Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tips kejayaan

Kemaskini dokumen

Salam mesra buat semua pengunjung...kebiasaannya di pagi ahad orang lain bersantai atau berjalan2. Tapi mama izan ambil peluang mentara anak tak bangun lagi dan tak kelam kabut untuk menyediakan anak ke sekolah..dengan mengemaskini segala2 dokumen baik untuk hawami hardware tersayang ataupun dokumen peribadi. Mama izan buat mana yang termampu sebelum projek bt 5, Maran bermula. Kalau tak buat dari sekarang, maknanyer tak menggunakan peluang masa yang ada sebaiknyer. Sebab nanti nak lebih kosentret pada projek tu. Layankan kertas2 yang banyak ni.. Mama izan ingin kongsikan beberapa sifat yang perlu ada dalam diri seseorang untuk transformasi diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnye. Dan sifat2 ini ade dalam diri suami mama izan. Sifat2 ni ialah 4B yang terdiri daripada berani mencuba, berdisiplin, bersemangat, bercita2 tinggi. Tanpa sifat 4B ini transformasi mungkin berlaku tapi untuk jangka masa pendek sahaja. Mama izan berharap agar kita sama2 mentranformasikan diri kita untuk mer...

Carta top 10 faktor seorang jutawan!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan! Oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh… 10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri. 9. Cekap dalam pengurusan Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar. 8. Mempunyai se...

11 Formula kejayaan

11 Formula Kejayaan! oleh: Irfan Khairi http://www.facebook.com/irfankhairi.fb 1: Keinginan Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut. Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri. Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut. Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai. 2: Keyakinan Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau...