Skip to main content

Posts

Showing posts with the label luahan

Kesibukan minggu ini..

Alhamdulillah...dalam kesibukan menjalani kehidupan di bumi Allah ini..sempat saya coretkan sesuatu disini. Hari ahad yang lalu kami, PIL dan pelukis pelan struktur bangunan bersama2 ke tapak projek untuk melihat struktur tanah dan sebagainya. Menurut kata mereka tidak ada masalah, projek boleh dijalankan. Selasa, kami pergi berjumpa dengan perancang bandar temerloh untuk melihat kedudukan pelan bangunan di kawasan berkenaan. Dan pelan bangunan itu kene buat 100ft dari longkang tepi jalan besar. Tapi kenapa jauh sangat nanti tak nampak bangunan dari jalan?? Katanya 40ft dari jalan untuk JKR, dan bila tukar status dari tanah pertanian ke tanah perindustrian 60ft lagi diambil. Kami hairan, tanah sendri tapi banyak sangat undang2 untuk memajukan tanah tu. Seeloknya bantu dan mudahkanlah urusan ini supaya tanah itu cepat dimajukan, taklah jadi tanah terbiar yang lebih 20 tahun tak dimajukan. Syarat2 untuk lulus pelan ini kene minta laluan daripada tuan tanah sebelah kiri atau kana...

Testing...

Testing untuk hari ini..blog saya mengalami masalah setting untuk beberapa hari.Harap tetamu blog tidak rase kesunyian..macamlah ade peminat erk..banyak pengalaman dan cerita tentang keluarga saya ingin saya kongsikan kepada yang berminat. Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya..terutama suami saya yang tercinta yang menggalakkan saya untuk terus menulis walaupun saya amat2lah bz ketika ini. Dengan harapan, tulisan hari ini, dapat mengubat kerinduan teman2..yang tertanya2 kemana menghilangnya saya..insyaallah ade umur dan rezeki jumpe lagi..

luahan hati..

Salam buat semua... Terkadang hati ini tertanya2 kenape itu dan ini terjadi pada saya, untuk apa.? Adakah segala dugaan dan ujian ini saya boleh hadapi, saya pun tak pasti. Tapi setakat ni saya masih boleh bersabar. Lagipun dah tak larat nak marah or ape sebab menambahkan penyakit darah tinggi sahaja. Harap saya boleh didik hati supaya bersabar walaupun rase perit seperti hempedu.. Saya sudah tahu akan akibat sesuatu perkara yang akan saya lakukan itu, dan amat2 giler jika saya sengaja lakukan perkara itu, dan bila ianya berlaku diluar kawalan saya manusia yang amat lemah. Saya seorang wanita yang amat lemah dari segi fizikal, apalah daya saya untuk menahan jika ade kesakitan yang perlu saya tanggung.Seriusly, saya amat lemah,maklum jerlah sudah beranak 3,sistem badan tak kuat dah kecik molek jer. Saya harap masih waras lagi dan bersabar dari melakukan perkara2 tak sepatutnye. Hanya kepada Illahi saya mengadu dan berserah..

Andai hati bisa dibaca..

Salam buat semua.. Andai hati bisa dibaca, alangkah indah hidup ini. Adakah antara kamu orang yang boleh baca apa yang lahir dihati orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Apakah patut kami dipersalahkan kerna menolong orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Sebab kami x boleh baca hati orang lain. . Apa yang kita lihat diluar tidak semestinya sama apa yang didalam hati. Bila sudah tahu perangai seseorang itu barulah kita boleh ambil tindakan selanjutnya. Tidak perlu lagi beri muka. Blacklistkan saje orang sebegini tak kira sedara mara atau adik beradik suami or isteri. . Keadaan yang kami tidak jangka ini, membuatkan kami kecewa dan sedih. Tak sangka orang yang suami mama sudah kenal sejak kecil lagi, ingin main2 dengan kami perkara yang berkaitan dengan jual beli barang. Seseorang yang sangat dikenali luarannyalah..nak guna akaun kami untuk order barang yang harganya ribu2an. Dan die tahu term diberi untuk bayar kepada pembekal hanya sebulan. Tapi atas dasar saudara kami minta dari pembe...

Berakhir sudah...

