(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, December 17, 2012

Resepi tumis petai dan ikan bilis bercili api.

As salam buat semua rakan2....harini saya nak kongsikan resepi goreng petai cincai. Saya tak pernah pun makan sebelum nih. Masa bulan november yang lalu saya lek umah mak kat klang. Pastu mak pun masak hidangan nih. Terus tersuke sama jugalah dengan en. suami. Itu yang saya try masak sendri kat umah...memang sedap.

Ini resepi untuk peminat petai jer...yang tak minat baik x payah buat nanti loya lak..ngeee.
Mari saya listkan bahan2nya, sudah tentulah petai, ikut suke nak letak banyak mana, ikan bilis dan bawang besar dan cili api. Senang dan mudahkan.

Memula gorengkan ikan bilis sampai garing tau bukannya hangus. Kemudian ketepikan, dan tumis bawang dan cili api yang telah ditumbuk tadi sehingga agak layu.

 Pastu masukkan pula petai yang sudah dikeluarkan daripada kulitnya. Masak sehingga agak layu kemudian masukkan ikan bilis goreng tadi...siap.


Inilah rupernyer hidangan simple nih lam pan...

saya suke petai...harumkan toilet jer nih..


Saya harap rakan2 faham cemana nak masak yer. Memang senang dan sangaat sedap. Semoga jumpa lagi...zai jian ;-)

No comments:

Post a Comment