Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hawami hardware
Alhamdulillah ..masih kita dapat bertemu..sekarang ni, pekerja bertukar ganti, jadi mereka belum lagi boleh ditinggalkan untuk melayan kastemer dan tak tahu gune sistem POS. Makanya, saya akan bergilir dengan suami semasa suami nak makan dan solat. Dan bila mana saya yang jage kedai semua anak2 ni pun sama turun dan melakukan kerja2 yang tak pernah saya suruh..sabooo jerlah. Mereka adalah pekerja kurang mahir yang sangat rajin dan kreatif, menggunakan barang2 dalam kedai sebagai alat permainan mereka. Aniq Farhan pun join skali. Ni tengah dok atas meja nak "menolong" mamanya scan barang. Gambar kat bawah ni pula, amyra dan fariz sibuk buat kek kononnya, dengan menggunakan cutting disk dan end cap pvc. haa..nilah rupernye kek yg mereka buat... Setiap kali supervisor cuti mama izan ni memang akan keletihan yang tak dapat nak digambarkan. Bukannye letih layan kastemer yang ramai, tapi letih dok mengemas segala menda2 yang anak2 main. Saya mohon ...

Staff vs barang hardware

Alhamdulillah..bisnes berjalan lancar sehingga hari ini. Walaupun kene menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dari segala aspek. Masalah pekerja yang tak lekat. Cukup sebulan dah macam2 hal, macam2 penyakit yang ade, semalam puas saya memikirkan apa masalah utama yang tak lekat tu. Semalam saya mengemas serba sedikit beberapa barang yang tak sempat staff saya susun dengan lebih teratur dan menarik, kebetulan pula aniq farhan tido, jadi saya gunakan kesempatan yang ada. Tak naklah nanti kastemer kata yang bukan2, bersepah... dan memudahkan kastemer untuk memilih barang2. Lepas tu saya terfikir, betapa 3 kali ganda barang2 yang ade dalam kedai berbanding 3 tahun lalu, memanglah staff yang baru jadi stress, banyak mende nak kene ingat.  Kami pula seolah2 memberi tanggungjawab kepada mereka melayan kastemer dan leh adjust harga. Mereka jadi serba salah dan bila melakukan kesilapan mereka jadi tertekan. Jadinya Saya berbincang dengan suami, kalo kita tengok pekerja2 di kedai...

Hawami Hardware genap 3tahun..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia kedai yang diusahakan kami. hero2 saya ni memang suke dok depan pintu,susah kastemer nak masuk.. Syukur sangat2, kami ingin mengembangkan perniagaan ini yang dirancangkan sejak akhir tahun lepas tapi masih dalam proses..diharapkan semoga segala proses2 yang perlu dilalui dipermudahkan. Sempena menyambut ulang tahun yang ketiga ini kami pun mengubahsuai sedikit pintu masuk kedai. Rak untuk display segala macam jenis kepala paip dari RM20 hingga RM300, pilih jerlah mana yang nakkan. Single, double, flexible sume ade dan akan ditambah lagi jenis dan rupa bentuk dari masa ke semasa bergantung kepada bajet. Kami juga telah bawa masuk toilet bowl satu set dengan pam dengan pelbagai pilihan warna. Rupa bentuk toilet cangkung pun akan ditambah juga. Sinki ceramic, aluminium, stainless steel, besar, kecil dan yang berkaki juga ada. Harga dari RM40 hingga RM900, kepelbagaian ini perlu kerna setiap kastemer mempunya...

Decoder cctv baru

Salam mesra buat semua..alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan.. Kelmarin kami ke bilut, bentong untuk mengambil decoder cctv yang baru untuk hawami hardware tersayang yang boleh online. Memang Target tahun ni pun nak upgrade cctv, setakat ni baru beli decoder yang baru, lagipun yang lame dah rosak. Harga lebih kurang rm1300 tapi kami dapat harga kengkawankan yang sangat murah. Pasni akan tambah lagi 4 camera kat kedai, bertambahlah mata2 kami jika kami tiada di kedai. Cctv yang lame tak boleh online, jadinya upgrade dengan beli yang boleh online..so, bila balik kampung atau pergi jenjalan lehlah kami tengok cctv. Staff ni kita tak boleh nak percaya 100% walaupun seolah macam bagi 100% kepercayaan. Saya hanya mendengar perbualan suami dan en. Akbar. Dari hanya bisnes kedai komputer, kini sudah meluas bidang bisnesnya. Perkhidmatan buat cctv, auto gate, sistem UBS dan macam2 lagi. Projek bukan setakat ribuan jer malah sehingga puluhan ribu. Kesimpulan dari perbualan mer...

