangsa dan merasai ketam lembut di kuala gula, perak. Selepas ini, insyaallah akan merentasi bahagian selatan pula, tapi masanya belumlah dapat dipastikan lagi.

Hari ke-3 kami menjengah sekejap tempat ketam lembut ditangkap dan dibekukan setelah melalui proses2 lain. Masa tu, dapatlah kami beli sekilo ketam lembut mentah yang telah dibekukan hanya RM30 sahaja. Memang rezeki kami, sebab menurut kata tuan punya ketam...ketam ni bermusim.

Dah sesiap kemas kami check out kul 10.30 pagi menuju ke Klang, selangor kerna ade sedikit urusan yang perlu diselesaikan.

Sebelum meninggalkan kuala gula, perak...sempat gak kami bergambar kenangan di situ.layankan....








Lebih kurang jam 10.30 pg kami bertolak ke klang. Anak2 sume ketiduran kecuali amirul fariz. Kami hanya berhenti sekejap di hentian tapah sebab nak menunaikan hajat amirul. Jika tiada hajat, memang kami teruskan perjalanan.




Alhamdulillah..segalanya selesai, walaupun rasa macam mustahil melakukan misi ini. Selain dari menikmati alam dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Aktiviti sebegini dapat mengukuh dan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan dan lebih memahami hati pasangan masing2.

Sifat toleransi, bekerjasama pun dapat disuburkan secara tak langsung... serta mendidik anak2 supaya lebih berdikari, bersabar. Dan yang paling penting anak2 dapat bergumbira. sekian wassalam...illalliqa'