Posts

Showing posts from 2012

Resepi tumis petai dan ikan bilis bercili api.

Image
As salam buat semua rakan2....harini saya nak kongsikan resepi goreng petai cincai. Saya tak pernah pun makan sebelum nih. Masa bulan november yang lalu saya lek umah mak kat klang. Pastu mak pun masak hidangan nih. Terus tersuke sama jugalah dengan en. suami. Itu yang saya try masak sendri kat umah...memang sedap.
Ini resepi untuk peminat petai jer...yang tak minat baik x payah buat nanti loya lak..ngeee. Mari saya listkan bahan2nya, sudah tentulah petai, ikut suke nak letak banyak mana, ikan bilis dan bawang besar dan cili api. Senang dan mudahkan.
Memula gorengkan ikan bilis sampai garing tau bukannya hangus. Kemudian ketepikan, dan tumis bawang dan cili api yang telah ditumbuk tadi sehingga agak layu.
 Pastu masukkan pula petai yang sudah dikeluarkan daripada kulitnya. Masak sehingga agak layu kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi...siap.

Inilah rupernyer hidangan simple nih lam pan...
saya suke petai...harumkan toilet jer nih..

Saya harap rakan2 faham cemana nak masak yer. Mem…

Mini playground dipasang semula.

Image
As salam buat semua teman2. Kali ni saya nak citer pasal anak2 pula. Sebelum raya puasa haritu saya telah membuka playground nih memandangkan ruang rumah kami kecik untuk menerima kehadiran famili belah en. suami. Selepas dibuka rasa lapang sangat dan senang anak2 nak berlari2 ke, melompat2 ke kan.
Saya telah sorokkan playground ni dibelakang pintu ruang stor bilik kami. Memang tempat tersorok dan memang susah anak2 nak jumpe...bape banyak memang daa..ekkeke...

lapang jerkan xde mini playground..

Leklok bulan disember cuti sekolah jer k.mia telah menemui mini playground nih. Dan saya pun memasang semula sebab cuti sekolah nih 24 jam kat umah sure bosankan. Tak sangkalah saya anak2 kami betapa berejam main kat mini playground nih macam baru beli.

tengok tu..berabukkan..sebelum saya pasang, saya lap dulu, nampak berkilau sket..yo..yo.. je


haa..hepi jer memasing kononnye ade mainan baru...

SEbelum nih saya memang suka sorokkan mainan anak2 kalo mereka dah boring main, pastu dah beberapa bu…

Sambutan Birthday K.mia

Image
Alhamdulillah...pada 30 nov lalu kami diberi rezeki untuk menyambut birthday anak dara kami yang ke -7 tahun bersama2 dengan famili belah en.suami. 
"Selamat hari lahir amyra fariza, mama doakan semoga menjadi anak yang soleh, baik akhlak, budi bahasa dan bijak dalam mengendalikan sesuatu perkara serta pandai berdikari." aamiin.
Sebenarnya, birthday k.mia pada 27 nov, namun masa yg sesuai diraikan 30 nov. Kiranya macam penutuplah untuk majlis birthday anak2 kami.
Hari sebelum majlis kami membeli belah barang2 yang diperlukan untuk acara masak2...aish...dah macam nak bertanding pulaknyer..Malamnya saya mengatur strategi ....erm...susun atur masa, masa bila nak masak ni, masa bila nak masak itu...simple jerkan...tapi sayalah tak biasa nak masak macam2 dalam satu masa.
Tetiba saya rasa ade sesuatu yang kurang....alamak..belon tak beli lagiii...tak meriahlah kalo takde belon. Sok pepagi ajak en.suami gi Glowing Party House beli pape yang patut.
Seawal pagi..takdelah awal pun la…

Menjala kali kedua, teknik mudah..

Image
Alhamdulillah...dapat lagi kita bertemu dalam alam maya nih...kali ni saya nak kongsikan cara menjala yang mudah dan praktikal dan tidak meleleh-leleh.
Sebenarnya saya ada terbaca dalam beberapa blog lain, penggunaan alat nih untuk menjala. Jadinya saya dengan bersungguhlah xplen kat en. hubby cemane ruper bentuknyer.
So, beberapa jumaat yg lepas bulan nov, sejurus sampai rumah selepas solat jumaat, en. suami beri sebungkus benda. Dan yg bermain dalam fikiran saya ialah, alat2 untuk jenazah maklumlah baru balik dari solat....ish..ish...tak patutkan saya.. Tapi bukan, yang sebenarnya itulah alat untuk menjala..saya sangatlah hepi....
Dan beginilah ruper bentuknya...........................ta..ta..taaa > > >
>
>

botol ade 3 lubang...ki..ki.ki...
Esoknya juga saya try menjala. Memang sangat mudah menggunakannya dah macam perfectionist jer menjala. Memang puas hatilah. Tak sia2 saya buat research pasal menjala roti jala nih.
Mari kita tengok cemane hasil roti saya....



haa...ca…

Belajar menjala kali pertama..

