Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kisah anak2

Pencapaian anak2 sepanjang 2012

Alhamdulillah...anak2 semakin membesar dan semakin matang. Ceritanya mengenai pencapaian anak2 sepanjang tempoh 12 bulah tahun 2012.  Amyra fariza, semakin banyak menguasai karakter mandarin dan boleh membaca sedikit karakter cina tanpa pinyin. Bagi saya ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan.  Dan sepanjang tahun 2012, k.mia telah merangkul 2 anugerah di sekolahnya...ambooi...macam anugerah berprestij lak gayanya. Anugerah yang dimaksudkan ialah saguhat i dalam spelling bee competition dan johan dalam pertandingan kosa kata . tahniah!! inilah buktinya..ececeh.. Manakala amirul pula masih belum boleh membaca dengan baik..setakat dua suku kata bolehlah. Boleh teruskan usaha lagi. Dari segi iqra' pula sudah tamat iqra' 1. Walaubagaimanapun saya akan sentiasa membantunya untuk menjadi lebih baik. Dan aniq dak kenit pula dah pandai cakap dan banyak pula mulutnya...cumanya saya belum train lagi untuk ke toilet sebab cakap pun masih dalam proses. Na...

Amyra Fariza tamat prasekolah

As salam buat semua pengunjung..alhamdulillah..syukur atas rezekimu ya Allah. Amyra Fariza pun dah habiskan semua pelajaran sekolah tadika di montessori school. Kesan 2 tahun prasekolah ni pada amyra fariza yang sangat jelas ialah dia sudah boleh membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Kalo mamanyer dulu tak pandai lagi nak baca. Kat sekolah ni yang paling saya suke pelajaran matematik, sebab ade belajar gune abacus atau sempoa. Secara tak langsung mama izan pun pandai gak gune abacus ni. Tambahan pula belajar kira kaedah arithmatik membentuk pemikiran yang sangat kreatif. Manakala bahasa cina pula bolehlah mama izan kategorikan sebagai tahap bawah lagi..sebab dia tak boleh lagi menggunakan bahasa cina di rumah. Kadang2 mama izan guna sedikit sebanyak bahasa cina. Dan banyakkan tonton tv KBS 325 @ astro..supaya dia biasa dengan penggunaan bahsa cina ni. Ade juga belajar sains dan pendidikan moral sedikit banyak membentuk peribadi dia menjadi anak ...
Alhamdulillah ..masih kita dapat bertemu..sekarang ni, pekerja bertukar ganti, jadi mereka belum lagi boleh ditinggalkan untuk melayan kastemer dan tak tahu gune sistem POS. Makanya, saya akan bergilir dengan suami semasa suami nak makan dan solat. Dan bila mana saya yang jage kedai semua anak2 ni pun sama turun dan melakukan kerja2 yang tak pernah saya suruh..sabooo jerlah. Mereka adalah pekerja kurang mahir yang sangat rajin dan kreatif, menggunakan barang2 dalam kedai sebagai alat permainan mereka. Aniq Farhan pun join skali. Ni tengah dok atas meja nak "menolong" mamanya scan barang. Gambar kat bawah ni pula, amyra dan fariz sibuk buat kek kononnya, dengan menggunakan cutting disk dan end cap pvc. haa..nilah rupernye kek yg mereka buat... Setiap kali supervisor cuti mama izan ni memang akan keletihan yang tak dapat nak digambarkan. Bukannye letih layan kastemer yang ramai, tapi letih dok mengemas segala menda2 yang anak2 main. Saya mohon ...

