Skip to main content

Isi hati nurani

As salam buat semua pengunjung..

Terima kasih kerna sudi berkunjung disini. Apa yang boleh dikongsikan akan mama kongsikan dan sama2lah kita bertukar2 pengalaman dan ilmu. Mencari imu boleh di beli dengan wang ringgit tapi pengalaman tidak boleh di beli dan ianya sesuatu yang sangat berharga. Dan ianya mematangkan seseorang itu serta membantu untuk lebih maju kehadapan.

Sesekali buat pengisian begini bagus juga untuk kekuatan hati. Sudah lama rasenyer tidak membaca yassin kerna anak2 mengganggu. Tapi semalam rase sangat kuat dan membaca walaupun baby kejap panjat, duduk atas riba, yang lain gaduh2 sayang. kalo sebelum ade anak2 boleh baca 15min jer tapi sekarang setengah jam, besar betul cabarannya.

Mama sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, yang wajib jangan ditinggalkan manakala yang sunat lakukan bila berkesempatan. Tidaklah mahu jadi porak peranda dek kerna kejar yang sunat keluarga diabaikan..Ya Allah bantulah hambamu ini, sesungguhnya saya terlalu kerdil dan lemah dan tidak sempurna.


indah ciptaan -Mu




Semalam menyelak buku bacaan yaasin Mama baca dan tertarik dengan hadis ini:
Sabda Rasulullah SAW " Sesiapa yang suka Allah SWT mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berada dalam kesenangan".
(Al-Tarmizi dari Abu Hurairah)


Kelazimannya kita bila dalam kesusahan barulah nak berdoa2 dan sebagainya. Apa kata kita latih diri supaya sentiasa bersyukur dan berdoa setiap masa walaupun hanya dengan hati. Sama2 kita muhasabah diri. Semoga jadi panduan untuk diri sendiri dan semua yang membaca.

pemandangan yang indah tepian pantai rantau abang, teganu

Gambar2 kali ni sekadar hiasan untuk menikmati ciptaan Allah.

Wassalam,ilalliqa'.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...