Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Sambutan hari lahir amyra fariza yang ke-6 thn

As salam buat semua...alhamdulillah kini amyra sudah berusia 6 tahun..moga jadi anak yang soleh dan bijaksana..ameen.. November lalu sepupu amyra buat birthday party, so kami pun menumpanglah celebrate birthday amyra skalikan.Amyra request nak bawa kek ke sekolah, jadinya yang di rumah ni, mama wat kek batik jer.. Yang penting kek ni habis, erm..biskut marie disalut coklat mesti bebudak suke.Edible image ni mama tempah kat edible print.  Dah alang2..letak gak gambar aniq, sebab kat langkawi haritu tak dapat nak celebrate birthday aniq kerna memasing muntah dan cirit. boleh tahan gakkan. .  yang ni kek ameer.. adam,amirul dan amyra erm..aniq tido masa nih... Pastu..selang 2 hari celebrate kat sekolah pulak. Bawa kek dan sedikit buah tangan untuk kawan2 amyra.. kek secret recipe..edible imagenyer berkedut..tak tahulah nape..tp diorg bg free jer.. amirul melayan perasaan.. nyanyi lagu..zhu ni sheng ri kuai le 4x.. gam

Graduation day amyra fariza & amirul fariz

As salam buat semua pengunjung...graduation day ni pada 20 nov yang lalu. Tak sempat nak tulis dengan cepat sebab banyak pula kerja di kedai. Amirul fariz pun buat persembahan. Tak sangka mama, fariz buat dengan bersungguh2..apabila terjatuh, cepat2 die bangun. Papa pegi cari tempat duduk, mama pula siapkan amyra dengan baju recycle..mama buat simple jer..tema lebah..guna kain dan baju2 yang dah lame..kepak buat dengan plastik. bilik menunggu..fariz dan kawan2.. fariz buat persembahan "twist2 hop2.." gitulah lagunye..  Pertunjukan fesyen recycle yang dibuat oleh mak2 pelajar..kreatifkan mereka ni... amyra dengan baju lebah.. budak lelaki pula tema robot, super hero, sponge bob.. Dah siap pertunjukan fesyen tu, mama terus ke belakang pentas untuk menyiapkan amyra dengan pakaian tarian pula..sebab cikgunye tak cukup staff..nak disiapkan dalam masa yang singkat. amyra dan kawan2 tengah tunggu untuk buat persembahan. persembah

Amyra Fariza tamat prasekolah

As salam buat semua pengunjung..alhamdulillah..syukur atas rezekimu ya Allah. Amyra Fariza pun dah habiskan semua pelajaran sekolah tadika di montessori school. Kesan 2 tahun prasekolah ni pada amyra fariza yang sangat jelas ialah dia sudah boleh membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Kalo mamanyer dulu tak pandai lagi nak baca. Kat sekolah ni yang paling saya suke pelajaran matematik, sebab ade belajar gune abacus atau sempoa. Secara tak langsung mama izan pun pandai gak gune abacus ni. Tambahan pula belajar kira kaedah arithmatik membentuk pemikiran yang sangat kreatif. Manakala bahasa cina pula bolehlah mama izan kategorikan sebagai tahap bawah lagi..sebab dia tak boleh lagi menggunakan bahasa cina di rumah. Kadang2 mama izan guna sedikit sebanyak bahasa cina. Dan banyakkan tonton tv KBS 325 @ astro..supaya dia biasa dengan penggunaan bahsa cina ni. Ade juga belajar sains dan pendidikan moral sedikit banyak membentuk peribadi dia menjadi anak

