Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Berakhir sudah...

Salam buat teman2.... Hari ni terakhir untuk tahun 2010. Terlalu banyak suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun ni. Dan banyak perkara yang mama tak kongsikan kerna baru2 blajar berblog tidak begitu rajin untuk menaip. Tahun ni bertambah anak saudara mama dan kedua2nya lelaki iaitu Nazril hakimi dan Muhd. Syafiq Daniel..name ayahnyer idaklah mama izan ni tahu ejaannye.. Kepahitan menghadapi pelbagai2 masalah untuk menyediakan tapak untuk barang2 kasar dan masih belum selesai. Semoga tahun hadapan peluang lebih besar untuk mengorak langkah yang lebih besar. Azam2 tahun 2011: tidak bertangguh, bersemangat, banyakkan exercise, lebih bersabar dan berfikiran terbuka. Impian tahun 2011: kete nak tambah lagi satu, anak nanti dulu, kedai berwajah baru, kedai nak tambah lagi satu, lori nak beli satu, upgrade cctv mesti dulu, samsung galaxy tab utk cctv online juga perlu. Mana yang wajib didahulukan, di laksanakan dulu dan yang lain2 jika ade rezeki berlebihan akan dapat juga..insyaAllah..di

Manik oh manik

Salam buat semua pengunjung... Jahitan manik sekarang ni sangat2 popular dan ramai yang memperoleh sumber pendapatan sampingan daripadanya. Ade juga yang memberi perkhidmatan newsletter secara percuma cara2 dan teknik2 untuk menjahit manik. Pembelajaran secara online pun ade dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, terdapat juga kalangan penjahit manik yang sudah otai menghasilkan cd serta buku teknik2 menjahit manik untuk dijual. Kiranya memang boleh senanglah. Semakin hari corak dan paten dipelbagaikan mengikut idea penjahit manik. Setiap orang akan menghasilkan seni jahitan yang berbeza walaupun mengadaptasi daripada sifu2 mereka. Kalau kita boleh lihat diblog2 jahitan manik, bermacam2 jenis corak dan idak ade yang sama. Setiap penjahit manik akan ade keistimewaan memasing. Contoh jahitan manik shimmering flora. (cre. to butterfly beads) Mama izan pun tak nak lah ketinggalan, jadinya mama pun blajar sedikit demi sedikit. Memula dulu just buat jahitan manik pintal sahaja. Pe

Arnab2 kami

Salam ceria buat teman2... Akhirnya arnab juga menjadi ahli baru kami. Sebelum ni kami hanya membela ikan emas..macam2 hal ikan emas ni..penjagaannya sungguh rapi kerna sangat2 manja. Tapi tak dapat ape2 pulangan. Jadinya kami bela arnab pula, kalo tak dapat jual pun, bila dah besar lehlah kami sembelih dan makan. Memula kami beli arnab yang biasa harganya RM30 seekor, kami beli 2 ekor, warna perang dan hitam. Tapi hayat si perang x lame, mengalami cirit birit dan akhirnya mati. Ini kerana kami bagi ia makan kobis bulat. Kami dapat tahu arnab tak leh makan kobis bulat nanti cirit selepas bagi si perang tu makan. Sudah terlambat. Si hitam ni namenyer..aswad Baru2 ni kami beli lagi 2 ekor, arnab jenis dwarf, bulunya gebu gitu...geram sangat2..harganya 2 ekor RM240. Mama izan bagi name cici dan coco. Manje2 gitu...mama izan tak merasa lagi pegang yang cici dan coco ni..tak berkesempatan lagi. gebukan... cici berkenalan dengan aswad Sebenarnya suami mama izan ni memang minat sangat haiwan2

Berat mata memandang...

