Skip to main content

Aniq 1 tahun ++

Salam buat semua pengunjung...

Sejak 2 menjak ni xde cite hangat lak. So, nak cite pasal si kecik comel mama izan ni. Aniq ni dah masuk tahap kenakalan kanak2. Suke sangat memanjat, pastu jatuh nangis...panjat lagi. Tak serik2..
.
Dah pandai main kete kecik ni..kete dari zaman kak mia lagi..elok lagi ha..cuma stereng dh pecah..papa pun repairlah..letak paip fitting..dah name pun tokey paipkan..kalo boleh sume2 mende yang rosak guna paip fitting. Sampaikan tudung periuk nasi pun guna paip fitting..ha..ha..


nampak mama pegang handphone, die sibuk turun nak amiklah tu..
.
.
.
Main slide pun dah boleh sendiri , x nak mama pegang. Actually playground ni sesuai kanak2 yang berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Tapi aniq ni baru 1 tahun 3 bulan..dah rancak main. Buaian tu bukan stakat duduk jer..berdiri2 pun berani..kuat tempuhi cabaranlah kononnye..
.
.
.



jerit tanda kepuasan..

Kalau ade mende2 yang aniq nak, mama x kasi, dah pandai mengamuk berguling2 dan berenang di atas lantai. Abih dilapnyer lantai dengan baju, bersih lantai umah..

Ramai anak macam2 ragam..memang pening kepala ni 24 jam dok ngadap anak2. Tapi kekadang kalo sumenyer tido awal, mati kutu lak mama ni, keboringan..

So, gunakanlah kesempatan yang ade untuk melakukan ape yang kita nak buatkan..

ok, beginilah kisah anak2, wassalam..




Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...