(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, December 25, 2010

Berat mata memandang...

Salam buat semua pengunjung...

Bak kata pepatah melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah adatnya dalam perniagaan, akan kene hadapi segala pahit, getirnya walaupun ianya perit. Sudah terlalu banyak yang kami tanggung, dan sekarang tidak tertanggung lagi dan perlu diluahkan. Itupun kalo ade yang sudi membaca..terpulanglah

Perkara yang paling2 perit ialah orang perseorangan yang berhutang. Janji hanya tinggal janji, berjanji nak bayar seminggu lagi, tapi dah berbulan2 tak bayar lagi. Kami pun tak tahu apa masalah mereka, kami pun banyak masalah juga tapi hutang tetap kami bayar, tidaklah membiarkan orang ternanti2.

Tidak kira siapa mereka, yang hari2 jumpe, bertepuk tampar bersama, pak2 yang berjubah kopiah, yang bermanis mulut bila berkata2 sumernyer tidak bayar hutang yang hampir setengah tahun. Bila diingatkan ade hutang, buat2 tak ingat.

Apa nak buat dengan mereka ni??
Mereka x bayar hutang hampir setengah tahun, sedangkan kami peruncit kene bayar kepada pembekal dalam mase 2 bulan hingga 3 bulan sahaja. Adakah ini adil lakuan penghutang terhadap kami sebagai peniaga??
kami sering ditohmahkan dengan pelbagai tuduhan yang membabi buta. Tahukah pembeli akan keperitan yang kami tanggung?? Mengapa senang sangat menuduh itu dan ini sedangkan mereka tidak mengalaminya.

Kami jadi serba salah nak bagi hutang atau tidak. Jika tak diberi, dikatanya kedekut, sombong dan sebagainya. Pabila sudah diberi hutang, tak nak bayar, bagi macam2 alasan. Siapakah yang boleh tolong kami...gomen or badan2 kebajikan yang len. Akta pelindungan pengguna ade, peniaga??? Takde siape yang leh tolong.

Keputusan telah dibuat, kami tidak akan bagi muka lagi dan minta maaf kepada semua kastemer, tiada lagi belian dengan 2 kali bayar. Pengalaman yang kami lalui sudah cukup mengajar kami supaya lebih tegas..kalo nak beli boleh beli, hutang minta maaf yer.
Kami perlu begini supaya diri sendiri tidak terseksa. Kami dah bagi kemudahan tapi dikhianati, jadi jangan salahkan mane2 peniaga jika ini berlaku. Cuba try pegi kedai cina nak buat hutang 2 kali bayar, kastemer melutut sekalipun die takkan bagi. Tapi boleh jer mereka kaya dan senang.
Mereka yang berhutang dengan kami ni, bukannya calang2 orang. Dah kenal lame dan berperwatakan menarik.(dari pandangan zahir, dalam hati jahat,penipu). Cakap bukan main macam orang yang sangat berpengalaman. Kata2 salah seorang penghutang mase mula2 kenal.."..apelah kedai awak ni kosong, tak banyak barang macam kedai cina, buatlah pinjaman dengan MARA masuk barang banyak2..".Amboi2 sedap jer mulut berkata2, tahu tak nak minta pinjaman MARA , syarat utama kedai kene beroperasi selama 6 bulan. Suh masuk barang banyak2, yerlah masuk banyak2 pastu nak bayar dengan ape...cakap ikut sedap jer...kalo ramai orang macam si penghutang ni lagilah tak leh nak bayar dengan pembekal.
Kalo ikutkan hati ni..nak jer tanya.."..en. dah bape banyak kedai yang en. dah buka, bolehlak nak bagi macam2 cadangan yang tak berasaskan ape2.."..maknanya tanpa pengalaman.
Seorang lagi yang tidak boleh dipercayai, peniaga juga, salu datang kedai cakap pasal pengalaman die. Tp nape yang menipunyer, memang patut pun rezeki tu Allah sempitkan, janji tak ditepati. Sikap die begini menyebabakan kami hilang respect kepada die. Walaupun hutangnyer tidaklah banyak, tapi duit tetap duit, even 5 sen pun kene masuk akaun.Pembekal pun 1 sen die kira..kami peniaga ni ade juge tolak ansur, setakat berpuluhan sen kami tak minta pun dari kastemer bagi diskaun.
Terpulanglah kepada anda untuk menilai pengalaman kami ni. Sebarang komen yang bermanfaat sangat2 dialu2kan.
Nota: Kepada peniaga2 lain, anda perlu bertegas, tiada lagi slogan " customer is always right".
- Buat syarat2 anda sendiri sebagai hak anda, supaya anda tidak rugi dan terseksa.
- Berhati2, jangan termakan dengan kata2 yang sangat manis.

4 comments:

  1. Salam Izan :)
    Betul kata izan, kdg2 kita penjual ni dalam dilema. Tak bg credit nanti kata sombong, lupa diri..tp bila dah bg peluang berhutang, tak pandai nak balas budi..sy pun penah jumpa org manis mulut nak berhutang..tp alhamdulilah, setakat ni ada yg berhutang tangguh tp tetap bayar. Selepas peristiwa tu, mmg sy tak bg credit kecuali pd org yg benar2 sy percayai.
    Kdg2 kita kena bertegas utk kepentingan kita juga.

    ReplyDelete
  2. Linda:time kasih kerna menyokong.sy ni br jer 2thn lbih berniaga tp dah mcm2.ade yg berhutang langsung xnampak muka.cari pun xjumpe.sabar jerlah..

    ReplyDelete
  3. Betul tu..'Customer is always right' tu salah...masa saya training di GCH Retail(m)mereka kata kata2 tu salah. Sebabnya Customer tak ada Product Knowledge macam peniaga.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Izan kerana awak dan suami berani berniaga... Semoga Maju Jaya... -Ahmad (Kulai-Johor)

    ReplyDelete