Kreatifnya Amirul fariz

Salam mesra dan alhamdulillah...masih diberi nafas untuk hidup.. Hari senin yang lalu Amirul fariz ni telah minta lagi perkara pelik untuk dibawa ke sekolah. Nak bawa bekal 4 biji rambutan..memang tak pernah dibuat orang. Papa die kata budak kreatif. Kalo sebelum ni, pakai spec pegi sekolah dan macam2lah. Amirul ni kalo tak penuhi apa yang dipinta, nanti menangis lak..tak pelah selagi tidak merba hayakan dirinya. 4 biji bagi dirinya macam dalam bekas tulah. Tahu perkataan 4 tapi tak tahu apa maknanya. Kadang2 rasa amirul fariz ni kelakar orangnya. Perangai bagusnya, die suke menolong tanpa dipinta. Dengan harapan akan berterusan sikap begitu. Wassalam.

Complicated mandarin

Salam mesra buat teman2 semua..alhamdulillah beberapa keje dah setel.. Kelmarin saya buat kerja rumah amyra bersama2. Ada chinese homework, tentang penjodoh bilangan. Konfius saya, dalam nota tulis lain dalam soalan lain. Mana satu yang betul ni. Contoh: 1. seekor gajah: yi ge..... 2.seekor gajah: yi zhi.... Jadi, esoknya saya jumpe cikgu chinese amyra tanyakan hal ni..memang lam chinese penjodoh bilangan ade banyak untuk sesuatu benda kata cikgunya. Saya tanya macam mana nak tahu bila masa guna yang ni dan yang itu. Kene banyak membaca dan mendengar kata cikgu myra lagi. Cikgu die pun siap bagi cadangan tengok chanel 325 @astro. Saya dah tengok memang jelas sebutannya dan sangat membantu kalo amyra rajin tengok dan dengar. Sebenarnya, saya amat risau kalau amyra masih tak leh catch up, sebab tahun depan fully bahasa mandarin, kecuali subjek bahasa melayu dan pendidikan islam. Sebagai seorang ibu, saya akan membantu dan mendoakan yang terbaik untuk anak2. Kadang2 saya yang pening, ta...

Aktiviti hujung minggu..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan... Oleh sebab amyra tetiap petang menyiram rumput dan pokok jiran sebelah, jadinya saya pun belikanlah pokok bunga untuknya. Selepas bersarapan di restoran "nasi kerabu suka ramai" jalan maran. Amyra asik dok cakap, nak bunga..nak bunga..Lam perjalanan nak lek ke rumah ternampak lak nursery buka di hari ahad. Kami pun terjah lah tanya harga. Tak mahal mana pun..apa lagi terus amik 3 pasu bunga..harga bunga, pasu dan tanah rm30. Seronok tak terkat anak2 ni..sesampai jer kedai..memasing dah tak sabar nak main tanah. Layankan jerlah. Saya pun boring gak dok terperap kat atas macam burung merpati. Jom tengok gambar yang sempat suami saya ambil sepanjang aktiviti menanam pokok bunga.. dah siap 3 pokok bunga bougainvilla Cukuplah untuk kali ini..anak2 dah minta susu ..k..wassalam

Buku untuk anak2

Salam mesra buat semua...anak2 kalo dibawa kekedai mainan dan sebagainya, mesti nak mainan kan. Kalo dibawa ke kedai buku..adakah mereka berminat?? Nak ceritanya..beberapa minggu yang lepas kami ke Kuantan atas urusan rasmi. Dah setel sume urusan tu..kami bawa anak2 ke kedai buku popular. Tak disangka sungguh teruja mereka. Minat juga. Saya sebenarnya nak cari kamus bergambar bahasa mandarin supaya senang nak ajar amyra dan sebagai bahan rujukan tambahan. Saya pun tahu mandarin sketlah sangatnyer. Saya pula yang melebih2 risaunye samaada amyra leh tak nk catch up mandarin bila sudah masuk sek ren cina nanti. Kat bawah ni buku yang amirul pilih sesuai dengan minatnye..takkan kita nak beli buku yang die tak minat..nanti jadi tak minat nak membaca..betul x? b uku untuk amirul Kalo kamu nak tahu, semua jenis traktor dalam buku ni, saya blajar dulu mase amik kejuruteraan biologi. Bolehlah ingat sesketkan..tapi xde maknenye..bukannye saya nak bawa traktor. Sewa back hoe sehari rm450..banyak ...

