Alhamdulillah..masih diberi nafas..rasenyer cepat sangat masa berlalu. Dah seminggu baby2 arnab ni. Mk arnab pun pandai menyusukan anak2nya.
Arnab menyusukan anaknya dengan berdiri dan anak2nya akan mencari susu mknye. Berbeza dengan kucing, mk kucing akan baring dan anak2nye menyusu. Comel jer dah berbulukan, macam2 corak.
hanya sekor arnab yang sudah buka mata..
Banyak pula arnab2 ni. Di mana nak letak yer..erm rasenya lebih baik jual separuh dan yang lain bela. Mk arnab banyak sangat minum air dan makan kerana menyusukan anak2nya. mak arnab ni sangat suka buah2an epal.
Walaupun arnab2 ni sihat elok jer, namun risiko untuk terus hidup hanya 70% sahaja. Baby, mudah untuk diserang penyakit.
Pengalaman menjaga mknyer dulu, pernah kene cirit samapaikan kurus tak lalu nak makan. Dan rasenya macam tak hidup lama. Tapi selamat. Arnab2 ni minum air mineral (tapis sendiri), air kat sini terlalu kotor, tak sesuai nak bagi arnab yang manja ni minum.
Ok..jumpa lagi..wassalam
Comments
Post a Comment