Skip to main content

Kesibukan minggu ini..

Alhamdulillah...dalam kesibukan menjalani kehidupan di bumi Allah ini..sempat saya coretkan sesuatu disini. Hari ahad yang lalu kami, PIL dan pelukis pelan struktur bangunan bersama2 ke tapak projek untuk melihat struktur tanah dan sebagainya. Menurut kata mereka tidak ada masalah, projek boleh dijalankan.

Selasa, kami pergi berjumpa dengan perancang bandar temerloh untuk melihat kedudukan pelan bangunan di kawasan berkenaan. Dan pelan bangunan itu kene buat 100ft dari longkang tepi jalan besar. Tapi kenapa jauh sangat nanti tak nampak bangunan dari jalan?? Katanya 40ft dari jalan untuk JKR, dan bila tukar status dari tanah pertanian ke tanah perindustrian 60ft lagi diambil.

Kami hairan, tanah sendri tapi banyak sangat undang2 untuk memajukan tanah tu. Seeloknya bantu dan mudahkanlah urusan ini supaya tanah itu cepat dimajukan, taklah jadi tanah terbiar yang lebih 20 tahun tak dimajukan. Syarat2 untuk lulus pelan ini kene minta laluan daripada tuan tanah sebelah kiri atau kanan. Tapi tak semudah itu mereka nak menandatangani surat minta laluan.

PIL saya tak puas hati dan berjumpa pula dengan MPT. Katanya pula, kalo dah tukar status, macam2 nak kene bayar kepada kerajaan yang jumlahnya tidak kurang dari RM30K setahun. Lagi membebankan, x cukup dengan tanah yang diambil, ditambah pula dengan segala bagai cukai dan lesen. Katanya lagi, hanya satu cara saja untuk majukan tanah dengan cepat tanpa tukar status, syaratnya tiang bangunan yang dibina hendaklah daripada besi dan dinamakan bangunan sementara. Walaubagaimanapun, penukaran status tetap akan dilakukan untuk kemudahan dan kesenangan akan datang.

Kesimpulannya, urusan tanah ni bukanlah semudah yang disangka. Tak semestinya tanah tepi jalan besar, sesukahati kita boleh nak buat bangunan tanpa minta kelulusan daripada pihak2 yang berkenaan. Kalo nak senang sangat terpaksalah jadi orang Cina..hulur duit atas bawah. Sebagai orang Muslim sebolehnya elaklah dari melakukan perkara ini. Sekian, wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora