Skip to main content

Posts

Showing posts with the label celoteh

Bersyukur dengan apa yang ada

Salam mesra buat semua..Mama izan ingin kongsikan apa yang terkandung dalam kepala mama izan nih. Selama ini merasakan kenapa orang itu ade ini ade itu, kenapa saya takde. Kurang ade lebihan wang untuk berjalan2an. Rasa macam indahnya hidup mereka ade banyak duit nak ape2 sume boleh dapatlahkan. Tapi bila melihat ujian yang mereka hadapi sangat2 hebat, adakah saya bila berada di tempat mereka boleh menghadapinya dengan tabah. Ramai yang mama izan kenal banyak duit, tapi anak takde atau seorang sahaja. Memang semasa kecil rase macam susah sangat nak menjaga dan mendidik anak2, mungkin kelebihannya bila mereka sudah besar nanti, Di saat kita sedang sakit atau sudah tua badan sudah tidak berdaya, ade yang boleh menjaga kita pula. Kebanyakannya punyai anak yang ramai tapi kewangan tidaklah begitu banyak. Menghadapi cabaran mendidik anak2. Manakala sebahagian lagi punyai harta yang melimpah ruah, menghadapi dugaan hebat buruan perompak dan sebagainya. Dan mungkin hati mereka tak tenteram. P...

jawatan kosong bersepah vs minyak TAK turun..

Salam buat teman semua...tanpa disedari usia perkahwinan kami sudah mencecah 6 tahun pada 1 Mei yang lalu...Alhamdulillah semoga mendapat keredhaan dan keberkataan dalam perhubungan ini. Sepanjang perjalanan ke kedai tadi mama izan ternampak banyak iklan jawatan kosong yang dilekatkan di depan kedai peniaga. Mama izan terfikir kenapa keadaan ini berlaku, sedangkan ramai anak muda yang berpeleseran di pusat membeli belah dan yang merayau2 tiada arah tuju. Apa yang mama izan dapat katakan memang gaji pembantu kedai tidaklah sampai RM1k dan kerja lebih masa pun bukan senang nak dapat. Jadi tak hairanlah kalo mereka2 ini mencari kerja lain yang lebih menguntungkan. Bukanya ape, tapi himpitan ekonomi terhadap rakyat dengan kenaikan harga minyak yang melonjak tak sudah2. Dan seterusnya harga makanan serta barang keperluan harian memang akan naik sebab setiap manusia di Malaysia ini menghadapi keadaan yang sama. Ramai yang beranggapan keadaan ini biasa dan kita sendiri kene tingkatkan ekonomi...

Kemaskini dokumen

Salam mesra buat semua pengunjung...kebiasaannya di pagi ahad orang lain bersantai atau berjalan2. Tapi mama izan ambil peluang mentara anak tak bangun lagi dan tak kelam kabut untuk menyediakan anak ke sekolah..dengan mengemaskini segala2 dokumen baik untuk hawami hardware tersayang ataupun dokumen peribadi. Mama izan buat mana yang termampu sebelum projek bt 5, Maran bermula. Kalau tak buat dari sekarang, maknanyer tak menggunakan peluang masa yang ada sebaiknyer. Sebab nanti nak lebih kosentret pada projek tu. Layankan kertas2 yang banyak ni.. Mama izan ingin kongsikan beberapa sifat yang perlu ada dalam diri seseorang untuk transformasi diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnye. Dan sifat2 ini ade dalam diri suami mama izan. Sifat2 ni ialah 4B yang terdiri daripada berani mencuba, berdisiplin, bersemangat, bercita2 tinggi. Tanpa sifat 4B ini transformasi mungkin berlaku tapi untuk jangka masa pendek sahaja. Mama izan berharap agar kita sama2 mentranformasikan diri kita untuk mer...

Masih Ketinggalan zaman..

Salam buat semua teman2.. Sebenarnye perkara ni dah lame ade dalam minda ni..tapi tak terluah dan tak berkesempatan nak kongsikan. Kalo dibiarkan rase rugi pula x kongsikan dengan semua rakan2. . Ade sebuah kolej ni ambil barang untuk belajar sistem paip di kedai mama izan, dan semua urusan dilakukan oleh lecturenyer iaitu seorang wanita yang lebih kurang mama izan usianya. . Dan ade beberapa barang yang diminta tak de di kedai kami, pastu suami mama izan pun cari di semua kedai hardware yang ade kat termerloh ni, tak jumpe. Cakap kat lecturer tu tak de, lecturer tu nak juga, sebab die kata ade lam silibus pembelajaran. . Dengan kesabaran suami mama izan, cari di seluruh kilang2, kedai hardware kejuruteraan di mentakab pula, ternyata barang yang diminta tiada. Sampailah ke satu tempat ni, tokey tu kata "..aiya..ini balang sudah 5 tahun tarak guna lagi, sudah guna lain balang lagi senang.."..tergamam suami mama izan. . Jadinya, suami mama izan pun berdiskusi dengan lecturer tu...

