Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Resepi mudah

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Resepi ayam goreng berempah mudah..

As salam semua...mengupdate jap sementara menunggu k.mia balik sekolah...pasni bz sket. Harini nak kongsikan resepi ayam goreng berempah paling mudah saya rase. Dan sememangnya kalo dah tak de idea nak masak apa..inilah juadah yang akan saya sediakan buat seisi keluarga. Memang mudah, bahan2nya ialah. 1/2 ekor ayam,garam secukupnya, 1 sudu besar rempah kari ayam, 1 sudu besar serbuk kunyit, 2 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar tepung ubi . Senangkan.. kalo rase nak lebih sukehatilah nak letak byk mana bahan2 tadi..he..he.. Caranya pula hanya gaulkan kesemua bahan2 tadi bersama ayam sehingga serasi bersama. Kalau nak lebih mantap, peram selama setengah jam...pastu bolehlah gorengkan.. beginilah rupernyer ayam yg bermandikan rempah..  Memang resepi mudah yang sesuai untuk wanita yang sangat bz setiap hari baik yang surirumah mahupun yang bekerjaya. dan inilah hasilnya...memang sedap rase berempah... Senang jerkan..bolehlah mencuba resepi ini k...

Resepi kek batik mudah

As salam buat semua..sudah lama tidak mengupdate blog berikutan pelbagai masalah yang dihadapi. Alhamdulillah..segalanya sudah diselesaikan. Oleh sebab ramai yang sukekan kek batik terutama kanak-kanak..jadi saya dengan murah hatinya ingin berkongsi resepi kek batik dari citarasa saya dan keluarga saya. Sebenarnya sejak saya di tingkatan 3 lagi sudah mula membuat kek batik bukan untuk dijual tapi untuk makan sendiri je. Saya memang peminat tegar kek batik. Mulanya jatuh cinta dengan kek batik masa buat masak2 subjek kemahiran hidup kat SAMTH lah kan. Sejak dari hari tu saya selalu sangat buat. Masa memula kenal mr. hubby dulu pun, bila cuti semester habis lek kolej saya buat kek batik untuknya. Pertama kali makan terus jatuh cinta pada kek batik tue kan. Pastu, asalkan saya balik cuti sem je.. mesti mr. hubby request soh buat kek batik. bukan untuk dijual..ini saya buat masa raya haji tahun 2011 nak bawa lek kampung. Banyak betul story pasal kek batik ni yer..jom cub...

Masak Gulatan makaroni chesse

Alhamdulillah..diberikan rezeki masa, wang dan tenaga untuk membuat gulatan ni. Bukannyer ape..sejak kebelakangan ni rasa macam malas nak masak. Dan dah muak makan nasi hari2. Sabtu lalu ade lebih sup campbell yang kami makan untuk sarapan..sure tak de sape nak makan lagi..erm..jadinya saya pun terasa nak buat gulatanlah.  Terus google cari resepi ni. Saya pun dengan segera ke pasaraya (jalan kaki sebab dekat jer dengan umah) mencari bahan2 lain. Erm.. senang jer nak buat...tengok sebelah mata pun boleh..he..he.. Tak sabar rasenye nak makan. Sebab inilah kali pertama saya masak gulatan ni. Dan inilah hasilnya..... Nak tahu resepi ..hanya klik je ni... Resepi gulatan tuna makaroni cheese . Saya ikut sebijik resepi ni. Cumanya saya tambah brokoli. banyaknyer kami makan... Kami pun makanlah..erm..yummy..sedapnyer rase die. Suami saya pun suke dan katanya kalo tambah brokoli banyak lg best. Anak2 tak bape minat lak gulatan ni, tapi aniq sangatlah suke.. Tapi m...

Makan spagetti sepanjang hari sabtu..

Salam buat rakan2..alhamdulillah syukur atas segala rezeki yang dilimpahkan.. Lama rasenya tak makan spagetti buatan sendiri. Kali ni masak guna mee spagetti, ayam cincang dan tomato puree brand ayamas. Saje nak rase kesedapannya. Terus terang saya cakap, mee spagetti, san remo spagetti tak bape sedap untuk tekak saya dan suami. Biasanya saya akan masak mee vermicelli san remo..halus sket. Ikutlah citarasa anda nak masak yang mana kan, memasing ada citarasa yang tersendiri..betul tak? Amyra memang suka sangat spagetti, masa masak tu dah terbau2 dah kuahnye, siap cakap ..". .cepatlah masak..nak makan mee ni..". Nak resepi ke?..erm mudah jer, kat mana2 boleh cari resepi ni. Nantilah saya fikirkan nak kongsi atau tidak resepi ni. Sebab malas nak taip banyak2..hua..hua.. mee spagetti yang dah siap direbus. . kuah yang sudah siap masak..terkeliur jer tengokkan.. siap sedia untuk dimakan.. Alahai cane ni..nanti ade lak yang kata kedekut resepi..sementara baby tak bangun lagi, saya ...

Kenduri asam tempoyak ikan patin dan resepi.

