(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, April 2, 2011

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL, tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence" atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan.


Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja.




gambar sekadar hiasan



Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan.


Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada mereka yang berumur 21 thn ke atas dengan ketinggian 154cm. Mama izan memang tak lepas sebab tinggi 153cm.




Banyak sebenarnya perkara2 lain diberitahu dalam buku tu, mama izan pun kene baca untuk menambah pengetahuan dari segi pemanduan, penyediaan diri dan sebagainya semasa memandu bukan hanya sekadar ambil lesen malah lebih dari itu sebenarnya.


Antara perkara yang mama izan baru tahu ialah konduktor bas pun kene ade lesen juga tapi bawah dari GDL. Mama izan doakan semoga suami mama izan lulus ujian GDL tu.




Kalo nak tahu lebih pasal GDL ni boleh ke sini..lesen vokasional.


8 comments:

  1. Saya ada lesen GDL.. tp nak dekat tamat dah.. macam mana nak renew kan dia ye? dengar crite kna ambil balik borang & jumpa balik doktor.. betul ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan sampai tamat,kalau tamat kena buat rayuan lepas itu kemukakan sijil khusus JPJL2C. Kalau rayuan tak yah kena test lagi cuma dengar ceramah jer.

      Delete
  2. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Tempoh lesen diberikan - 7 Tahun (Akta 334)
    2.kesalahan lebih muatan - RM1000-RM10,000 penjaran 1Thn (Akta334)
    3.Tempoh larangan penggunaan- 10Hari Notis PG1 (Akta 333 & 334 carilah sendiri)
    4.notis penarikkan balik larangan penggunaan kenderaan- PG2

    ReplyDelete
  3. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Yang mengeluarkan permit A dan C- Jabatan Perlesenan Kenderaan Perdagangan(LPKP)
    2.Maksud BDM- Ditentukan oleh ketua pengarah JPJ (akta 334 & 333)
    3.Perakuan Enjin Diesel- SIRIM
    4.Maksud BTM - Berat sesuatu kenderaan temasuk Badan
    5.kesalahan seksyen 42 - RM6000 5thn

    ReplyDelete
  4. contoh2 soalan ujian GDL

    1.Tujuan lorong kecemasan- KHAS untuk laluan kecemasan ambulans
    2.pemeriksaan berkala- kelas atau kenderaan yang ditentukan untuk tempoh yang tertentu (akta 334 & 333)
    3.segi tiga kecemasan yang perlu ada - lori trailer
    4.kelas yang boleh ambil GDL dalam tempoh percubaan - kelas C
    5.jarak tanda tiga segi - lebih kurang 150 kaki (tidak kurang 45 meter)
    6.pemanduan di waktu malam kena baca
    7.maksud kenderaan decontrolled- kenderaan perdagangan BDM bawah 5000 KG
    8.lesen pembawa untuk kenderaan pejabat pos- Lesen permit A

    ReplyDelete
  5. contoh soalan2 ujian GDL

    1.apakah maksud fisiologickal - tekanan mental dan fizikal
    2.tempoh penahan sesebuah kenderaan oleh jpj- 48Jam
    3.maksud pembawa A atau C- sewa & upah / barang sendiri
    4.lesen Gdl boleh dibatalkan disebabkan - ketidak upayaan jasmani & tatalaku pemandu

    ReplyDelete
  6. aku dah 2 kali gagal fuhh..ini 18hb. nih test lagi tengok ler..bnyak nak kena baca dan ingat..dah macam nak interview kerja jpj pulak...akta 333 dan 334 nak kena baca fuuhhhh lepak beb dahlah cari jawapan dalam internet susah gile

    ReplyDelete
  7. Maksud kenderaan decontroled pe mama?

    ReplyDelete