Cuti di Langkawi-Bahagian2

Alhamdulillah...sambungan episod lepas cuti di langkawi. cantik sesangat pemandangan dari bilik hotel bay view, langkawi ni. Terdapat banyak kapal layar yang ade kat pesisir lautan kat bandar kuah ni. Kami bersarapan sambil menikmati pemandangan nan indah ni. pandangan dari bilik hotel bay view, tingkat 7 Pastu saya menoleh ke kanan, nampak pula swimming pool. Kalo anak2 nampak ni, sure nak mandi..takde lah xtvt nak berjalan2 di langkawi ni.Erm..amyra bangun..tengok kat tingkap...dah nampak.Puas pujuk, mandi kolam esok jer, harini nak naik "cable car"..pegi "underwater world"..island hopping..bla..bla.. kolam renang ni kat tingkat 4, patutlah tak nampak kat lobi.. Saya pun terus menyiapkan anak2 dan segala aksesori untuk di bawa. Sebab nak pegi tempat naik cable car jauhnye lebih kurang 45km dari hotel. Dalam perjalanan, anak2 diam jer..mengantuk mungkin. Saya pun cam pening je..jalan bengkang-bengkok. Sesampai jer kat tempat parking
Alhamdulillah ..masih kita dapat bertemu..sekarang ni, pekerja bertukar ganti, jadi mereka belum lagi boleh ditinggalkan untuk melayan kastemer dan tak tahu gune sistem POS. Makanya, saya akan bergilir dengan suami semasa suami nak makan dan solat. Dan bila mana saya yang jage kedai semua anak2 ni pun sama turun dan melakukan kerja2 yang tak pernah saya suruh..sabooo jerlah. Mereka adalah pekerja kurang mahir yang sangat rajin dan kreatif, menggunakan barang2 dalam kedai sebagai alat permainan mereka. Aniq Farhan pun join skali. Ni tengah dok atas meja nak "menolong" mamanya scan barang. Gambar kat bawah ni pula, amyra dan fariz sibuk buat kek kononnya, dengan menggunakan cutting disk dan end cap pvc. haa..nilah rupernye kek yg mereka buat... Setiap kali supervisor cuti mama izan ni memang akan keletihan yang tak dapat nak digambarkan. Bukannye letih layan kastemer yang ramai, tapi letih dok mengemas segala menda2 yang anak2 main. Saya mohon

Cuti di langkawi-bahagian 1

Alhamdulillah..diberi rezeki dan masa untuk membawa anak2 menaiki kapal terbang.Saya dah check in secara online tiket kapal terbang ni.Senang sket, terus drop bag di LCCT. Lamanyer nak tunggu, pastu delay 15 minit sebab cuaca tak mengizinkan. Pastu nak naik tu jauh juga kene berjalan...hujan renyai2, bayangkan saya dengan dukung aniq, beg bimbit dan pegang payung...harunyer raser. Ini pertama kali naik kapal terbang..macam2 soalan yang anak2 tanya. Pastu, amyra nih sume benda2 lam kapal terbang tu di usiknyer. Sebaik tak minta nak tengok toiletkan. Kami sampai di Langkawi jam 9.15 mlm.Syukur sangat bila menjejak kaki kat lapangan terbang langkawi. Siap bergambar lagi. Anak2 terpegun tengok kapal terbang "besar"..kata mereka..belum lagi tengok yang lagi besar tu.   dah jejak kaki di langkawi... Kami pun mencari2 pak su, tuan punya kereta yang kami nak sewa..tak kenal pun...saya minta suami tepon supaya cepat kami mencari pak su. Lagipun anak2 dah kelap

Rabbit park @ bukit tinggi

Alhamdulillah..kami punyai ruang waktu untuk beriadah bersama anak2. Hari senin yg lalu, cuti birthday sultan pahang. Puas kami fikir mane nak bawa anak2 ni jalan2. Suami saya cadangkan ke rabbit park, bukit tinggi. Erm..oklah..lagipun 45 minit jer dari rumah. Asalkan cakap pegi rabbit park jer, dah xcited anak2 ni. Maklumlah, lama dah tak berjalan2. Mama dan papa sangat sibuk dengan kerja memasing.  Kami biarkan anak2 main2 dengan arnab2...terasa sangat besar arnab2 ni, jika dibandingkan dengan arnab2 kami. Amirul fariz dan aniq sibuk nak bagi arnab2 makan. Tengoklah tu gayanyer.. aniq tak kasi mama pegang plastik makanan tuh..konon macam dah besar.. Kami pun nak tengok dengan lebih dekat arnab yang lain dalam sangkar. Macam2 ade, arnab ND hotot pun ade, tapi besar sangat. Makan apalah arnab2 ni. Layan gambar2 arnab ni... tikus belanda pun ade..sesat agaknyer..tp cute sangat.. kesian burung merak ni..bulunye dah tercabut... Sebenarny