Bergaya dengan baju baru

Salam buat semua..2minggu PIL mama izan mengerjakan umrah rase macam sekejap jer. Adelah sedikit buah tangan untuk kami anak beranak. Mama izan dan amyra dapat jubah. Manakala amirul dan aniq baju ala2 punjabi gitu. Suami mama izan pun ade gak jubah..tapi tak muat daa. 2 tahun lepas mak dan ayah mama izan mengerjakan haji..baju yang mereka belikan pun masih tak pakai lagi. Mama izan pakai jubah masa pregnen jer, tapi insyaallah akan memakainya jika menghadiri majlis yang bersesuaian. sengih je aniq comei je mereka bertiga ni..berderet Insyaallah, jika sudah sampai masanya kami akan mengerjakan haji juga..wassalam

Kini tidur berasingan..

As salam buat semua... Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat dihati ini bila tidur bersama. Kini terasa lega bila sudah berasingan. Tapi hati ni terasa gak sedikit sedih bila berpisah bilik..tapi apakan daya tak mampu nak menahan kehendak masing2.. Kalaulah rakan2 yang rapat baca n3 ni sure dah tangkap lelehkan..apalah dah jadi dengan mama izan nih..xde angin dan ribut tiba jadi serba tak kene... Relax rakan2 ini bukan cite mama izan dan suami tapi cite pasal anak2 yang ade kehendak sendiri..memasing nak tilam sorang satu, jadinya berpisahlah dan tido berasingan. memula nak asingkan tu, jenuh juga, tiap kali nak tidur nak masuk bilik mama dan papa. 3 harilah meneman tidur, dah tidur mama pun masuk bilik sendrilahkan. . Terasa sunyi lak xde senda gurau anak2 sebelum tido. Aman jer rase, ni yang risau ni kot bertambah lagi sorang. Bukannya menolak rezeki tapi keadaan tidak mengizinkan lagi. Daripada anak2 tak terlayan dan mama dan papa nyer sibuk sekarang ni, lebih baik bereha...

minat baju cam princess

Salam buat teman... Amyra ni kalau mama izan nk shopping baju, mesti die pun nak baju cam princess. takde pun mama izan ajar, inilah die citarase seorang anak...selagi masih boleh dedah2 ni biarkan jerlah...biar puas pakai macam ni kecik2..nanti dah besar dan diwajibkan menutup aurat kenelah ikut. . Mama izan pun jelaskan kat die.."..nanti dah besar macam mama pakai macam ni kat umah jer, nak kuar rumah kene pakai tudung.."..walaupun die tak faham, tapi kita kene sentiase sedikit demi sedikit terapkan perkara2 yang wajib die lakukan bila besar nanti. . Aksi2 amyra fariza dengan baju princesnyer... . . minat menari.. . . ape yang peliknyer aniq ok..wassalam..

Aniq 1 tahun ++

Salam buat semua pengunjung... Sejak 2 menjak ni xde cite hangat lak. So, nak cite pasal si kecik comel mama izan ni. Aniq ni dah masuk tahap kenakalan kanak2. Suke sangat memanjat, pastu jatuh nangis...panjat lagi. Tak serik2.. . Dah pandai main kete kecik ni..kete dari zaman kak mia lagi..elok lagi ha..cuma stereng dh pecah..papa pun repairlah..letak paip fitting..dah name pun tokey paipkan..kalo boleh sume2 mende yang rosak guna paip fitting. Sampaikan tudung periuk nasi pun guna paip fitting..ha..ha.. nampak mama pegang handphone, die sibuk turun nak amiklah tu.. . . . Main slide pun dah boleh sendiri , x nak mama pegang. Actually playground ni sesuai kanak2 yang berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Tapi aniq ni baru 1 tahun 3 bulan..dah rancak main. Buaian tu bukan stakat duduk jer..berdiri2 pun berani..kuat tempuhi cabaranlah kononnye.. . . . jerit tanda kepuasan.. Kalau ade mende2 yang aniq nak, mama x kasi, dah pandai mengamuk berguling2 dan berenang di atas lantai. Abih dilapnyer ...

