Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Ikan bakar di Tanjung lumpur, Kuantan

As salam buat semua rakan2..didoakan semuanyer sihat alhamdulillah.. Semalam hari ahad kami tak merancang pun bawa anak2 kemana2. Suami mama izan berhajat sekiranya jualan semalam melebihi dari target makanya, beliau nak menjamu staff makan2 kat tanjung lumpur, kuantan. . Dah kul 6 ni tapi jualan biase saje..tak disangka kul 6 lebih, sudah melebihi target..suami mama izan call mama..suh ready nak ke tanjung lumpur. Jadinya bertolak dari temerloh kul 7 malam lebih kurang. . Memang tersangat gamblenyer, pegi jenjalan tanpa rancang, jauh lak tu lam 1 1/2jam. Kami kuar di tol gambang..sebabnya dari gambang ke kuantan lam 30km..sedangkan dari tol gambang ke tol kuantan 30km dan dari tol kuantan ke bandar kuantan 20km..jimat masa dan tol..actually kami baru jer tahu hal ni..sebelum ni gi kuantan kuar kat tol kuantan..aish..rugi betullah. . Sampai kat tanjung lumpur lam kul 9.15 mlm..mama izan pun pegilah memilih2..erm x banyak ikan..dah habis. So, ikan siakap stim limau,sotong goreng tepun

Damai laut, perak (Bhg.2)

Salam buat teman2 seperjuangan semua, didoakan semoga semuanya sihat wala'fiat. Maklum sajalah perubahan cuaca dari sejuk ke panas ramai yang terkena batuk dan selseme. Kami sefamili, alhamdulillah sihat. Nak ceritanyer di Lumut sangatlah panas..sampaikan bibir anak2 mama izan pecah2. Xtvt hari sabtu tu, pepagi dah pegi amik umi dan terus gi lunch kat restoran silaturrahim, dekat dengan kuarters TLDM...memang banyak jenis lauk, rambang mata nak makan ape..air pun macam2 jenis dan rase... . Dah kenyang kami pun meronda2..memula pegi ke teluk batik..adoi kene bayar park..so kami x masuklah..pastu menuju ke marina island..pulau buatan ni..tapi tak siap sepenuhnye lagi..kat sini pun ade jeti naik feri ke pulau pangkor dan jaraknyer lagi dekat berbanding jeti di lumut. Mama izan memang x dapek nak snap picca coz baby aniq xreti dok diam. Kalo nak diciterkan marina island ni macam kat putrajaya lah lebih kurang.. bukan itu aje..marina water park pun ade juge. . Kami tingin gak tengok tem

@ Damai Laut,Perak (Bhg. 1)

Salam buat rakan2 semua... Memang tepat jangkaan kami, akan kebizian setelah pulang dari bercuti. So, update blog bila ade kelapangan atau pun perkara2 yang ingin saya kongsikan. Tak naklah bahasakan diri mama izan..cam tua sangat jer..padahal baru 30 tahun.Tapi kalo rakan2 selesa dengan panggilan ni..it's ok.. . A week after CNY haritu, kami pergi ke damai laut perak..melalui genting, rawang..jauhnyerlah sampai 5 jam lebih..sampai nak sakit badan2. Kami pun lunch kat mcD teluk intan..kul 5 bertolak ke sitiawan lak..ingatkan dekat jer..rupernyer 1 jam baru sampai..pastu trus ke damai laut..jalan nak masuk resort punyerlah adventure..dilereng bukit..jumpe lak villa terbengkalai dengan semak samun..lagilah mendebarkan..betul ke ni or kene tipu..dahlah keliling hutan belukar saya cakap kat hubby.."..bang..ni kalo xde resort ni tepaksalah tumpang umah adik ni..". . Kami teruskan perjalanan sampai hujung jalan..mujur..ade rupernyer swiss garden resort..memang cantik tempatnyer

luahan hati..

Salam buat semua... Terkadang hati ini tertanya2 kenape itu dan ini terjadi pada saya, untuk apa.? Adakah segala dugaan dan ujian ini saya boleh hadapi, saya pun tak pasti. Tapi setakat ni saya masih boleh bersabar. Lagipun dah tak larat nak marah or ape sebab menambahkan penyakit darah tinggi sahaja. Harap saya boleh didik hati supaya bersabar walaupun rase perit seperti hempedu.. Saya sudah tahu akan akibat sesuatu perkara yang akan saya lakukan itu, dan amat2 giler jika saya sengaja lakukan perkara itu, dan bila ianya berlaku diluar kawalan saya manusia yang amat lemah. Saya seorang wanita yang amat lemah dari segi fizikal, apalah daya saya untuk menahan jika ade kesakitan yang perlu saya tanggung.Seriusly, saya amat lemah,maklum jerlah sudah beranak 3,sistem badan tak kuat dah kecik molek jer. Saya harap masih waras lagi dan bersabar dari melakukan perkara2 tak sepatutnye. Hanya kepada Illahi saya mengadu dan berserah..

Preparation holiday..

Salam buat teman2.. Alhamdulillah masih sihat untuk pergi bercuti. Mase CNY haritu busylah sangat, cian anak2 dok terperuk jer kat umah n temerloh ni. So, tgahari ni kami akan bertolak ke Damai laut, lumut, perak. . Kami bercuti 3 hari, 2mlm. Actually kami dapt voucher free daripada Swiss Garden. Rasenyer mase nilah kami sesuai pegi bercuti. Insyaallah projek besar akan menyusul bulan April akan datang. Elok sangat merehatkan minda ni. . Jadi sesape ade area Manjung, Sitiawan, Teluk senangin, Lumut then ternampak mama izan and famili jangan segan2 tegurlah erk. . Kalo mama izan rajin, mama izan akan wat live n3 di sana nanti. Mama izan rase x sabar sebab x pernah lagi pergi ke situ, harap2 menarik seperti yang dikhabarkan.Menikmati ciptaan Allah dan menggembirakan anak2. . Sekian,wassalam..