Image
Alhamdulillah...kita berjumpa lagi. Sebelum nak sambut besday k.mia bersama2 family saya merancang dan fikir apa menu yang sesuai dan semua boleh makan.  Sebabnya en. suami dah cakap awal2 yang nasi ayam dan spagetti tak nak.  Fuuh...jenuh juga saya fikir..dan akhirnya saya bercadang nak buat roti jala. Setelah berbincang dengan en. suami dan beliau setuju, saya pun belilah alat untuk menjala.
Jadi untuk pertama kali dalam hidup saya menjala, aduhai bukan mudah rupanyer nak menjala. Selama ini makan sedap jer, cara menjala tak tahu.

inilah cubaan kali pertama, kata en. suami macam lempeng jek..ekkeke
Saya tak berputus asa, saya search cara2 nak menjala. Baru tahu kalo nak menjala alat menjala tu kene rendah sket dekat dengan pan supaya roti tu tak jadi dot2.... Ok..saya pun cuba kaedah tu. Akhirnya jadi roti jala saya.

roti jala cubaan kedua...

alat menjala roti...

inilah hasilnya cubaan kali kedua...cantikkan

dan yang ni ofkoslah kuah kari untuk dimakan dengan roti jala tadi...

Walaupun …

Makan2 @ family gathering

Image
Alhamdulillah...kami diberi rezeki dan ruang waktu untuk bersama2 berkumpul bersama keluarga belah en. suami. Sebenarnye abg ipar en.suami yang telah bercadang untuk belanja "makan besar" kami sefamili.
Memandangkan aniq buat hal masa ni, dan kebetulan saya dok berjauhan dengan en. suami, makanya saya hanya makan apa yang ade depan saya jer. Seganlah nak minta orang len tolong amikkan.  Tak banyak gambar yang saya snap, sebab sibuk melantak...ekkeke
sempat berposing dengan en. suami...
Kami telah melantak dengan kenyangnyer di restoran ikan bakar tasik idaman, bangi. Banyak sangat menu yang disediakan, antara yang saya ingat, ialah butter prawn, sotong goreng tepung, tomyam seafood, ikan siakap 3 rase dan lain2 lagi. Makanan di sini adalah sangat sedaap, memang terbaik. Makan pun atas tasik..terapung2.
gambar penuh, mereka yang terlibat xtvt makan2..

Dan hari tu juge kami menyambut birthday afina maisarah..comeel sangat gambar afina pada kek ni.. Saya pula sibuk dengan mendek…

Resepi mudah jagung kukus berkrim

Image
Alhamdulillah..kita jumpa lagi...kali ni saya nak kongsi sket resepi. Resepi jagung kukus yang anak2 dan en. suami suka sangat makan diwaktu petang. Senang sket saya cite kat blog ni, ramai lak yang tanyakan cemane2 nak buat yerr.
Ni tak payah nak tulis2 bagai, senang jer mendenyerkan. Bahan2 yang perlu mestilah jagungkan dah nama pun jagung kukus, tak kan kacang pulak... ekkeke...biji jagung yang dah lerai dari  batangnyer lebih kurang 500g..pahamkan sampai takat nih.
Saya suka brand mascorn ni..rasanya tengok gambar sumer pahamkan..
  jagung biji yg manis...
Kemudian, sediakan periuk untuk mengukus. Dan kukus sehingga agak lembut, jangan lelama sangat tauu, nanti kecut tak sedap lakk.


 saya kukus lam periuk kecik guna ni jer, memang cukup kami seisi keluarga..he..he

Bila dah lembut, terus letak dalam bekas yang bersesuaian. Masukkan satu senduk planta, satu senduk susu pekat dan 1 sudu kecil garam dan gaul sehingga sebati. Kalo rasa2 nak manis sket ke, tambah susu lagi tapi jangan s…

Syoknyer "scratch"

Image
Alhamdulillah....hari ni cite pasal anak2 yang seronok scratch. Bukannya scratch kene gigit nyamuk atau apa2, tapi khusyuk dan tekun ngadap "scratch card" yang kami beli di GPH bangi. Sorang satu kami beli, kalo tak nanti berebut dah tak jadi xtvt scratch.
Macam biasalah amirul suka haiwan2 yang k.mia pula pilih gambar princess as ussual. Layankan jerlah janji mereka enjoy men"scratch". Aniq punya pun ade tapi k.mia juge yang buatkan. Aniq pun tak hairanlah dengan benda ni.

amboii...abang amirul kemain lagi tunduknyer..jangan tersujud sudah..

apalah yang k.mia komen tu, biasalah tu suke komen2...yer2 jer kata aniq tak heran rupernyer tgh tido masa ni..nampak tak kepala budak lam buai belakang k.mia tu..??

 masih tak siap lagi...

amirul pun sama..lagilah tak nampak hasil sket pun...

