Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Buku untuk anak2

Salam mesra buat semua...anak2 kalo dibawa kekedai mainan dan sebagainya, mesti nak mainan kan. Kalo dibawa ke kedai buku..adakah mereka berminat?? Nak ceritanya..beberapa minggu yang lepas kami ke Kuantan atas urusan rasmi. Dah setel sume urusan tu..kami bawa anak2 ke kedai buku popular. Tak disangka sungguh teruja mereka. Minat juga. Saya sebenarnya nak cari kamus bergambar bahasa mandarin supaya senang nak ajar amyra dan sebagai bahan rujukan tambahan. Saya pun tahu mandarin sketlah sangatnyer. Saya pula yang melebih2 risaunye samaada amyra leh tak nk catch up mandarin bila sudah masuk sek ren cina nanti. Kat bawah ni buku yang amirul pilih sesuai dengan minatnye..takkan kita nak beli buku yang die tak minat..nanti jadi tak minat nak membaca..betul x? b uku untuk amirul Kalo kamu nak tahu, semua jenis traktor dalam buku ni, saya blajar dulu mase amik kejuruteraan biologi. Bolehlah ingat sesketkan..tapi xde maknenye..bukannye saya nak bawa traktor. Sewa back hoe sehari rm450..banyak

Testing...

Testing untuk hari ini..blog saya mengalami masalah setting untuk beberapa hari.Harap tetamu blog tidak rase kesunyian..macamlah ade peminat erk..banyak pengalaman dan cerita tentang keluarga saya ingin saya kongsikan kepada yang berminat. Terima kasih kepada yang sentiasa menyokong saya..terutama suami saya yang tercinta yang menggalakkan saya untuk terus menulis walaupun saya amat2lah bz ketika ini. Dengan harapan, tulisan hari ini, dapat mengubat kerinduan teman2..yang tertanya2 kemana menghilangnya saya..insyaallah ade umur dan rezeki jumpe lagi..

Arnab ND yang baru

Salam buat semua teman2..lamenyer saya tak tulis sesuatu dalam blog ni..kesunyian bagi yang gemar ke blog ini. Saya sedang sibuk dengan permohonan sijil dari kementrian kewangan. Jika kesempatan akan saya kongsikan bagaimana nak buat permohonan ni. Berbalik kepada cerita untuk kali ini, ingin saya tunjukkan arnab ND yang sebenar. Arnab ni kami beli di shah alam dengan zulrabbitry (facebook). Harga boleh rujuk mana2 penjual arnab hanya google saje. Amyra bagi nama toto dan titi. Saya rasa x sabar anak mereka nanti macam mana..mesti comelkan. Tapi barulah berusia 1 bulan setengah. Moh layan gambar arnab2 ND ni. yang ni jantan / toto dari dekat si titi ni betina besar tapak tangan saya jer.. Harapnyer arnab2 ni dapat membesar dengan cepat dan sihat. ok.. wassalam

Selamat Hari Ibu

As salam buat semua...rasenye tak terlewat untuk mama izan ucapkan "Selamat Hari ibu" buat mak dan mak mertua mama izan dan kepada semua yang bergelar ibu. Sebenarnya mama izan tak ingat pun tarikh hari ibu. Mase hari jumaat haritu, mama izan tunggu amyra lek dari sekolah kat kedai, balik menaiki van sekolah. Sesampai je, mama "Happy mother's day"..a..a..thank you2 kata mama izan kepada amyra. Mama izan yang blur sebaba tak ingat. Bukan setakat itu siap dengan bunga buatan sendiri, lagilah terharu. Bagusnye kat sekolah cikgu mengajar anak2 supaya menghadiahkan sesuatu untuk menghargai pengorbanan ibu kepada mereka. Walaupun hanya hasil dari "finger tip" namun mama izan tetap gembira kerana ianya tetap "hadiah" yang sangat berharga. amyra dengan hasil kerjanya inilah hadiah daripada amyra untuk mama izan kad yang tertulis " happy mother's day" from amyra..thank you so much.. Marilah sama2 kita berdoa setiap hari "Ya Allah, a

