Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Mr. hilux tinggal kenangan

Alhamdulillah..selesai sudah proses penjualan mr hilux. Walaupun agak sedih namun, impian dan tujuan yang akan datang lebih penting. Pertambahan ahli keluarga dan anak2 yang semakin membesar tidak sesuai bg kami untuk menggunakan hilux lagi. Lagipun, tujuan utama membeli hilux adalah untuk menghantar barang2. Sekarang kami dah ade lori untuk tujuan itu. Dan viva untuk kegunaan harian bersama satu famili dan untuk berjalan jauh. Genap sudah mr hilux berkhidmat dengan kami selama 2 tahun 7 bulan. Teringat mase nak beli mr hilux dulu, nak jual satria tapi....nak beli kete sedan dan lori.... besar modalnya..sedangkan masa tu kami baru beberapa bulan berniaga...mane pula nak cari modal untuk beli kereta dan lori sekaligus... Namun kami tetap perlukan kenderaan yg boleh menghantar barang dan untuk kegunaaan harian. Jadi, kami buat keputusan ambil hilux.... Setelah kami memiliki lori beberapa bulan yang lalu, terasa yang mr hilux tidak diperlukan lagi. Sebab sume xtvt lam temerlo

Amirul Fariz sudah 4 tahun

Alhamdulillah...amirul fariz sudah 4 tahun..namun sifat kemanjaanye tetap ade. Majlis hari jadi fariz disambut disekolah bersama rakan2. Fariz sendiri yang minta nak kek ade gambar ben 10 dan nak makan kek dengan kawan2. Saya pun bincang dengan cikgunya waktu bila yang sesuai untuk majlis itu. Sederhana sahaja, kek dan goody bag...party hat,belon dan dekorasi lain tak buat..dan rasenyer tak perlulah.. Ini pun dah membuatkan fariz gembira dan puashati. Layan gambar semasa sambutan hari jadi fariz...  masing2 tengah siapkan keje..   beratur basuh tangan..   siap sudah potong kek..sempat fariz posing.. Bersungguhnyerlah kanak2 ni makan kek..sedap kot..kek coklat secret recipe..memang sedap.. Sekejap jer majlis ni..lam lebih kurang setengah jam..walaupun singkat tapi puashati..dalam keadaan mama dan papa fariz sibuk..sedikit masa terluang ni amat bermakna bagi dirinya.. Semoga amirul fariz menjadi anak yang soleh dan bijaksana..ameen..in

Raya ketiga 2011

Alhamdulillah...kami dapat merealisasikan impian anak2 nak naik "train". Jadi kami keluar lam kul 10 pg ke stesen bangi untuk menaiki komuter. Tapi tidak ku sangka ruper2nyer hari raya lagi ramai orang daa..padat macam sardin.. penuh dengan warga asing (opps maybe mereka sume ni dah ade ic baru..oh..tidak..rakyat malaysia yang asal dalam komuter ni leh bilang dengan jari...)..nk bernafas pun susah. Sampai stesen ape ntah saya tak ingat..komuter brenti lama..drivernyer suh sume wanita yg kat koc len masuk koc wanita...so..berpisahlah saya dengan suami. Lega sket kat koc wanita...tapi ekon rosak daa...berpeluh2 kat dalam tu..saya dukung aniq..jadi dapatlah duduk..ade yang baik hati bagi saya duduk..kejap jer sebab aniq x slese panas..makanya saya berdiri..masa tu kat stesen mid valley...lagi 2 stesen nak sampai KL sentral..saya pun bersabar..anak2 dengan minum milo n makan biskut..lapo.. amirul dan amyra pula duduk sambil makan saya berdiri dengan aniq.

Aktiviti raya kedua 2011

Alhamdulillah..bertemu kembali... Sambung cite pasal raya kali ni. Seperti biasa malam raya pertama kami menziarahi ipar2 dan ibu bapa mereka dan jiran tetangga. Sempat gak Amyra berposing di rumah nenek Klang. Kat bawah ni, Aniq dan Syafiq tengah leka main masak2. Erm..layan jerlah. Aniq dan kazen, Syafiq Syafiq dan aniq lagi..mereka ni beza setahun tapi cam sama jek.. Raya kedua pula kami bawa anak2 ke taman tasik shah alam..bagi mereka lepas hajat nak main playgroung besar. Memang puaslah mereka samapi kepenatan. Dan papa dengan baik hatinya, belanja aiskrim. Dek krane terlalu lapar agaknye eskrim mama dan papa kene rembat oleh anak2. Sabar jerlah... pandangan keseluruhan taman permainan aniq makan sendri, tak nak mama suapkan... bergambar dengan anak2.. mama dan papa sibuk posing, aniq entah kemana..myra amik pic ni..pandainyer.. Dah penat, tentunya lapar. kami teruskan perjalanan ke alamanda putrajaya nak cari makan. Memasing
As salam buat semua rakan2...alhamdulillah di atas segala rahmat, nikmat dan rezeki mu Ya Allah.. Semasa bercuti raya haritu..kami cuti dari hari isnin hingga ahad...lama sangat..makanya..kami bawa sekali arnab2 ke kampung. arnab pun nak beraya jugakan. Kalolah ditinggalkan mahunya mati keras kat umah dengan kelaparan. Tapi risau apabila arnab yang putih tu terbaring jer. Maybe mabuk sebab lalu kat karak. Arnab coklat dan hitam memang beli di Shah Alam, jadi dah ade pengalaman lalu kat karak sebab tu mereka aktif seperti biasa. 2 hari juga nak pulih mabuk tu. Rasanye arnab2 ni seronok dok kampung sebab leh makan rumput israel dan pegaga sebanyaknyer. Boringkan hari2 makan palet jer. Seronok juge dok tengok mereka bermain2 sebab tempat luas. ok..jumpa lagi...

Eidulfitri 2011

Salam mesra untuk semua rakan2...rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan "selamat menyambut hari raya eidulfitri". Seperti biasa pagi raya pertama saya mesti di rumah mertua, petang baru ke rumah ibu bapa saya di Klang. Raya kali tidaklah semeriah tahun lepas, saya pun tak tahu kenapa. Tapi dirumah ibu bapa saya , saya rasalah berhari raya, yang tak tahan tu ada rendang kerang..walaupun resdung belasah jer, xde pantang2..nasiblah gatal seluruh muka. Bagi saya, di hari raya, saya x puas hati kalo xdapat jumpe semua adik beradik, rasa sangat puas bila dengar khabar dari mereka. Mungkin inilah yang dikatakan " air yang dicincang tak kan putus". Sehari sebelum raya saya berhajat nak masak rendang ayam, tapi haritu banyak pula kerja saya pegi setelkan segala bil2, pegi bank dan kemaskini bebrape kerja, sebabnye nak cuti seminggu, kenelah setelkan mana2 yang patut. Dengan nak kemas segala baju2..memang x sempat. Sampai ke umah PIL dah petang, pastu malamnya sibuk pul