Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

"Aniq is 4..Congrate"

Alhamdulillah...moga kita mendapat rezeki yang bermanfaat setiap hari dan kesihatan yang baik supaya dapat menjalankan ibadah dengan sempurna.     " Selamat Ulang Tahun yg ke-4 Tahun Buat Aniq Farhan " Semoga Aniq bertambah cerdik, bertanggungjawab, pandai berdikari yer.   Juga semoga menjadi anak yang soleh dan boleh jadi imam..aamiin   Walaupun kami suami isteri agak sibuk masa tu namun saya meluangkan sedikit masa untuk menyambut hari kelahiran aniq.   Menu utama ayam bakar rosemary, side dishes coleslaw, jagung kukus, kek...heheh..       Rasanya cukup setakat ini. Semoga berjumpa lagi, wassalam..  

Projek Batu 5: Fasa pembersihan & tanda batu

Alhamdulillah..   Setelah mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan ujian selama 3 tahun, dan kini kami sudah boleh memulakan operasi untuk pembinaan bangunan kedai setingkat.   Bermula dengan pembersihan kawasan tapak untuk pembinaan. Kos sewa back hoe: rm450     Beberapa hari berikutnya, mengupah juru ukur tanah untuk menanda batu tapak bangunan yang akan dibina. Kos untuk 5 batu: RM500        Semasa belajar di universiti dulu saya pernah ambil subjek ukur tanah. Tiap minggu ada amali ukur, dalam keadaan panas, mendung, hujan pun terpaksa kami redah. Alat yang digunakan untuk mengukur salah satunya adalah teodolite.   Saya tidaklah begitu mahir menggunakannya. Namun, suami saya yang dulunya satu group ukur yang banyak membantu saya mengadjust teodolite ni.     oklah..jumpa lagi wassalam.. 

Birthday Amirul Fariz-6tahun

Alhamdulillah.. Anak bujang sulung saya sudah menjangkau usia 6 tahun. Tahniah amirul kamu sudah menjadi abg yang bertanggungjawab dan senang mematuhi arahan mama dan papa. Next year, banyak lagi yang perlu kamu belajar. Semoga kamu menjadi anak yang soleh dan cerdik serta hebat..aamiin..         Kali ni ulang tahun amirul disambut di rumah keluarga saya dan juga di rumah keluarga suami saya. Dan amirul sangatlah gembira sebab ada dua kek. ok..cukup setakat ini...jumpa lagi..