Salam buat semua pengunjung... Bak kata pepatah melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah adatnya dalam perniagaan, akan kene hadapi segala pahit, getirnya walaupun ianya perit. Sudah terlalu banyak yang kami tanggung, dan sekarang tidak tertanggung lagi dan perlu diluahkan. Itupun kalo ade yang sudi membaca..terpulanglah Perkara yang paling2 perit ialah orang perseorangan yang berhutang. Janji hanya tinggal janji, berjanji nak bayar seminggu lagi, tapi dah berbulan2 tak bayar lagi. Kami pun tak tahu apa masalah mereka, kami pun banyak masalah juga tapi hutang tetap kami bayar, tidaklah membiarkan orang ternanti2. Tidak kira siapa mereka, yang hari2 jumpe, bertepuk tampar bersama, pak2 yang berjubah kopiah, yang bermanis mulut bila berkata2 sumernyer tidak bayar hutang yang hampir setengah tahun. Bila diingatkan ade hutang, buat2 tak ingat. Apa nak buat dengan mereka ni?? Mereka x bayar hutang hampir setengah tahun, sedangkan kami peruncit kene b

Melawat kilang sissons

As salam buat teman2.. Baru2 ni kami berada di Selangor, kebetulan mase tu kat bangi, tetiba staff call cakap ade sekolah dah borong cat, jadinya stok cat silkglo base tint dan pastel habih. Dah alang2 dekat dengan nilai ni kami pun bercadang nak amik stok cat direct dari kilang sissons terus. Kalo kami call pengedar sissons Pantai Timur sure 3,4 hari baru sampai...lagipun esok hari sabtu nak lek ke Temerloh semula. Sebelum nak pegi tu of cos lah kene bagitau pihak pembekal kami Pantai Timur, kalo tak nanti kene halau lak. Jadinya, bos pun call pihak PT soh diorang arrange sume2, fax purchase order..senanglah keje kami, hanya jumpe supervisor bahagian pengeluaran dan collect jer cat yang dah diorder tu. Gudang cat yang dah siap, yang ni cat tungolac iaitu cat untuk besi dan kayu. Kiranya ni kali pertamalah mama izan melawat kilang sissons nih...banyak betul cat yang dibancuh setiap hari. Mama pun apa lagi amik gambarlahkan, namenyer pun bloggerkan. Kilang Sissons ni kat nilai 3, yang m

Tatkala hero2ku bersama

As salam..buat sume pengunjung setia teratak ini.... Untuk kali ini ingin mama bercerita tentang kerenah hero2 mama izan ni di waktu pagi. Iaitu semasa kakak mia disekolah. Biasanye kak mia akan ganggu or kaco diorang ni nak "wat keje". . Baby aniq mama izan dah latih minum susu formula..tak kan nak menyusu badan sampai besar. So, kene latih dari awal supaya dapat biasakan pegang botol sendri. Sebelum ni memang cabaran, die tak nak langsung minum susu botol. . Elok jer nampak minum susu sesama..kalo mase abang mengusik habih melalak2 aniq tu. . Tengok tu ntah watperlah dengan hanger tu..dah sudah main nanti bersepah2..terbongkok2lah mama nak mengutipnyer mase nak sapu sampah. Kononnya nak mancing ikan..ye..ye..oo..jer ni. Anak2 ni macam2 ragam..biarkan jerlah main..jangan main yang merbahaya sudah. kalo kak mia dah lek sekolah lagilah bertambah huru haranyer umah ni. Kusyen2 tu mesti dok kt lantai sumer, mainan2 lam kotak berterabur kat lantai..kalo mainan memang dah bersepa

Kira2..masyuk

As salam buat teman2 semua.... Wah masyuknyer...eh..eh.. ni takde kene mengena dengan login FB dapat seratus sehari. Ini memang directnyer masyuk. Inilah antara keje2 mama2..kalo takde ape nak wat, pas makan cek segala rekod jualan hari sebelumnya..mama izan cek sume tau. So, kalo ade baki yang tak betul..pelbagai soalanlah yang akan kuar dari mulut mama ni. Selain tu, mama nak tahu gak dalam sehari2 tu barang ape yang banyak dijual dan cat tiap2 hari bape tong yang kuar. Senang nanti bila invois sampai just kira jer sama or x...or ade ketirisan kat memane dapat dikesan dengan cepat dan mudah. Gambar2 ni di blurkan, ini adalah rahsia syarikat..mama letak gak gambar ni supaya ramai orang dapat gambaran cane rupernyernye apabila barang yang discan diprintkan...walaupun ade yang dah tahu, wat tak tau jerlahkan... product sales report daily sales report Lame gak amik mase nak boleh faham sistem ni..mama ni dahlah bab komputer xbape terror macam suami mama tu. Alhamdulillah...now dah boleh

