Skip to main content

Disebalik kesabaranku..

Salam semua..diharapkan semuanya sihat sejahtera..

Mungkin ada yang tertanya-tanya,mengarutlah mama ni..mana ade oven harga bawah seratus sekarang.Segala-galanya mahal,biskut raya pun mesti maahaal juga.Jadinya tahun ini saya berhajat nak buat biskut raya sendiri,lebih puashati.Sebelum ini saya pinjam MIL saya punya peralatan,tapi sejenis biskut sahaja memandangkan ketika itu Amirul budak yang jenis nangis saja.Suami saya survey harga sana sini..harga RM130.Bajet tiada jadinya saya bersabar.Semingu lepas itu,saya pergi membeli barang..kedai sebelahnya kedai letrik jadi suami saya masuk kedai letrik tu..alangkah terujanya saya bila suami beritahu saya oven RM99 sahaja.Tanpa berfikir panjang saya pun terus beli kerana niat asal saya begitu.
Inilah dia oven yang saya katakan..jenama Pensonic.

Oven..19L



Saya mencuba buat muffin coklat,tapi xsempat nak snap..sebabnya tak sabar nk makan.Beberapa hari lepas itu,saya buat kek coklat pula..alhamdulillah..menjadi..

Inilah rupenyer kek coklat saya..resepi saya ambil dari http://www.mesra.net/




Tidak puas makan lagi..jadinya saya buat kek coklat moist sempena menyambut hari lahir suami saya En.Aminudin B. Mat Hussin pada 3 ogos yang lalu..saya berasa sangat2 puashati kerana buat kek sendiri.Mentega dan gula saya kacau guna senduk kayu kerana tiada mixer(pengadun).

Walaupun sudah ade oven tapi tak lengkap kalau tiada 'mixer'.Kami pergi ke tesco minggu lepas..mixer pensonic,RM95...dah ambil tapi tak jadi beli..kata suami susah kalo nak repair..jauh..saya ok sajer.Di sini suami saya beli mixer jenama pensonic juga dengan harga RM79..sangat2 murah..tidak sia2 saya bersabar..mungkin inilah hikmah disebalik kesabaran saya.



Pengadun jenama pensonic


Setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya."Dan sesungguhnya setiap kesulitan itu ada kesenangan"..dua kali disebut dalam surah al-insyirah.

Semoga menjadi iktibar kepada mereka yang kurang sabar..wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .