Posts

Takasima TK-112C untuk di jual

Image
Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai.
Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Image
Selamat bertemu lagi:).
Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. .
Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak.
*Dah siap.
.
Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya.
Jumpa lagi di lain resepi:)


Kek brownies chewy gooey yummy

Image
Alhamdulillah...lama sungguh tak update blog. Tetiba rasa nak kongsi beberapa bulan lepas cik zan teringin sangat nak makan Kek chewy gooey yummy brownies.
.
Cik zan pun google mencari resepi yang sesuai dengan situasi cik zan.
.
Inilah resepinya http://mummyaza.blogspot.com/2015/02/resepi-chewy-gooey-brownies.html?m=1.
.
Taraaaa..inilah hasilnya. Cik zan buat bersama2 dengan k.mia.


Kek brownie menjadi. Boleh cuba lagi lain kali.
.
Pada siapa2 yang nak mencuba boleh try klik link ni.
http://mummyaza.blogspot.com/2015/02/resepi-chewy-gooey-brownies.html?m=1.
.
Jumpa lagi😊

Banjir di Temerloh 2014 hari ke-6

Image
Alhamdulillah masih byk nikmat yg perlu disyukuri.
Sedih bila baca komen2 yg menyalahkan mangsa banjir xbersedia.. dari segi stok makanan.

Kita ini siapa yg tahu bila banjir besar ini akan berlaku?
Macam kami bersedia juga alih barang dlm stor setinggi paras dada..namun banjir telah menenggelamkan stor dan air naik dlm kedai seinci dua(menurut rakan niaga yg berada di temerloh).

Mungkin tmpt yg biasa banjir pun dah bersedia sedikit stok mknan sbb banjir kecil pun masih ade yg berniaga. Tp kali ini bah besar yg boleh dikatakan temerloh lumpuh sepenuhnya. Dan kedai2 runcit di tmpt2 tinggi mungkin sudah habis stok.

Bkn masanya menyalahkan sesiapa tapi bantulah mereka.Mereka sudah hilang tmpt tinggal...nak pulih mungkin ambil masa berbulan..bertahun. Tunjuklah simpati oada mereka.

# berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
# pray4temerlohdansemuamangsabanjir.

Coretan hari ke-6 banjir di Temerloh 31/12/2014.

Ceritera Raya yg lama dah berlalu

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ni😊
Dah nak setahun mama izan tak menulis apa2 di blog. Semoga mama izan diberi kerajinan untuk menulis perkara2 bermanafaat buat semua. Pengalaman juga ilmu kan? Kita takkan dapat pengalaman tanpa kita laluinya dan ia sangat2 berharga untuk lebih maju dlm hidup.
Mama izan belanja gambar Raya Eidulfitri yg lalu. Kami memilih tema warna biru menunjukkan kedamaian..ketenangankan.

Raya kali agak berbeza dari sebelumnya kerana family mertua buat lemang sendri..2 kali buat dlm masa seminggu sungguh laris.
Mama izan pun 2 kali masak rendang ayam.
Ceritera kami raya eiduladha pula agak simple.Kerana keadaan agak kelam kabut. Namun mama izan dapat juga masa rendang..kuah kacang dan roti jala. Roti jala paling laris sampai nk berebut dgn anak2. Gambar pun tiada ya. Dah kata keadaan x macam biasa.
Cukup sehingga kini..wassalam😀


GraDuation Day 2013

Image
Alhamdulillah.. Abg Amirul dah selesaikan pra persekolahannya. namun begitu, cuti sekolah ni, setiap hari kene belajar membaca. Supaya pembacaannya lebih baik lagi dan memudahkan abg amirul belajar semasa di darjah 1. Abg Amirul juga seperti kak mia, akan bersekolah di S.J.K (C) Khee Chee Temerloh. Jom kita tengok sendiri gambar2 sekitar hari graduasi abg amirul november yang lalu.






Sehingga kita berjumpa lagi dengan perkongsian lebih bermanfaat insyaAllah. wassalam. 

"Aniq is 4..Congrate"

Image
Alhamdulillah...moga kita mendapat rezeki yang bermanfaat setiap hari dan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. " Selamat Ulang Tahun yg ke-4 Tahun Buat Aniq Farhan " Semoga Aniq bertambah cerdik, bertanggungjawab, pandai berdikari yer. Juga semoga menjadi anak yang soleh dan boleh jadi imam..aamiin Walaupun kami suami isteri agak sibuk masa tu namun saya meluangkan sedikit masa untuk menyambut hari kelahiran aniq. Menu utama ayam bakar rosemary, side dishes coleslaw, jagung kukus, kek...heheh..
Rasanya cukup setakat ini. Semoga berjumpa lagi, wassalam..