Resepi mudah: sambal udang

Salam mesra buat semua..dikesempatan masa yang terluang ingin mama izan kongsikan resepi dari air tangan mama izan yang diadaptasi dari resepi2 mereka yang berpengalaman. Resepi sambal udang: Bahan2nya: * 1kg udang sederhana (dibuang kepalanya) * 3 ulas bawang putih ditumbuk. * 1 labu bawang besar dihiris. * cili giling ikut suke * sedikit air asam jawa * 1 biji limau nipis * Garam dan gula secukup rasa. Cara memasak: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai garing. Kemudian masukkan bawang besar. Bila agak layu masukkan cili giling. Kacau sehingga cili pecah minyak. Masukkan air asam jawa. 2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 3. Masukkan udang, agak2 berubah warna keorenan bolehlah perahkan limau nipis. Kacau dan biarkan merenih sehingga 2 minit dan tutup api. Nota: Jangan masak udang terlalu lama kerana nanti akan kecut. Biasanya mama izan masak udang 2 minit selepas warna udang berubah mama izan terus tutup api dan rasanya memang lembut dan sedap. Selamat mencuba.

Bersyukur dengan apa yang ada

Salam mesra buat semua..Mama izan ingin kongsikan apa yang terkandung dalam kepala mama izan nih. Selama ini merasakan kenapa orang itu ade ini ade itu, kenapa saya takde. Kurang ade lebihan wang untuk berjalan2an. Rasa macam indahnya hidup mereka ade banyak duit nak ape2 sume boleh dapatlahkan. Tapi bila melihat ujian yang mereka hadapi sangat2 hebat, adakah saya bila berada di tempat mereka boleh menghadapinya dengan tabah. Ramai yang mama izan kenal banyak duit, tapi anak takde atau seorang sahaja. Memang semasa kecil rase macam susah sangat nak menjaga dan mendidik anak2, mungkin kelebihannya bila mereka sudah besar nanti, Di saat kita sedang sakit atau sudah tua badan sudah tidak berdaya, ade yang boleh menjaga kita pula. Kebanyakannya punyai anak yang ramai tapi kewangan tidaklah begitu banyak. Menghadapi cabaran mendidik anak2. Manakala sebahagian lagi punyai harta yang melimpah ruah, menghadapi dugaan hebat buruan perompak dan sebagainya. Dan mungkin hati mereka tak tenteram. P

Majlis bertunang kazen

Salam mesra buat semua...minggu lepas mama izan balik ke n9 kerana ade majlis pertunangan kazen mama izan. Tahniah diucapkan kpd azue. Lama sungguh tak balik ke n9. Hampir 2 tahun. Banyak sangat perubahan, jalan masuk ke FElda bukit jalor dah macam hiway. Pastu ramai peneroka dan ubahsuai rumah jadi banglo sebijik. Termasuklah mak sedara mama izan, besar sungguh rumahnya. anak2 pun seronok bermain disitu. Berkawan dengan sepupu mama izan yang berusia 4 tahun dan 2 tahun, anak kepada mak sedara mama izan yang bongsu. Ramai juga dapat jumpa dengan mak2 sedara, seronok tengok mereka sihat. Mama izan masa kecik2 dulu dengan azue ni memang rapat, sebab tiap kali cuti sekolah mesti balik rumah arwah wan yang selang sebuah rumah dari rumah azue. Paling rapat dengan kakaknye. Kadang2 tido rumah diorang, malas nak lek umah wan dah penat bermain. Teringatlah dulu kecik2 dok merayap tepi2 semak, tangkap rama2, pepatung..main baling selipar, baling tin, ting2,bola tampar..aish kiranya macam2lahkan

