(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, September 7, 2013

Stor: Menegakkan tiang

Alhamdulillah...
 
Tiang stor telah ditegakkan, terdapat 10 batang tiang setinggi 19 kaki untuk pembinaan stor ini. Jarak diantara satu tiang ke satu tiang ialah 20 kaki.
 
Kami akan meluangkan masa untuk melihat sendri pembinaan ini dilakukan supaya di masa akan datang suami saya sendri boleh jadi kontaktor.
 



 Kami akan memastikan pembinaan ini akan siap dalam waktu yang telah ditetapkan. Bukan mudah untuk menegakkan tiang yang berat ini. Setiap satu tiang mengambil masa lebih kurang 2jam untuk ditegakkan.

Mohon doa semoga segala urusan pembinaan ini berjalan lancar kerna sebelum ini kami menghadapi pelbagai onak duri untuk merealisasikan impian ini. kami juga doakan rakan2 mendapat kesihatan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi..aamiin..
 
Setakat ini untuk kali ini. wassalam.
 

Friday, September 6, 2013

Hari Kemerdekaan ke 56

Assalamu"alaikum....selamat sejahtera...
Selamat hari kemerdekaan yang ke 56 buat semua warga malaysia.
Anak2 dengan bersemangat mengibar jalur gemilang depan kedai di hari kemerdekaan yang lepas.
 
Semoga negara kita kekal aman sentosa. Sama2 kita doakan negara kita ditadbir urus dengan adil dan saksama tanpa perbezaan taraf dan kaum.
 
Jalur gemilang di depan kedai..
 
 
Ok..jumpa lagi..
 


Kursus: "Cash Flow Management"

Assalamu'alaikum...
 
Alhamdulillah saya diberi kesihatan dan rezeki untuk menghadiri kursus ini. Dan inilah pertama kali setelah berkahwin 8 tahun saya meninggalkan anak2 bersama suami. Sangat excited nak pergi kursus dan sangat sedih tinggalkan anak2.
 
Namun, demi menuntut ilmu yang berkaitan pengurusan aliran tunai saya gagahkan jua. Lebih mengharukan saya kene memandu selama 2 hari ke Kuala Lumpur.
 
Siap study peta supaya tak sesat jalan dan seminggu sebelum menghadiri kursus saya meminta en.suami tunjuk jalan dari temerloh ke Hotel Seri Pasific, kemudian ke Dengkil dan Dengkil ke hotel.
 
Seawal jam 6.45pg hari rabu saya bertolak dari temerloh dan sampai di hotel jam 8.35pg. Tersangatlah jem selepas saya keluar dari DUKE. Betapa saya teringat temerloh yang tenang tanpa jem..haruu..sob..sob...
 
Sampai di bilik bunga raya saya pun memilih tempat. Semoga dapat kawan2 yang serasi. Dan alhamdulillah  group meja bulat saya semuanya friendly. Takdelah boring. Kami berkenalan antara satu sama lain.
 
 
penunjuk arah di hotel
 
 
Sebenarnya pendedahan bidang akaun ni tidaklah mendalam, sebab tu en. suami suruh saya pergi.Dah selesai sesi pertama. Saya dan rakan2 meja bulat pergi lunch sama2, masa makan pun kami sempat lagi berbual2 bertukar fikiran dan pengalaman.
 
Setelah siap kursus hari pertama saya keluar untuk bermalam di rumah mertua di dengkil. Dugaan sungguh bila mana stuck di jalan tun razak sebelum naik MEX selama sejam..memang mengharukan sob...sob...sampai rumah kul 8.30mlm.
 
Hari kedua bertolak dari dengkil jam 6.45pg dan sampai di hotel jam 8.30pg. Selepas keluar MEX menuju jalan istana jem sepanjang jalan sampai hotel. Masa yang sama kalu bertolak dari temerloh dan jem hanya sedikit di jalan kuching.
 
Seriusly...tetiba saya ingat jalan2 yang telah saya lalui di KL. Insyaa Allah, selepas ini jika ade perkara2 yang perlu saya uruskan di KL saya boleh drive sendri.
 