Blue riding hood

Salam ceria buat semua.. Anak2 ni macam2 jerlah nak dimainnyer. Actually diorang ni tak pernah pun tengok cite red riding hood tuu..Dengan baby Aniq pun dibuatnyer camtu gak, sebaik Aniq sporting jer layan kakak mia. Kononnyer baju hujan, pakai tu kurang kene hujan. Comei gak diorang pakai macam ni kan.. . ni dah macam zoro pun yer gak.. . alala..cutenyerlah..jalan terkedek..lari2 anak.. semata2 nak bergambar..pegang aniq sampai macam tu.. Mama izan biarkan ajer diorang ni nak main ape2, tapi kalo mende yang merbahaya, tajam memang jangan haraplah. Biarlah mereka berimaginasi dan berkreatif dengan mende2 yang ade kat umah. Cumanya kita sebagai parent pantau mane2 yang patut. Bila dah seronok main dan penat, mulalah dihasut setan, nak gaduh jer. Bab gaduh2 ni memang mama izan tak tahan, so menyingalah mama ni..tak pun memasing dapat cubitan bertuah. kekadang mama redakan sebabnya, kekadang Amirul nak kakak ikut cakap die, yang kakak lak ade cara die tersendiri. Bab2 ni, kalo papa ade,...

Tatkala hero2ku bersama

As salam..buat sume pengunjung setia teratak ini.... Untuk kali ini ingin mama bercerita tentang kerenah hero2 mama izan ni di waktu pagi. Iaitu semasa kakak mia disekolah. Biasanye kak mia akan ganggu or kaco diorang ni nak "wat keje". . Baby aniq mama izan dah latih minum susu formula..tak kan nak menyusu badan sampai besar. So, kene latih dari awal supaya dapat biasakan pegang botol sendri. Sebelum ni memang cabaran, die tak nak langsung minum susu botol. . Elok jer nampak minum susu sesama..kalo mase abang mengusik habih melalak2 aniq tu. . Tengok tu ntah watperlah dengan hanger tu..dah sudah main nanti bersepah2..terbongkok2lah mama nak mengutipnyer mase nak sapu sampah. Kononnya nak mancing ikan..ye..ye..oo..jer ni. Anak2 ni macam2 ragam..biarkan jerlah main..jangan main yang merbahaya sudah. kalo kak mia dah lek sekolah lagilah bertambah huru haranyer umah ni. Kusyen2 tu mesti dok kt lantai sumer, mainan2 lam kotak berterabur kat lantai..kalo mainan memang dah bersepa...

Virus flu

Salam buat teman2..diharapkan semuanya sihat wala'fiat.. Bulan disember ni terkenal dengan musim tengkujuh..yang mana leh dikatakan tetiap hari hujan. Dan banyaklah daerah2 yang mengalami banjir. Tahun 2007, bandar temerloh juga banjir kerana air sungai dah melepasi tahap selamat..melimpah. Semenjak mama izan tinggal disini, xde lagi berlaku banjir, diharapkan tidaklah berlaku kali ini. Ni gambar jeti sg pahang di Temerloh..sebelum tenggelam.. kat sinilah tempat anak2 main sementara tunggu mama check up mase pregnenkan aniq dulu. kata amyra "nak main kat ball2". Ha..banjir ke Temerloh?? Tekejut lak sume orang nanti, ni jeti di sungai pahang, disember 2008, musim hujan dah tenggelam tempat ni. Tapi bandar Temerloh tak banjir, orang2 di sini kata, kalo air sungai dah sampai tenggelamkan bumbung tempat nih, makanya kebarangkalian nak banjir tu memang tinggi.(sesekali guna ayat statistik). Perubahan cuaca yang agak ketara menyebabkan sistem badan mengalami kejutan maka senan...