Salam buat teman2.... Hari ni terakhir untuk tahun 2010. Terlalu banyak suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun ni. Dan banyak perkara yang mama tak kongsikan kerna baru2 blajar berblog tidak begitu rajin untuk menaip. Tahun ni bertambah anak saudara mama dan kedua2nya lelaki iaitu Nazril hakimi dan Muhd. Syafiq Daniel..name ayahnyer idaklah mama izan ni tahu ejaannye.. Kepahitan menghadapi pelbagai2 masalah untuk menyediakan tapak untuk barang2 kasar dan masih belum selesai. Semoga tahun hadapan peluang lebih besar untuk mengorak langkah yang lebih besar. Azam2 tahun 2011: tidak bertangguh, bersemangat, banyakkan exercise, lebih bersabar dan berfikiran terbuka. Impian tahun 2011: kete nak tambah lagi satu, anak nanti dulu, kedai berwajah baru, kedai nak tambah lagi satu, lori nak beli satu, upgrade cctv mesti dulu, samsung galaxy tab utk cctv online juga perlu. Mana yang wajib didahulukan, di laksanakan dulu dan yang lain2 jika ade rezeki berlebihan akan dapat juga..insyaAllah..di...

Berat mata memandang...

Salam buat semua pengunjung... Bak kata pepatah melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah adatnya dalam perniagaan, akan kene hadapi segala pahit, getirnya walaupun ianya perit. Sudah terlalu banyak yang kami tanggung, dan sekarang tidak tertanggung lagi dan perlu diluahkan. Itupun kalo ade yang sudi membaca..terpulanglah Perkara yang paling2 perit ialah orang perseorangan yang berhutang. Janji hanya tinggal janji, berjanji nak bayar seminggu lagi, tapi dah berbulan2 tak bayar lagi. Kami pun tak tahu apa masalah mereka, kami pun banyak masalah juga tapi hutang tetap kami bayar, tidaklah membiarkan orang ternanti2. Tidak kira siapa mereka, yang hari2 jumpe, bertepuk tampar bersama, pak2 yang berjubah kopiah, yang bermanis mulut bila berkata2 sumernyer tidak bayar hutang yang hampir setengah tahun. Bila diingatkan ade hutang, buat2 tak ingat. Apa nak buat dengan mereka ni?? Mereka x bayar hutang hampir setengah tahun, sedangkan kami peruncit kene b...

Cakap lebih, keje wat x??

As salam buat sume pengunjung.. . Tetiba mama izan nak cite pasal diri sendiri. Mungkin ade kalangan rakan2 yang terdetik.. izan ni cakap macam hebat sangat ade kedai sendri..entah tahu ntah idak pasal barang2 kat kedai. Meh sini nak citer kronologi sebelum jadi pembantu penguruskan. . Mama pun heranlah napelah minat sangat hardware ni. Sebenarnye sejak blajar lagi mama dah cadangkan kat suami mama suh die buka hardware. . Memula dulu amik kejut biologi pertanian @ upm, 5 sem jer / 2thn 1/2...entah nape tak leh nak catch up makin lame makin mencabar..jadinya mama izan pun tukar kos amik bahasa asing...kiranya mama ni orang asinglah..ha..ha..ha..bahasa arab. Sure kengkawan arab dulu terkejut mama terlibat lam hardware2 nih. . Walaupun kedai sendri mama izan pernah gak jadi kuli..3 bulan training..bos suh tulis sume pipe fitting yang ade dan kira stok..banyak tau lebih 50 jenis fitting dah lah paip ade jenis upvc, pvc, poly, GI dan stainless steel . Memang naik pening kepala ni. Blajar g...

Isi hati nurani

As salam buat semua pengunjung.. Terima kasih kerna sudi berkunjung disini. Apa yang boleh dikongsikan akan mama kongsikan dan sama2lah kita bertukar2 pengalaman dan ilmu. Mencari imu boleh di beli dengan wang ringgit tapi pengalaman tidak boleh di beli dan ianya sesuatu yang sangat berharga. Dan ianya mematangkan seseorang itu serta membantu untuk lebih maju kehadapan. Sesekali buat pengisian begini bagus juga untuk kekuatan hati. Sudah lama rasenyer tidak membaca yassin kerna anak2 mengganggu. Tapi semalam rase sangat kuat dan membaca walaupun baby kejap panjat, duduk atas riba, yang lain gaduh2 sayang. kalo sebelum ade anak2 boleh baca 15min jer tapi sekarang setengah jam, besar betul cabarannya. Mama sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, yang wajib jangan ditinggalkan manakala yang sunat lakukan bila berkesempatan. Tidaklah mahu jadi porak peranda dek kerna kejar yang sunat keluarga diabaikan.. Ya Allah bantulah hambamu ini, sesungguhnya saya terlalu kerdil dan lemah dan tidak semp...

