(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Sunday, October 11, 2015

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:).
Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal.
.
Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak.
.
Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti.
.
.
Resepi roti gulung sosej.
.
*Rebus sosej terlebih dahulu.
*pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti).
*Perasakan dengan garam.
*Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian 
*Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan.
*Kemudian, gorengkan sehingga masak.
*Dah siap.
.
Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya.
Jumpa lagi di lain resepi:)


No comments:

Post a Comment