Concert and Graduation Day 2010

Salam mahabbah buat semua teman2 seperjuangan... Pada 21 Nov 2010 yang lalu Amyra fariza telah menyertai persembahan tarian untuk hari penyampaian hadiah di sekolahnya untuk murid2 6 tahun. Setiap kelas akan mempersembahkan tarian memasing. Masa memula sampai tu hepi jer Amyra ni...pastu cikgu die pun tambah aksesori kat baju die tu..mama izan nak pegi ke dewan, menangis die nak ikut.Ok..ikut duduk skali majlis pun lagi setengah jam nak mula. Agak2 dah nak mula majlis papa pun hantar lah amyra ke blakang dewan..melalak lari ke mama izan..adoilah manje sesangat..lagipun baru 1st time takut gak kan..at last papa die suh cikgu pujuk..sebaik die nak kalo tak..tak dapatlah mama tengok anak mama ni perfomkan. Antara lagu2 tarian yang dipersembahkan ialah "I like a move it", "beat it", "no body" dan banyak lagi. Kelas amyra buat tarian lagu "beat it" iaitu lagu michael jackson. Walaupun pada mulanya menangis tak nak join, akhirnya setelah dipujuk oleh c...

Back hoe ini milik siapa??

Salam mahabbah buat teman seperjuangan... Nape tetiba nak cite pasal back hoe ni?? Amirul anak mama ni memang obses dengan back hoe dan yang seangkatan dengannya. Sampaikan lam tido pun terbawa2kan. Kalo dah nampak mainan back hoe kat pasaraya mesti nak..dari yang sekecil2nya sampailah yang sebesar2nya..banyak gak koleksinya tapi dah terburai. Amirul fariz nih suke sangat kalo mainan die ade skru..sure die amik sendri skru driver kat bawah kedai papa dan buka..tu yang habih terburai..basikal kakaknyer bakul pun dibukanya..lampu moto mainan pun sama gak..sampaikan extention wayar yang papanya skru ke dinding pun die nak buka. Makanya, birthday amirul yg ke-3 tahun kami belikan mainan back hoe dengan die2 skali leh naik. Macam manelah agaknye ruper back hoe ni yer. Jap mama uploadkan ehh.. Ha..jeng..jeng...comeel x? sesuaikan dengan diaper amirul tu..bukanyer mama sengaje pakaikan..terkebetulan jer nih.. Tengoklah berposing sakan dengan back hoe barunyer. testing .. penuh dengan gaya te...

Sudah bergigikah baby aniq??

Salam ukhuwwah fillah buat teman seperjuangan... Dalam diam rupenyer sudah bergigi baby mama izan yang sorang nih..Memang sudah menjadi kelaziman yang anak2 mama ni tumbuh gigi lewat ..setahun lebih baru kuar..padahal sakit dah berbulan2 berlalu.. Tapi tak bermakna gigi tumbuh lewat..lambat rosak..lewat ke, cepat ke tumbuh kalo malas dan tak mahu berus gigi tetap gak rosakkan..anak2 mama ni memang tak nak berus gigi...kene paksa sampai melalak2...amyra ok dah..amirul..payah sangat..mama izan ni tak nak lah anak2 sakit gigi kan. Mama izan bercerita or nyanyilah lagu barneys supaya amirul seronok berus gigi. Seorang ibu kene pretend macam2kan supaya anak2 gembira..kengkadang rase cam badut lak walaupun sedih stil wat2 cam gembira. kene geletek..baru leh snap gamba 2 batang gigi aniq Baby aniq ni mase memula tumbuh gigi memang 2 batang gigi skali gus kuar..cepat...kakak dan abangnyer kuar satu persatu. Maybe adelah hikmah disebaliknye...moga2 hikmah yang baik2 sahaje. ok..cukup takat ni....