Testing

Salam buat semua. . Mama izan saje ni nak testing gadget baru ni. .Nak wat 'live entry'. . Kekonon jerk. .Ape ke mendenyer yer. .Surprise. .Ahaks. Nanti ade mase mama izan citerlah erk. .kongsi info pasal new gadget ni. . Ok gak kecik,fully touch screen. . Now bertambah berat handbag mama izan dengan gadget baru ni. Ok. .Jumpa lagi,wassalam

Terima kasih rakan2..

Salam buat pengunjung semua... Erm..mama izan nak ucap trime kacih kepada rakan2 yang selalu sangat nak tahu pengalaman berniaga ni. Mereka ni selalu message kat FB, kalo nak ikutkan tahap mane sangatlah mama izan leh crite kat FB tu. So, mama izan gagahkan diri buat blog, sekurang2nya leh juga bagi panduan untuk mama izan, anak2 dan sesiapa saje yang nak kan ilmu ni.. Sebelum ni, mama izan hanya membaca blog rakan2 sajer, ingatkan senang sangatlah mendenya nak dibuat. Agak susah gak kalo x bersungguh2. Banyak kene belajar nak hasilkan blog mama izan sekarang ni. Memang kekok sangat dulu, lame dok ngadap komputer sebab nak buat gak blog ni, sampai kul 2, 3 pagi dok buat blog..bersemangatlah katakan. Anak2 dah tido baru boleh melayan blog ni. Now dah ade just update jerlah pengalaman or ceritera hidup kami. Terima kasih juga kepada silent reader, sebab kehadiran anda menaikkan traffik kat blog nih secara tak langsung. Kot2lah satu hari nanti dapat duit kopi dari NUFFNANG kan..rezeki jan...

sudah terlambat...

Salam manis buat semua... Mama izan now kat jenderam..selangor, jenderam ni 15 min ke putrajaya, 15min ke bangi, 15 ke nilai, 15 min ke KLIA...kiranya tempat strategiklah nikan..so..kalo lek sini memang berjalan sakan. . Semalam dengan x sabarnyer nak bershoping bawang2..tapi terlambat sudahh...uhuk...uhukk Bawang putih sekilo rm7, bawang besar rm4 lebih sekilo...tapi stil murah dari temerloh..so, mama izan pun belilah stok untuk sebulan. . Ternampak lak fitti basic..ade offer rm24.5 untuk saiz M,L dan XL. Mama izan pun beli gak untuk stok. Walaupun abang pakai cloth diaper tapi kalo travel pakai disposable diaper. murahlah ni..now harga biase RM29 tapi kuantiti dikurangkan 10 pcs. . Kiranya ape2 mende pun skarang ni memang dah naik harga. Mama izan tidak tersilap langkah semasa wat keputusan nak gunakan cloth diaper...JIMAAAT sangat2. Sebab harga barang2 semakin hari semakin naik. Sedangkan dengan cloth diaper ni leh pakai sampai umur 3, 4 tahun. . Mama izan rase nak wat n3 pasal peng...

Hasad dengki dan iri hati

Salam semua...hasad dengki dan iri hati ni , sume ade perasaan macam ni betul x?Angkat tangan sape yang rase2 hatinya suci dan bersih. Mungkin ade tapi orang yang bagaimana ya. . Ada baik dan ade buruknya berhasad dengki, yang baiknya dengki yang merubah kita jadi baik. Macam mane erk..? Begini, jika seseorang itu selalu dengki dengan kebaikan dan sopan santun seorang wanita ni, jadinya die nak lebih baik dari wanita itu. Ataupun mamat tu rajinnyer pergi ke surau, aku pun mesti lagi rajin. . Dalam perniagaan pula memanglah ade dengki2 ni, tapi janganlah pula kita menganiayai orang yang didengki tu. Kebanyakannya orang melayu berdengki sesama sendiri. Banyak saya dengar cerita pasal ni. Mereka yang berdengki tu guna ilmu hitam supaya kastemer tak nampak kedai yang didengki tu. Bukankah perbuatan ini berdosa. . Masyarakat Cina pula lain halnya mereka berdengki cara baik, bukan cara karut macam masyarakat melayu buat. Ini realitinya. Sebelah kedai kami dulu cina, mereka dengki sebab ramai...

Kini bermula..

As salam buat teman2... Bermulalah lembaran baru ceritera hidup kami untuk tahun 2011. Saya agak terkejut dengan berita yang menyedihkan..arnab kami coco telah mati kerana mengalami cirit birit yang teruk. Rakan niaga sebaris dengan kami iaitu Zhuan Yi telah menutup kedainya. Mama izan idak lah tahu ape masalahnya. Mungkin kastemer kurang dan jualan tidak meningkat atau hanya statik sahaja. Kami pun risau juga keadaan seperti ini berlaku. Diharapkan kami dapt bertahan dan akan bertambah maju. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kedai ni jual segala aksesori bilik mandi yang harganya dari medium duty ke heavy duty. Setiap tahun gaji pekerja akan naik, jika jualan setiap bulan hanya statik sahaja macam mana nak bertambah2 untung. Tahun ini kami naikkan lagi gaji pekerja mengikut prestasi dan kehidupan semasa. Ternyata taraf hidup semakin meningkat rentetan kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain. Bagaimana dengan majikan seperti kami, perbelanjaan semakin bertambah setia...