Prosperity datang lagi

As salam buat sume pengunjung.. Setelah berpenat lelah ngecat, malam isnin kami pergi ke mc donald mentakab untuk menjamu prosperity. Setiap tahun memang kami tak lepaskan peluang ni, so bawa anak2 makan diluar memang seronok. rugi kalo tak rase, wat sendri blum tentu sama rasenyer Mama izan suke yang ayam tapi tak kuar lagi, ade yang daging jer. Daging pun daginglah, makan jer..selagi masih boleh makan lebih baik kita gunakan nikmat selera makan tuh. Nape kami makan di mentakab?? Sebab di temerloh takde mc donald. Dengar2 citernyer, company sebelah ni dapat projek wat mc donald sebelah petronas jalan bahagia, temerloh. 2 tingkat dengan ade swimming pool skali. Mungkin tahun depan baru mula buat. At least ade gak tempat nak bawa anak2 kuar berjalan2. Aniq memang suke sangat makan fries..kalo dah habih, merengek nak lagi. Abang ngan kakak kejap main, kejap makan. ok..jumpa lagi..wassalam

Keje sambilan

As salam buat tetamu2 teratak ini... Di doakan semuanya sihat wala'fiat. Dari duduk ngadap pc jer, alangkah baiknye kalo wat sesuatu yang leh tambah income. So, suami mama dapat order untuk wat tiang besi untuk pagar, jadinya mama tolonglah cat kan dengan black oxide untuk elakkan dari berkarat. Pastu sukehati kitalah nak cat kaler ape. hari pertama cat susun depan stor Tempahan 270 batang, banyak tu, surelah mama cian tengok suami mama wat sesorang. Bab2 memotong besi dan buat lubang pada besi, suamilah yang buat. Mama bab2 ngecat ni ade skill lah sket kan. Sabtu dan ahad lepas , dok di stor bawah mengecat. Baby tido mama turun tolong ngecat. Selepas dikira2 lam 6 hari siap untuk 270 besi. 3 hari ngecat dan 3 hari lagi potong besi ikut ukuran kastemer dan tebuk lubang. hari kedua mengecat dalam stor,berdiri so, x sakit belakang. Gambar kat bawah ni kekreatifan anak2 apabila bermain dengan cat. bangku tak bertuan menjadi mangsa pintu stor dinding ofis sebelah ni pun diorang main ca

Cakap lebih, keje wat x??

As salam buat sume pengunjung.. . Tetiba mama izan nak cite pasal diri sendiri. Mungkin ade kalangan rakan2 yang terdetik.. izan ni cakap macam hebat sangat ade kedai sendri..entah tahu ntah idak pasal barang2 kat kedai. Meh sini nak citer kronologi sebelum jadi pembantu penguruskan. . Mama pun heranlah napelah minat sangat hardware ni. Sebenarnye sejak blajar lagi mama dah cadangkan kat suami mama suh die buka hardware. . Memula dulu amik kejut biologi pertanian @ upm, 5 sem jer / 2thn 1/2...entah nape tak leh nak catch up makin lame makin mencabar..jadinya mama izan pun tukar kos amik bahasa asing...kiranya mama ni orang asinglah..ha..ha..ha..bahasa arab. Sure kengkawan arab dulu terkejut mama terlibat lam hardware2 nih. . Walaupun kedai sendri mama izan pernah gak jadi kuli..3 bulan training..bos suh tulis sume pipe fitting yang ade dan kira stok..banyak tau lebih 50 jenis fitting dah lah paip ade jenis upvc, pvc, poly, GI dan stainless steel . Memang naik pening kepala ni. Blajar g

Rabbit park @ Bukit Tinggi

As salam buat teman2 yang baru kenal juga yang lama kenal.. Semoga mana2 yang baik itu dijadikan panduan. Dek kerana x puas hati tengok kat Mid Valley mase lek kg aritu. Jadinya otw lek ke Temerloh kami singgah di Bukit Tinggi. jam 5.30ptg sampai...ok lah ade lam 1 jam stengah untuk bermain2 dengan arnab. Tutup kul 7 mlm. Layan sume gambar2 nih..penat suami mama izan snapkan..hu..hu.. Tengok tu Amirul ..kalo leh sume arnab kat situ die nk bagi makan. "abbit ni laparlah mama"..kata amirul. Amyra lak menyorok blakang mama..punyerlah takut..entah aper yang ditakutkan tuh. Die ingat macam kucing kot...Aniq selamba jer usap2 rabbit tu. Aniq nak cucuk mata rabbit tuh..leh tahan gak aniq ni yer. Kat rabbit park ade disediakan playground. Dah penat melayan arnab, main playground lak..1st time main dengan bola2 ni. Pastu gi lak tengok keldai2. Kata penjage keldai ni..ade 2 ekor keldai pandai tunjuk gigi. Dan lagi satu tunjuk gigi dan lidah. Yang ni diberi name simon leh tunjuk gigi.