Lori delta baru

Salam mesra buat semua...Kami aterasa amat gembira kerana lori yang kami impikan sudah berada dalam genggaman. Mungkin ade yang kata "lori..ape sangatlahkan ..".Tapi bagi kami amat2 bermakna, dahlah nak dapatkannya pelbagai onak duri yang perlu kami lalui. Walaupun ianya sebuah lori tapi harganya same lebih kurang macam Mr.hilux tu. Dengan adenye lori ni, kami berharap agar pintu2 rezeki yang lain akan kami dapat buka. Kita ni orang muslim memang kene banyak berusaha dan berdoa untuk dapatkan sesuatu. Sekiranya kita dah berdoa dan bertawakkal tapi Allah tak beri bukan bermakna Allah tak sayang, tapi mungkin belum sampai masanya atau tidak baik untuk kita atau kita akan dapat yang lebih baik dari itu. Dan jangan mudah putus asa, jika tidak dapat melalui pintu pertama, cuba pintu kedua. Mama izan rase nak dapatkan lori ni pun yang pintu entah keberapa. Alhamdulillah...kami sangat2 bersyukur. Kalo ikut perkiraannya esok lori baru siap. Tapi semalam mereka hantar ke kedai. inil...

Proses rumah..kedai..

Salam buat semua pengunjung.. . Uishh..lamernyer mama izan tak update erk..maklumlah seminggu akhir tetiap bulan memang bznyer mengalahkan YB. . Mama izan wat proses bersihkan umah, dok lap habuk2 yang melekat kat barang2, buang sesawang. Bila wat kerje2 umah, kerja2 ofis hold dulu..kecuali kalo ade mende2 penting, mama izan akan terus buat.. . Tapi kalo bab2 mengemas mainan or kusyen yang berselerak..ikut moodlah..sebabnyer bila dah kemas, x sampai 5 minit pun dah bersepah lek..wat penat badan jerkan. Tapi kalo tak kemas bila kita jalan terpijak serpihan mainan kita gak yang sakit..betul x?? . Malam ni akan bertolak ke klang..lamer tul xlek klang...memang kami bz sket dengan projek luar..esok akan ke jenderam pula, umah PIL mama izan.Rasenyer kalo bukan sebab nak setelkan PTPTN ujrah tu..kami x balik kot...sebab banyak mende nak prepare kat kedai.. sebab CNY kali ni cuti 4 hari berturut2, bayangkan betapa ramainyer kastemer nanti..maklumlah..kami nilah satu2nyer kedai hardware diy kat...

Tukar2 tempat

As salam buat semua.. Apelah mendanyer yang bertukar2 tu ye..Sebenarnya dah lame sangat dok tayang cat2 offer kt pintu masuk kedai, dah tinggal sikit pun cat offer tu, ralatlak kan bila kastemer tanya x banyak pilihan. So, mama izan pun cadangkan kat bos a.k.a suami mama supaya letak segala macam toilet bowl dr dok kat belakang xde sape yang perasan. Kalo kastemer tanya baru tunjuk, jadinya ramailah yang tak tahu kami ade jual. inilah pintu masuk kedai mama izan Walaupun tidaklah ade hari2 yang beli, tapi sedikit banyak orang yang lalu lalang nak pegi KFC tu , ternampak aksesori toilet tu ..jadi tersimpanlah dalam kepala mereka. Manalah tau sok , lusa, tulat ke toilet pecah or nak wat umah ke..lehlah beli kat kedai ni. kakilima kedai, hujung skali KFC, sebelah ni, Ayamas..bagus x?? Tips berniaga: 1. Ubahsuai kedai anda dalam jangka waktu tertentu supaya kastemer tak boring dan staf x boring. 2. Tukar banner sekurang2nya 6 bulan sekali bergantung kepada bajet kedai anda . Insyaallah kal...

