Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2012

Main air di Tiara Beach Resort Port Dickson

Alhamdulillah...bertemu kembali..boleh teruskan cerita bercuti di PD. Awal Cuti pertengahan tahun yang lalu kami sekeluarga telah berjimba di TBR. Memberi ruang waktu dan meluangkan waktu bersama buat anak2..sebab sepanjang cuti sekolah masa tu..staff cuti dan anak2 hanya bermain dirumah. Memang sangat seronok. Disebabkan kami sewa apartment dengan orang persendirian, makanya kami kene beli tiket masuk ke taman tema ini sendiri. Agak mahal bagi saya, untuk dewasa RM28 hari minggu dan cuti sekolah dan kanak2 RM15.  Dah, tak payah cerita panjang2, tengok gambar2 ni pun dah cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya anak2 kami. Yang ni tempat main kanak2 bawah 5 tahun mungkin. Amyra main sesorang di sini, masa mereka main mama hanya sebagai jurufoto jer...geram sebab tak boleh main skali atas sebab2 tertentu..ngeee Di bahagian pantai buatan nilah tempat anak2 paling lama main. Memang stategik tempat ni...panas macam tepi pantai.

Legoland Malaysia - Akan dibuka

As salam... buat semua..semoga semuanya dalam keadaan yang sihat wala'fiat. Kebiasaannya, jika saya ada ruang waktu memanglah layan FB kan. Sesambil tengok update dari rakan2 dapat juga menambah ilmu dari pelbagai bidang. Saya teruja dengan post rakan saya mengenai tiket masuk ke legoland yang mencecah hingga ratusan RM. Jadi saya teringin sangat nak tahu apa yang ada di legoland malaysia sehingga tiket masuk sangat mahal. Saya pun melayari laman web legoland malaysia . Wah...tersangatlah besarnya dan akan dibuka hujung tahun 2012. Bolehlah nak kata macam genting theme park, tapi peralatan permainan kat legoland ni dibuat daripada lego nampaknya.    Gambar: ihsan google Brochure di bawah ni menunjukkan kawasan legoland malaysia . Menarikkan?? Kalaulah tiketnya juga agak berpatutan dan semua lapisan masyarakat boleh masuk lagi menarik. Memasing dapat melihat sendiri rekaan2 daripada lego nih. Gambar: ihsan google Gambar: ihsan google Macam2 ada di legoland

Samudra ikan bakar di Port Dickson

As salam buat semua teman2. Mulakan hari kita dengan senyuman yang sangat ceria.  Awal cuti sekolah pertengahan tahun hari tu kami ke port dickson atau PD senang nak tuliskan, memenuhi jemputan kenduri kawin sepupu saya iaitu amiera. Tahniah buat amiera dan suami ye. Memang saya dah plan nak bawa anak2 bercuti di PD, memandangkan cuti sekolah kali ini staff memasing dah minta cuti, so dah alang2 di PD, jenjalan jerlah kat PD kan (sebenarnyo dah maleh nk pikir kek mano lai nk poi).     Kami menginap di TBR jer iaitu Tiara beach resort. Sebelum nak poi makan ikan bakar yang tak tahu apo raso ehh. Kami singgah kek pantai tolok komang dulu.Ayo..montang2lah poi nogori 9, den bantai cakap nogori...sonang jo fahamkan. Sajo jo nak tonangkan pikiran den ni yang borek dongan semuo perkaro sambil nak layan sunset ni haa. Lopeh tu kami poilah cari medan ikan bakar yang agak glemor kek PD ni. Pueh pulo moncari ehh sampai sosek baretlah dibuek ehh. Akhirnyo, jumpo jugo, pongo

Jambatan gantung kuala semantan, temerloh

As salam buat teman2...moga hari ini bertambah rezeki kita..insyaallah. Beberapa minggu yang lalu, suami saya bawa kami sekeluarga ke suatu tempat yang agak menarik untuk bersantai. Dan tujuan sebenarnya ialah nak makan tengahari di situ. Memandangkan kat situ macam2 ada, so..kami bersiar2lah dulu. Pengusaha restoran ini memang dah popular kat temerloh ni, di bandar temerloh saje, dah ade 2 restoran. Disini namanya dataran patin. Kreatif sangat, mereka buat sangkar burung dan arnab di kawasan parking...kemudian ada kolam ikan dengan landskap tumbuh2an yang menarik, memang rase tenang jer. Pastu suami saya ajaklah naik jambatan gantung yang menghubungkan esplanade temerloh dengan dataran patin ni. Tengok pada ketinggian dan kepanjangan jambatan ni sudah cukup menggetarkan kepala lutut saya. Maklum jerlah saya ni gayat....eh..he..he Amyra dan aniq serta papanya dengan tenang hati jer naik. Saya tengok dari jauh jer. Ramailah pula orang yang naik masa tu. Saya pun n

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Jalan2 cuti Mac 2012 hari ke-3: Kuala Gula, Perak ke Klang, Selangor

Alhamdulillah..tercapai sudah impian kami melalui banjaran titiwangsa dan merasai ketam lembut di kuala gula, perak. Selepas ini, insyaallah akan merentasi bahagian selatan pula, tapi masanya belumlah dapat dipastikan lagi. Hari ke-3 kami menjengah sekejap tempat ketam lembut ditangkap dan dibekukan setelah melalui proses2 lain. Masa tu, dapatlah kami beli sekilo ketam lembut mentah yang telah dibekukan hanya RM30 sahaja. Memang rezeki kami, sebab menurut kata tuan punya ketam...ketam ni bermusim. Dah sesiap kemas kami check out kul 10.30 pagi menuju ke Klang, selangor kerna ade sedikit urusan yang perlu diselesaikan. Sebelum meninggalkan kuala gula, perak...sempat gak kami bergambar kenangan di situ.layankan.... Lebih kurang jam 10.30 pg kami bertolak ke klang. Anak2 sume ketiduran kecuali amirul fariz. Kami hanya berhenti sekejap di hentian tapah sebab nak menunaikan hajat amirul. Jika tiada hajat, memang kami teruskan perjalanan. Alhamdulil