Salam mesra buat semua teman2....alhamdulillah masih ade masa untuk saya tulis sesuatu hari ini. Sabtu lepas sepupu suami saya buat kenduri aqiqah, makanya ipar duai dan MIL saya datang ke rumah untuk bermalam. Saya tanya suami nak masak ape ye yang semua orang boleh makan..suami saya kata xyah susah nak pikir..masak ikan patin jer sure sume suke....Saya pun memang dah sesiap masak pepagi lagi asam tempoyak ikan patin. 4 ekor ikan patin yang besar, seekor digaram kunyitkan dan 3 ekor lagi masak tempoyak..memang kendurilah sebab masak lam periuk besar. suami sayalah yang suh saya masak pepagi, katanya bila dah lame lagi sedap dan mantoop.. Petang pegi kenduri aqiqah..dan malamnyer menyantap ikan patin tempoyak lak..sampai meratah2 lagi..jangankan tetamu yang datang..suami saya pun bertambah2..lebih 3 kali tambah. Sesekali tetamu datang memang sedaplah makan reramai.. Inilah die asam tempoyak ikan patin seperiuk besar..mujur ade periuk besar.. yang tinggal hanyalah bunga kantan dan asam...

western food

Salam mesra buat semua teman2...setiap hari makan nasi pun muak juge kan..makanya sabtu lepas saya dah pun masak special untuk suami dan anak2. Saya masak ayam bakar, buat potato salad dan coleslaw..walaupun takde nasi, namun tetap kenyang juga. Sesekali makan makanan dari kebiasaanya memang seronok. Haa..kat bawah nilah hidangan yang saya sediakan buat suami dan anak2..moh tengok.. coleslaw..bleh bli kat pasaraya coleslaw dressing..kobis putih dan ungu serta carrot diracik.. ayam bakar berempah simple jer. . kalo nak berkilat..masa peram tu letak minyak sket.. potato salad..brokoli di rebus, lada benggala kuning,hijau dan merah, potato wedges digoreng dan gaul sume dgn mayonis original..kalo nak sedap letak coctail mushroom or cheese.. Sangat mudah untuk disediakankan..serius makan makanan yang kita buat sendiri lebih kenyang..yang paling menggembirakan tengok suami dan anak2 makan dengan berseleranya. Setakat ini saja buat kali ini..insyaallah jumpa lagi..wassalam..

Resepi mudah: sambal udang

Salam mesra buat semua..dikesempatan masa yang terluang ingin mama izan kongsikan resepi dari air tangan mama izan yang diadaptasi dari resepi2 mereka yang berpengalaman. Resepi sambal udang: Bahan2nya: * 1kg udang sederhana (dibuang kepalanya) * 3 ulas bawang putih ditumbuk. * 1 labu bawang besar dihiris. * cili giling ikut suke * sedikit air asam jawa * 1 biji limau nipis * Garam dan gula secukup rasa. Cara memasak: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai garing. Kemudian masukkan bawang besar. Bila agak layu masukkan cili giling. Kacau sehingga cili pecah minyak. Masukkan air asam jawa. 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 3. Masukkan udang, agak2 berubah warna keorenan bolehlah perahkan limau nipis. Kacau dan biarkan merenih sehingga 2 minit dan tutup api. Nota: Jangan masak udang terlalu lama kerana nanti akan kecut. Biasanya mama izan masak udang 2 minit selepas warna udang berubah mama izan terus tutup api dan rasanya memang lembut dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi mudah: ikan siakap stim limau

Assalam buat semua teman2...ini kali kedua mama izan mencuba masak ikan siakap stim limau. Dan mama izan nak simpan resepi ni dalam blog ni untuk rujukan di masa hadapan. Sebelum nak masak mama izan adelah buat research sket bahan2nyer dan mama izan masak ni ikut citarasa kami sekeluarga. Mama izan pun lebih 5 kali makan kat restoran ikan siakap stim limau , dan barulah rase ade keinginan nak cuba sendiri. Masakan berstim ni mudah dan sihat, jadi bolehlah nak makan selalu. Tapi tang nak beli ikan tu, kene tengok bajet gak. Kat temerloh ikan siakap sekilo RM20 - RM25. Ikan yang mama izan beli ni lebih sekilo untuk makan tengahari dan malam. ikan siakap stim limau Bahan2 ikan siakap stim limau : * seekor ikan siakap (1 kilo lebih) * 5 biji bawang putih dihiris * 1 labu bawang besar di potong dadu * 2 inci halia diketuk (hiris pun boleh) * 6 batang serai dititik (dihiris pun boleh) * 7 biji cili api dihiris (ikut tahap pedas yang anda suka) * 2 biji tomato dipotong dadu * 6 biji limau ni...

Resepi mudah: Puding jagung berkuah

Salam buat semua pengunjung...kebiasaannya bila tiba hujung minggu mama izan akan sediakan makanan2 yang agak ringan untuk dimakan pabila rase lapar. Ini pun kalau tak balik kg KL. Minggu lepas mama izan buat dadih perisa pandan dan mama letak nata dicoco, memang ngamlah. Anak2 pun sibuk je cakap "yummy2". Jadinya, minggu ni mama izan buat puding jagung berkuah. sebenarnya hari jumaat lagi mama izan dah buat. Dan mama izan nak kongsikan resepi mudah citarasa kami sekeluarga. puding jagung berkuah . . Resepi puding jagung berkuah: Bahan untuk puding: * 1 tin jagung berkrim * 2 tin air (sukat dengan tin jagung tadi) * 1 cawan castard (brand ape pun boleh) * 7 sudu besar gula (kalo tak nak letak boleh tapi agak tawar, kami suka manis sket) Campurkan kesemua bahan2 ni dalam periuk dan jerang atas api sederhana. kacau sentiasa sehingga likat. Kemudian letak dalam bekas. Bahan untuk kuah: * 1 tin susu cair * 1 tin cocktail * 1 sudu teh esen vanila * 6 sudu besar gula * 1 sudu tepu...