Bergaya dengan baju baru

Salam buat semua..2minggu PIL mama izan mengerjakan umrah rase macam sekejap jer. Adelah sedikit buah tangan untuk kami anak beranak. Mama izan dan amyra dapat jubah. Manakala amirul dan aniq baju ala2 punjabi gitu. Suami mama izan pun ade gak jubah..tapi tak muat daa. 2 tahun lepas mak dan ayah mama izan mengerjakan haji..baju yang mereka belikan pun masih tak pakai lagi. Mama izan pakai jubah masa pregnen jer, tapi insyaallah akan memakainya jika menghadiri majlis yang bersesuaian. sengih je aniq comei je mereka bertiga ni..berderet Insyaallah, jika sudah sampai masanya kami akan mengerjakan haji juga..wassalam

Arnab ND yang ingin dibeli

Salam mesra buat semua...Arnab kami dah semakin membesar, barulah tahu mane jantan mana betina, rupa2nya dua2 jantan daa. patutlah tak bunting2, penat nunggunye.. Jadi suami mama izan bagi arnab yang berwarna hitam kepada sepupunya yang ade arnab betina. Arnab yang berwarna putih sayang nak bagi kat orang. arnab putih ni bukan Nd daa, ape ntah mama izan tak ingat. Sekarang ni dalam usaha mencari pasangannya, nak cari arnab Nd, susah betul nak cari arnab ND yang harganya berpatutan. Sumenyer main ratusan dan ade yang ribuan. kenangan semasa berdua Nape yang suami mama izan suke sangat arnab ND ni?? Sebab arnab ND tak besar2, hanya 2 tapak tangan mama izan jer besarnya sampai ajalnya. Jadi kami tak perlukan ruang yang banyak kalo dah beranak pinak nanti. arnab dah ade penjaga baru Selain itu, bulunye yang gebu membuatkan kita suke jer nak tengok. dan lebih comel dari arnab biasa. Suami mama izan memang suke dengan haiwan2 ni. Kalo boleh ayam pun beliau nak bela tau..Rajin betul membe

jawatan kosong bersepah vs minyak TAK turun..

Salam buat teman semua...tanpa disedari usia perkahwinan kami sudah mencecah 6 tahun pada 1 Mei yang lalu...Alhamdulillah semoga mendapat keredhaan dan keberkataan dalam perhubungan ini. Sepanjang perjalanan ke kedai tadi mama izan ternampak banyak iklan jawatan kosong yang dilekatkan di depan kedai peniaga. Mama izan terfikir kenapa keadaan ini berlaku, sedangkan ramai anak muda yang berpeleseran di pusat membeli belah dan yang merayau2 tiada arah tuju. Apa yang mama izan dapat katakan memang gaji pembantu kedai tidaklah sampai RM1k dan kerja lebih masa pun bukan senang nak dapat. Jadi tak hairanlah kalo mereka2 ini mencari kerja lain yang lebih menguntungkan. Bukanya ape, tapi himpitan ekonomi terhadap rakyat dengan kenaikan harga minyak yang melonjak tak sudah2. Dan seterusnya harga makanan serta barang keperluan harian memang akan naik sebab setiap manusia di Malaysia ini menghadapi keadaan yang sama. Ramai yang beranggapan keadaan ini biasa dan kita sendiri kene tingkatkan ekonomi

KLcc di malam hari

Salam ceria buat semua....walaupun setiap kali lek ke kampung kat klang atau sepang, tapi anak2 tak kenal KLCC. Maklumlah tinggal kat temerloh. Jadi, untuk memenuhi kehendak amyra yang sangat nak tahu pasal KLCC ni, kami pun bawa anak2 jalan2 di KLCC di malam hari. Masa ni malam selepas hantar mak ke KLIA di paginye..nak lek ke Temerlohlah ni, singgah sekejap. Puaslah hati anak2 dapat melihat sendiri KLCC dari dekat. Kagum jer diorang, maklumlah kat temerloh paling tinggi pun 5 tingkat jer. Dah jalan2 kat taman tu, semuanye kelaparan, so jalan2 masuk dalam dan makan. Kami bergambaran didepan KLCC... Amyra yang amik gambar ni.. Anak2 dok nengok air pancut, sebab tu sume pandang belakang.. Mama izan harap amyra berpuashati. wassalam..