Tukar2 tempat

As salam buat semua.. Apelah mendanyer yang bertukar2 tu ye..Sebenarnya dah lame sangat dok tayang cat2 offer kt pintu masuk kedai, dah tinggal sikit pun cat offer tu, ralatlak kan bila kastemer tanya x banyak pilihan. So, mama izan pun cadangkan kat bos a.k.a suami mama supaya letak segala macam toilet bowl dr dok kat belakang xde sape yang perasan. Kalo kastemer tanya baru tunjuk, jadinya ramailah yang tak tahu kami ade jual. inilah pintu masuk kedai mama izan Walaupun tidaklah ade hari2 yang beli, tapi sedikit banyak orang yang lalu lalang nak pegi KFC tu , ternampak aksesori toilet tu ..jadi tersimpanlah dalam kepala mereka. Manalah tau sok , lusa, tulat ke toilet pecah or nak wat umah ke..lehlah beli kat kedai ni. kakilima kedai, hujung skali KFC, sebelah ni, Ayamas..bagus x?? Tips berniaga: 1. Ubahsuai kedai anda dalam jangka waktu tertentu supaya kastemer tak boring dan staf x boring. 2. Tukar banner sekurang2nya 6 bulan sekali bergantung kepada bajet kedai anda . Insyaallah kal

Isi hati nurani

As salam buat semua pengunjung.. Terima kasih kerna sudi berkunjung disini. Apa yang boleh dikongsikan akan mama kongsikan dan sama2lah kita bertukar2 pengalaman dan ilmu. Mencari imu boleh di beli dengan wang ringgit tapi pengalaman tidak boleh di beli dan ianya sesuatu yang sangat berharga. Dan ianya mematangkan seseorang itu serta membantu untuk lebih maju kehadapan. Sesekali buat pengisian begini bagus juga untuk kekuatan hati. Sudah lama rasenyer tidak membaca yassin kerna anak2 mengganggu. Tapi semalam rase sangat kuat dan membaca walaupun baby kejap panjat, duduk atas riba, yang lain gaduh2 sayang. kalo sebelum ade anak2 boleh baca 15min jer tapi sekarang setengah jam, besar betul cabarannya. Mama sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, yang wajib jangan ditinggalkan manakala yang sunat lakukan bila berkesempatan. Tidaklah mahu jadi porak peranda dek kerna kejar yang sunat keluarga diabaikan.. Ya Allah bantulah hambamu ini, sesungguhnya saya terlalu kerdil dan lemah dan tidak semp

Sehari dua di kampung @ selangor

Salam ceria buat semua teman2... Selamat menyambut tahun baru buat semua..pejam celik jer dah berada di bulan muharram kembali...jadinya sape2 yang ade tertinggal posa tu lehlah ganti dari sekarang supaya tidak terkocoh kacah nanti. Harini pun mama izan dah start qada' posa..hari pertama ni rase agak letih sket dengan melayan kerenah anak2 yang pelbagai. Hari minggu yang lepas kami lek kampung kat jenderam setelah sumenyer pulih dari demam,selsema dan batuk. Mama izan memang berhajat nak bawa anak2 bermain2 sakan bila sume dah sihat. Jadinya berjalan2 jerlah kami. Petang jumaat tu kami pegi ke alamanda, putrajaya...anak seronok main play ground dan main2 game yang ade disitu. Pastu makan2...papa biaselah mesti makan hot plate, kat temerloh nih xde satu tempat makan pun yang ade menu hot plate..mama lak makan waffle dengan aiskrim..amik yang plate jenuh gak nak menghabiskannya..sebaiklah anak2 pun minat gak. Bergambar2ran di alamanda, putrajaya: Hari sabtu bawa anak2 tengok rabbit k