Hawami Hardware

Hari ni anak bangun lewat dan suami pepagi dh pegi hantar barang.Emm..tak taulah saya mcm mana rakan2 berblog saya seolah tidak berkesempatan..adakah saya tak pandai urus masa..sila bagi komen kwn2 atau pun cadangan. Saya sebenarnya nak cerita barang yang dijual di kedai kami.Barang paling besar ialah cat Sissons yang setaraf dengan ICI dulux..perasan tak??sissons tak buat iklan media massa or papan iklan tepi jalan..sebabnya sissons mementingkan kualiti cat tiada propaganda iklan.Harga lagi murah dari ICI tapi kualiti bagus.Masa suami keje hardware dia jual cat jotun.Katanya macam2 masalah kastemer komen.Cat sissons ni pekat jadinya kalo pandai ngecat sangat jimat xperlu beli banyak nk cat rumah.Rumah saya ni saya yang cat sendri dengan cat sissons.Suami saya memang x sempat macam2 nak diuruskan. Mesin cat sissons untuk bancuh cat. KAmi jual cat sissons sebab cat nippon,jotun,kcc dan lain2 sudah banyak di Temerloh yang kesemuanya dipelopori oleh orang Cina..kedai kami nilah satu2nya ...

Masih dalam ingatan 2008

Hari yg ditunggu2 tiba...maka berlangsunglah perasmian "Hawami Hardware" awal Ogos.Majlis dimulakan dgn solat hajat, bacaan yaasin dan jamuan mkn @ aqiqah anak yang kedua..Amirul Fariz.Saudara mara yg berada sekitar Temerloh datang memeriahkan suasana.kami juga mengundang rakan2 niaga yg lain yg sebaris dgn kedai kami. fuh...leganya rase mase tue..taapi...barang lam kedai masih perlu disusun mengikut kategori..sbbnya masa pindah main taram saje atas rak.. Selesai majlis..semua pulang..hanya tinggal kami sekeluarga...kami rehat sehari menanti hari Isnin ..bagaimana agaknya sambutan disini...risau tapi sentiasa berdoa. Saya mula mengemas barang2 manakala suami dikaunter dan membuat apa2 yg patut.sambutan baik jika nk dibandingkan dengan kedai lama.. Tiba waktu masak naik atas dan masak serta makan bersama anak2...kemudian saya jaga kedai dengan anak2(jika x tidur)...suami pula naik makan tgh dan solat zuhur. Apb anak2 tidur saya buat operasi mengemas sehingga kul 12malam..rest ...

Al-kisah 2008

Salam semua.. Oleh sebab ramai yang tanya macam mana saya boleh tinggal di Temerloh,jadi saya pun buat blog ini untuk kongsi bersama rakan-rakan yang berminat. Bulan april 2008 MIL saya ada singgah ke Temeloh selepas menziarahi anak saudaranya meninggal dunia.Semasa disitu ada kawannya cerita ada orang nak jual barang hardware borong,MIL saya pun pergi tengok..emm dia agak berkenan sebab memang hasrat suami saya nak buka kedai hardware. Mil saya pun cerita dengan suami dan 3 hari lepas tu..pergi ke Temerloh tengok barang2 hardware tu..Jadinya suami saya amat teruja dengan semua itu dan bersetuju membeli borong dengan harga RM70k.Hanya dalam mase seminggu saya kene buat kertas kerja untuk buat loan dengan MIL saya.Ketika itu suami masih bekerja dikilang INgress sebagai supervisor. Segala persiapan dilakukan untuk berpindah ke Temerloh.Saya amat sedih kerana tidak pernah keluar dari Selangor selama 26 tahun..tapi sudah rezeki saya disitu. Dalam perjanjian,sewa atas kedai untuk kami tingg...