Seperti biasa kalo kursus makan jer yang banyakkan. Saya letakkan gambar, makanan2 yang saya makan sepanjang kursus dua hari, ade lagi yang saya tak amik sebab dah lapo.
 
 




Tepat jam 5ptg hari kedua, presenter dah buat kesimpulan. Hati saya meronta2 nak balik rumah. Kami diberi ujian penilaian samaada ade peningkatan atau tidak sebelum dan selepas berkursus. Alhamdulillah markah saya selepas kursus 10/10.
 
 
Beberapa istilah yang saya tak pernah dengar sebelum ni "factoring, leasing".
Istilah yang pernah dengar tapi tak berapa tahu " overdraf, fixed deposit,overnight facilities ".
 
Kami bergambar kenangan setelah tamatnya kursus bersama2 usahawan2 yang berjaya.




Apalah sangat penat lelah saya nak menghadiri kursus ini, jika nak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Saya amat bersyukur kerna ditemukan dengan kawan2 yang baik hati. Jika panjang umur, murah rezeki, mungkin kita akan berjumpa lagi..insyaa Allah.
 
Saya keluar menuju ke temerloh melalui jalan pahang, dan susur ke DUKE sentul dan sampai di temerloh jam 8mlm. Sepanjang di karak hujan, betul2 menguji pemanduan saya. Sebak rase bila aniq memanggil  "..mama2..mama2..dah datang..."...sampaikan berjujuran airmata tanpa saya sedari.
 
Sekian...jumpa lagi..wassalam.
 
 
 
 
 
 


Thursday, September 5, 2013

Stor: Meratakan tanah

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah...rezeki kami setelah 2 minggu beraya sakan. Dapat memulakan operasi untuk membina stor bahan binaan. Perancangan yang sudah mencapai 2 tahun dan kini impian kami
insyaa Allah akan dapat direalisasikan.
 
Sebut harga untuk membina stor berkeluasan 40' x 80' ini memerlukan modal sebanyak RM35k+++. Dan sebut harga ini mungkin akan berubah2 berikutan kenaikan harga barangan dan sebagainya.
 
Stor ini dibina untuk menyimpan simen, kayu kayan, plywood, kapur dan lain2.
 
Pembinaan stor ini mengambil masa 1 bulan untuk disiapkan.
 
Encik suami sedang berbual2 dengan kontraktor disebalik hilux... 

 Abg amirul pula sempat berposing sementara menunggu pembersihan kawasan dilakukan..
 
 
Gambar dibawah menunjukkan kawasan tanah berkeluasan 40' x 80' yang telah dibersihkan untuk pembinaan stor.
pandangan menghadap jalan raya
 pandangan ke belakang
 pandangan kanan
pandangan kiri
 
Kami berharap pembinaan ini berjalan dengan lancar dan segala urusan kami dari pelbagai aspek dipermudahkan.
 
Terima kasih sebanyaknya buat teman2 yang sentiasa memberi sokongan kepada kami.
Jumpa lagi..wassalam
 


Sunday, September 1, 2013

"Selamat Hari Raya Eidulfitri"

Assalamu'alaikum.....agak bersawang juga blog ni tanpa cerita dari kami. Syawal hampir ke penghujungnya. Jadi, kami sefamili ingin mengucapkan "Selamat menyambut syawal" kepada pembaca setia blog dan kepada semua rakyat malaysia.
 
 
Hari raya kedua kami ke kelantan beraya dirumah saudara mara belah suami. Anak2 memang tak melepaskan peluang jika jumpa kucing ke ayam ke semua nak dikejarnya.
 
Macamlah tak pernah nampak...tapi memang betul pun yang mereka kejar ini ayam katik, comel je. 
 

 
Di rumah sepupu suami pun anak2 dengan tanpa segan silu mengambil basikal dan terus bermain bergilir2.Boleh dikatakan sepanjang beraya mereka hanya bermain di luar rumah, kuih raya pun tak jamah.
 
Perkara yang tak boleh dilupakan setiap kali balik kelatan ialah makanannya yang memang tip top.
Alhamdulillah..
 
ok..jumpa lagi.