Tengah seronok citer pasal anak2 men"scratch" ni, terlupa lak nak snap gambar yang dah siap...adehhlah... tak jadi citelah kalu gini. Apa pun, saya sendri seronok tengok anak2 bua…

Play with non-toxic clay

Image
Alhamdulillah...beberapa weekend yang lalu, saya ke pasaraya membeli sedikit barang. Saya pun sengajalah tengok tempat permainan, kot-kotlah ada mainan yang boleh meningkatkan daya kreativiti anak2. Lama jugalah saya pusing2, sehinggalah saya terjumpa "colourful non-toxic clay". "ni mesti anak2 suke ni, harga pun x mahal"..detik lam hati jer. Erm..saya pun ambil satu. Memang tepat jangkaan saya sesampai je rumah terus tunjuk pada anak2, mereka sangatlah xcited dan terus bermain dengan non-toxic clay tu. Sebenarnya saya dah lama cari non-toxic clay ni, tapi tidak ketemu. Dan inilah hasil kreativiti anak2 saya...sungguh tak diduga.. > >
hasil  k.mia, ditilnye die buat..dengan mata, hidung rambut... "Amirul buat apa tu"..tanya saya.."..mm..mirul buat anaconda.."katanya "ha..ha...xde rupe ular pun mama tengok.." balas saya.."..adelah mama, ni panjang ni macam anaconda, x baik tau mama cakap macam tu berdosa.."..katanya lag…

Aniq Farhan 3 tahun

Image
Alhamdulillah..anak mama izan yang sorang ni dah 3 tahun. Aniq Farhan, tahniah!! kerna kamu dah capai umur 3 tahun, banyak lagi perkara yang perlu kamu lalui selagi kamu masih hidup. Mama sentiasa doakan yang terbaik buat kamu dan mama sangat2 hepi bila mana kamu sudah boleh bercakap 3 patah perkataan dengan baik. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing2, namun mama tidak membezakan kamu dengan kakak dan abang yang boleh bercakap lebih cepat dari kamu.  Mama sentiasa bantu kamu untuk menjadi lebih baik. Semoga Aniq Farhan menjadi anak yang soleh, bijak, cerdik dan berjaya dalam apa jua bidang yang kamu minat..aamiin. Kami menyambut hari lahir aniq kecil2lan sahaja di rumah PIL saya. Menjamu sedikit juadah buat adik beradik, PIL dan anak2 sedara sebelah suami. Antara juadahnya, kek birthday red velvet, spaghetti, fries dan nugget. Memang sangat simple, dan saya rase anak2 saya sangatlah hepi. 
kek red velvet..sedap
bergambar kenangan
Dengan decoration yang agak simple, saya yang bua…

Saujana Janda Baik, Pahang

Image
Alhamdulillah...kami dapat berkumpul sefamili di Janda Baik, Pahang. Kiranya family gatheringlah nih. Kami telah menginap di Chemperoh Saujana Janda Baik. Chemperoh ni boleh memuatkan sehingga 20 orang dewasa dengan harga sewa RM700 semalam. Perjalanan dari Temerloh lebih kurang 1 1/2 jam. Kami lalu jalan biasa untuk menikmati kawasan perkampungan...yerlah...tu...banyak hutan juge..
Tempat ni memang best kalo pergi bersama2 famili. Seriuss sunyi dan sangatlah privacy. Kanak2 pun boleh mandi sungai instead of kolam, maybe lebih selamat...Airnya memang sejuk...tapi anak2 ni berendam berejam2 pun tak rasa sejuk. Boleh ke sini http://www.saujanajandabaik.com/ untuk info yang lebih tepat.
Kami yang paling awal sampai...tapi sesat gak nak cari saujana chemperoh nih. Sebabnya saya tak meneliti arahan untuk ke saujana janda baik nih dengan baik. Cari signboard saujana janda baik memang xde...Lam website kata, jalan kesaujana janda baikni 1km seblumSaufiville,so..sepatutnya kami cari saufivill…