Baby arnab ND dah seminggu

Alhamdulillah..masih diberi nafas..rasenyer cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu baby2 arnab ni. Mk arnab pun pandai menyusukan anak2nya. Arnab menyusukan anaknya dengan berdiri dan anak2nya akan mencari susu mknye. Berbeza dengan kucing, mk kucing akan baring dan anak2nye menyusu. Comel jer dah berbulukan, macam2 corak. hanya sekor arnab yang sudah buka mata.. Banyak pula arnab2 ni. Di mana nak letak yer..erm rasenya lebih baik jual separuh dan yang lain bela. Mk arnab banyak sangat minum air dan makan kerana menyusukan anak2nya. mak arnab ni sangat suka buah2an epal. Walaupun arnab2 ni sihat elok jer, namun risiko untuk terus hidup hanya 70% sahaja. Baby, mudah untuk diserang penyakit.  Pengalaman menjaga mknyer dulu, pernah kene cirit samapaikan kurus tak lalu nak makan. Dan rasenya macam tak hidup lama. Tapi selamat. Arnab2 ni minum air mineral (tapis sendiri), air kat sini terlalu kotor, tak sesuai nak bagi arnab yang manja ni minum. Ok..jumpa lagi

Anak saudara baru

Alhamdulillah..selamat sudah adik mama yg ke-4 melahirkan seorang hero lagi pada 10/10/2011 yang lalu. Rupenyer sama macam abangnyer.  Cumanya, mata baby ni kecil sket dari abangnyer. Ahad lepas mama sefamili melawat anak sedara baru ni di klang. Biasanya, aniq jeles kalo mama pegang baby lain, tapi kali ni sporting jer, macam ade connection jer kan. Walaupun sekejap , tapi dapat gak mama mandikan baby tu. Alahai, senangnyer mandikan, sebab kecik jer dan tak nangis pun. Baby ni tak banyak kerenah macam abangnyer dulu, kuat nangis. Abangnyer, memang mama tak dapat nak dukung, die tak nak..maklum jerlah lek klang pun leh kata sebulan skali, mana nak kenal mak sedara kan..   anak2 mama izan ni xcited nak posing gak..layan jerlah.. Haa..nilah ruper baby baru..namanya..Nazri Haikal.. Ok..rasenyer ini saja untuk kali ini..wassalam..

Arnab ND dah beranak..

Alhamdulillah..berakhir penantian kami untuk melihat arnab ni membiak. Arnab2 ni dilahirkan 15oktober yang lalu dan masanya tidaklah dapat dipastikan. Suami saya perasaan dah kul 9.30 mlm. Agaknyer baru sejam dilahirkan sebab darah masih ade lagi. Kita ni kalo lepas besalin nak jalan pun hati2. Tapi arnab ni..leh lari2 lagi. Suami saya pun asingkan yang jantan. Masa nak asingkan tu puas cari mana yang jantan..tak tahu nak beza. Bila belek2 rupernyer yang perang ni betina sebab ade susuanyer, manakala yang hitam tulah jantan. Masa beli dulu, penjual tu kata yang hitam tu betina. Apabila letak yang arnab ND hitam ni dengan arnab ND hotot putih, yang hitam asik kejar yang putih. Tapi kami wat tak tahu jer. Hari ahad makin dasyat lak gaduh..dah lembik yang putih sampaikan tak lalu makan 2 hari. Seronoknye..ade baka untuk ND ni. Saya tak pasti ND ni besar mana. Tapi suami kata besarnyer macam yang hitam tu..jadi sebesar 2 tapak tanganlah yang dewasa. Arnab yang biasa kami bela