Hancur harapan kami

Salam buat semua pembaca blog ni..kalo adelah peminatkan..perasan jer.. Tetiba lak mama izan teringat kisah yang lalu.mana xnyer...jualan cat nak dapat sorang sehari pun susah gara2 sudah ade pusat cat berkomputer warna impian kat bandar Temerloh ni. Kononnyer dulu hasrat kami nak jadi pusat cat sebab mase memula meniaga dulu xde lagi yang wat secara besar2ran. Beginilah caranya orang cina nak matikan melayu, mereka bersaing cara sihat tapi kita x leh nk lawan gak. Dasyat tau jualan cat merudum hingga 50%. Diorang ni nak jual cat sama jenis xperlahkan.. ..tp jual dengan harga peruncit dapat dr pembekal..jdnyer kastemer complainlah kami jual mahal..sedangkan kami jual ikut harga pasaran..memang kacau betullah. Warna impian tu blehlah jual murah sebab PIL die pembekal hardware dan cat terbesar kat Temerloh ni. Mase tahun 1 xde aper pun. Maybe PIL die bengang dengan kami, jdnyer buka kedai cat sama jenis. Nak tahu citernyer teruskan baca yer.. Tahun 2008 bulan April hingga julai kami trai...

Rokok vs makanan

Salam ceria buat pengunjung blog mama izan..semoga semuanya dalam keadaan sihat wala'fiat.. Tetiba nak cite pasal rokok2 ni..malam ni mama izan rase x berselera nak makan nasi..agaknyer dah pening dok ngira dari pagi tadi.Jadinya suami tanya nak makan apa??terkebil2 mama izan..a..a..makan pizza beli yang regular..erm..rase cam mahal jer kan..tp sebulan skali jer makan fast food nyer. Beli pizza dengan add ons nyer RM24 makan 2 orang..kenyang..alhamdulillah..kalo diorang ni share duit sorang RM12 dapat kekenyangan seperti kami ni.. Tapi staff2 ni perabih duit bli rokok sehari RM10..kalo bagi makanan sket jer diorang jammah. Rokok lagi sedap..ntah braper x lah suami mama ni bagi nasihat..tapi diorang wat dek jer.. Sorang staf tu dah tentu2 memang sakit jantung sebab merokok tapi rokok gak yang dipilihnya..pernah skali diserang sakit dada..sampaikan tak larat nak inform mama izan tak dapat datang kerja..puaslah mama call die,call tunang die tapi tak berjawab.. last2 call ayah die..dah...

Luahan hati vs rungutan

Salam ukhuwwah fillah... Semoga pengunjung blog ini sihat wala'fiat.Mama dah tak tahan dengan apa yang terkandung dalam benak fikiran ni.Jadinya mama nak kongsikan dengan rakan2 yang sudi membaca.Semua yang mama akan catatkan melalui pemerhatian dan pengalaman mama.Mama juga rase terpanggil untuk kongsikan semua ini kerana mereka yang bukan terlibat dalam bidang perniagaan tidak tahu selok belok dan protokol dalam perniagaan,kami juga sering disalahtafsirkan oleh ramai orang.Sesiapa saje nak merasai yang kami rase boleh baca catatan ini tanpa rase bersalah. Kenaikan harga minyak memang betul2 menguji kesabaran kami melayan kerenah kastemer yang tidak faham.Tapi suami mama tetap sabar.Kalo mama nak je cakap ..en.kalo nak murah pegi KL belilah .Memang di KL murah berbanding temerloh.Mama dah tinggal di Selangor selama 27 tahun dan baru 3tahun tinggal di temerloh,tahu sangat harga2 barangan ni.Buah rambutan kat sini sekilo RM5, di KL sekilo RM2/3..beza RM2 .Stakat nak beli 2,3 kilo,ma...