Kelebihan Samsung galaxy tab

Salam buat teman2 semua.. Sebelum ni mama izan ade cite yang hanbeg mama izan dah sarat sangat. Erm..bolehlah kot mama izan kenalkan gadget baru kami ni..suspen kan..adakah ini hadiah birthday mama izan akan datang atau memang sebagai gadget baru kami. Kalo tahun lepas hadiah birthday netbook..tahun ini wallahua'lam..mama izan xkisah..apa yang mama izan harapkan semoga mama izan kekal jelita di mata suami dan suami mama izan menyayangi mama izan dan anak2. Mesti tak sabar nak tahukan...perlu ke mama izan bagi tahu sekarang yer. Perlu kot supaya rakan2 tahu sekiranya n3 mama izan pendek je dan x bape tersusun maknenyer guna gadget barulah tu untuk update blog. Mama izan sendri x bape mahir lagi guna, tapi kakak mia pandai dah, main game, baca buku katanya. Die sangatlah suke touch screen ni. Dulu2 mamanyer aino ericson die yang lelebih.Yang bestnyer leh snap picca and call pun boleh. Besarnyer lebih kurang 2 tapak tangan mama izan. Rasenyer ade rakan2 yang dah leh teka. Macam i-pad.

Kini tidur berasingan..

As salam buat semua... Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat dihati ini bila tidur bersama. Kini terasa lega bila sudah berasingan. Tapi hati ni terasa gak sedikit sedih bila berpisah bilik..tapi apakan daya tak mampu nak menahan kehendak masing2.. Kalaulah rakan2 yang rapat baca n3 ni sure dah tangkap lelehkan..apalah dah jadi dengan mama izan nih..xde angin dan ribut tiba jadi serba tak kene... Relax rakan2 ini bukan cite mama izan dan suami tapi cite pasal anak2 yang ade kehendak sendiri..memasing nak tilam sorang satu, jadinya berpisahlah dan tido berasingan. memula nak asingkan tu, jenuh juga, tiap kali nak tidur nak masuk bilik mama dan papa. 3 harilah meneman tidur, dah tidur mama pun masuk bilik sendrilahkan. . Terasa sunyi lak xde senda gurau anak2 sebelum tido. Aman jer rase, ni yang risau ni kot bertambah lagi sorang. Bukannya menolak rezeki tapi keadaan tidak mengizinkan lagi. Daripada anak2 tak terlayan dan mama dan papa nyer sibuk sekarang ni, lebih baik bereha

Masih Ketinggalan zaman..

Salam buat semua teman2.. Sebenarnye perkara ni dah lame ade dalam minda ni..tapi tak terluah dan tak berkesempatan nak kongsikan. Kalo dibiarkan rase rugi pula x kongsikan dengan semua rakan2. . Ade sebuah kolej ni ambil barang untuk belajar sistem paip di kedai mama izan, dan semua urusan dilakukan oleh lecturenyer iaitu seorang wanita yang lebih kurang mama izan usianya. . Dan ade beberapa barang yang diminta tak de di kedai kami, pastu suami mama izan pun cari di semua kedai hardware yang ade kat termerloh ni, tak jumpe. Cakap kat lecturer tu tak de, lecturer tu nak juga, sebab die kata ade lam silibus pembelajaran. . Dengan kesabaran suami mama izan, cari di seluruh kilang2, kedai hardware kejuruteraan di mentakab pula, ternyata barang yang diminta tiada. Sampailah ke satu tempat ni, tokey tu kata "..aiya..ini balang sudah 5 tahun tarak guna lagi, sudah guna lain balang lagi senang.."..tergamam suami mama izan. . Jadinya, suami mama izan pun berdiskusi dengan lecturer tu

Gambang Water Park

Salam buat pengunjung blog mama izan... . Hari selase yang lepas mama izan dan keluarga bermandi manda di gambang nih. Sebenarnya tak plan pun nak pegi..yang nak peginyer sis ipar mama izan...so anak2 dah dengar nak main air..dan dengan harusnya mereka pun nak ikut. Makanya, mama izan dengan sabarnya menyediakan pakaian salinan dan aksesori anak2 untuk dibawa. . picca dari pintu masuk waterpark ni.. . . mama izan berpakaian rona purple.. . . Rasenyer ramai lagi tak sampai ke situ kan. Tempatnyer 30 min dari Kuantan dan 1 jam dari Temerloh. Nak masuk dalam tu sudah semestinya kene bayar dulu, untuk dewasa RM21.90 dan kanak2 yang tingginya lebih 90cm, RM14.90. Memang berbaloi pun sebaba ade banyak tempat untuk main, lebih kurang 5 bahagian untuk main air, antaranya coco beach, penguin island, 6 lane racer slides, pool dan slides for kids. . . penguin island . . ikan besar kat atas tu akan simbah air bila dah penuh..memang fun lah.. . . amyra merengek, papa letak die ke tengah..slide for

Testing

Salam buat semua. . Mama izan saje ni nak testing gadget baru ni. .Nak wat 'live entry'. . Kekonon jerk. .Ape ke mendenyer yer. .Surprise. .Ahaks. Nanti ade mase mama izan citerlah erk. .kongsi info pasal new gadget ni. . Ok gak kecik,fully touch screen. . Now bertambah berat handbag mama izan dengan gadget baru ni. Ok. .Jumpa lagi,wassalam