Hancur harapan kami

Salam buat semua pembaca blog ni..kalo adelah peminatkan..perasan jer.. Tetiba lak mama izan teringat kisah yang lalu.mana xnyer...jualan cat nak dapat sorang sehari pun susah gara2 sudah ade pusat cat berkomputer warna impian kat bandar Temerloh ni. Kononnyer dulu hasrat kami nak jadi pusat cat sebab mase memula meniaga dulu xde lagi yang wat secara besar2ran. Beginilah caranya orang cina nak matikan melayu, mereka bersaing cara sihat tapi kita x leh nk lawan gak. Dasyat tau jualan cat merudum hingga 50%. Diorang ni nak jual cat sama jenis xperlahkan.. ..tp jual dengan harga peruncit dapat dr pembekal..jdnyer kastemer complainlah kami jual mahal..sedangkan kami jual ikut harga pasaran..memang kacau betullah. Warna impian tu blehlah jual murah sebab PIL die pembekal hardware dan cat terbesar kat Temerloh ni. Mase tahun 1 xde aper pun. Maybe PIL die bengang dengan kami, jdnyer buka kedai cat sama jenis. Nak tahu citernyer teruskan baca yer.. Tahun 2008 bulan April hingga julai kami trai...

Rokok vs makanan

Salam ceria buat pengunjung blog mama izan..semoga semuanya dalam keadaan sihat wala'fiat.. Tetiba nak cite pasal rokok2 ni..malam ni mama izan rase x berselera nak makan nasi..agaknyer dah pening dok ngira dari pagi tadi.Jadinya suami tanya nak makan apa??terkebil2 mama izan..a..a..makan pizza beli yang regular..erm..rase cam mahal jer kan..tp sebulan skali jer makan fast food nyer. Beli pizza dengan add ons nyer RM24 makan 2 orang..kenyang..alhamdulillah..kalo diorang ni share duit sorang RM12 dapat kekenyangan seperti kami ni.. Tapi staff2 ni perabih duit bli rokok sehari RM10..kalo bagi makanan sket jer diorang jammah. Rokok lagi sedap..ntah braper x lah suami mama ni bagi nasihat..tapi diorang wat dek jer.. Sorang staf tu dah tentu2 memang sakit jantung sebab merokok tapi rokok gak yang dipilihnya..pernah skali diserang sakit dada..sampaikan tak larat nak inform mama izan tak dapat datang kerja..puaslah mama call die,call tunang die tapi tak berjawab.. last2 call ayah die..dah...

Luahan hati vs rungutan

Salam ukhuwwah fillah... Semoga pengunjung blog ini sihat wala'fiat.Mama dah tak tahan dengan apa yang terkandung dalam benak fikiran ni.Jadinya mama nak kongsikan dengan rakan2 yang sudi membaca.Semua yang mama akan catatkan melalui pemerhatian dan pengalaman mama.Mama juga rase terpanggil untuk kongsikan semua ini kerana mereka yang bukan terlibat dalam bidang perniagaan tidak tahu selok belok dan protokol dalam perniagaan,kami juga sering disalahtafsirkan oleh ramai orang.Sesiapa saje nak merasai yang kami rase boleh baca catatan ini tanpa rase bersalah. Kenaikan harga minyak memang betul2 menguji kesabaran kami melayan kerenah kastemer yang tidak faham.Tapi suami mama tetap sabar.Kalo mama nak je cakap ..en.kalo nak murah pegi KL belilah .Memang di KL murah berbanding temerloh.Mama dah tinggal di Selangor selama 27 tahun dan baru 3tahun tinggal di temerloh,tahu sangat harga2 barangan ni.Buah rambutan kat sini sekilo RM5, di KL sekilo RM2/3..beza RM2 .Stakat nak beli 2,3 kilo,ma...

Disebalik kesabaranku..

Salam semua..diharapkan semuanya sihat sejahtera.. Mungkin ada yang tertanya-tanya,mengarutlah mama ni..mana ade oven harga bawah seratus sekarang.Segala-galanya mahal,biskut raya pun mesti maahaal juga.Jadinya tahun ini saya berhajat nak buat biskut raya sendiri,lebih puashati.Sebelum ini saya pinjam MIL saya punya peralatan,tapi sejenis biskut sahaja memandangkan ketika itu Amirul budak yang jenis nangis saja.Suami saya survey harga sana sini..harga RM130.Bajet tiada jadinya saya bersabar.Semingu lepas itu,saya pergi membeli barang..kedai sebelahnya kedai letrik jadi suami saya masuk kedai letrik tu..alangkah terujanya saya bila suami beritahu saya oven RM99 sahaja.Tanpa berfikir panjang saya pun terus beli kerana niat asal saya begitu. Inilah dia oven yang saya katakan..jenama Pensonic. Oven..19L Saya mencuba buat muffin coklat,tapi xsempat nak snap..sebabnya tak sabar nk makan.Beberapa hari lepas itu,saya buat kek coklat pula..alhamdulillah..menjadi.. Inilah rupenyer kek coklat sa...