(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, December 31, 2014

Banjir di Temerloh 2014 hari ke-6



Alhamdulillah masih byk nikmat yg perlu disyukuri.
Sedih bila baca komen2 yg menyalahkan mangsa banjir xbersedia.. dari segi stok makanan.

Kita ini siapa yg tahu bila banjir besar ini akan berlaku?
Macam kami bersedia juga alih barang dlm stor setinggi paras dada..namun banjir telah menenggelamkan stor dan air naik dlm kedai seinci dua(menurut rakan niaga yg berada di temerloh).

Mungkin tmpt yg biasa banjir pun dah bersedia sedikit stok mknan sbb banjir kecil pun masih ade yg berniaga. Tp kali ini bah besar yg boleh dikatakan temerloh lumpuh sepenuhnya. Dan kedai2 runcit di tmpt2 tinggi mungkin sudah habis stok.

Bkn masanya menyalahkan sesiapa tapi bantulah mereka.Mereka sudah hilang tmpt tinggal...nak pulih mungkin ambil masa berbulan..bertahun. Tunjuklah simpati oada mereka.

# berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
# pray4temerlohdansemuamangsabanjir.

Coretan hari ke-6 banjir di Temerloh 31/12/2014.