(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, November 13, 2013

Projek Batu 5: Fasa pembersihan & tanda batu

Alhamdulillah..
 
Setelah mengharungi pelbagai dugaan, cabaran dan ujian selama 3 tahun, dan kini kami sudah boleh memulakan operasi untuk pembinaan bangunan kedai setingkat.
 
Bermula dengan pembersihan kawasan tapak untuk pembinaan.
Kos sewa back hoe: rm450





 
 
Beberapa hari berikutnya, mengupah juru ukur tanah untuk menanda batu tapak bangunan yang akan dibina.
Kos untuk 5 batu: RM500
 
 





 
Semasa belajar di universiti dulu saya pernah ambil subjek ukur tanah. Tiap minggu ada amali ukur, dalam keadaan panas, mendung, hujan pun terpaksa kami redah. Alat yang digunakan untuk mengukur salah satunya adalah teodolite.
 
Saya tidaklah begitu mahir menggunakannya. Namun, suami saya yang dulunya satu group ukur yang banyak membantu saya mengadjust teodolite ni.
 
 
oklah..jumpa lagi wassalam..


No comments:

Post a Comment