Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

Lori delta baru

Salam mesra buat semua...Kami aterasa amat gembira kerana lori yang kami impikan sudah berada dalam genggaman. Mungkin ade yang kata "lori..ape sangatlahkan ..".Tapi bagi kami amat2 bermakna, dahlah nak dapatkannya pelbagai onak duri yang perlu kami lalui. Walaupun ianya sebuah lori tapi harganya same lebih kurang macam Mr.hilux tu. Dengan adenye lori ni, kami berharap agar pintu2 rezeki yang lain akan kami dapat buka. Kita ni orang muslim memang kene banyak berusaha dan berdoa untuk dapatkan sesuatu. Sekiranya kita dah berdoa dan bertawakkal tapi Allah tak beri bukan bermakna Allah tak sayang, tapi mungkin belum sampai masanya atau tidak baik untuk kita atau kita akan dapat yang lebih baik dari itu. Dan jangan mudah putus asa, jika tidak dapat melalui pintu pertama, cuba pintu kedua. Mama izan rase nak dapatkan lori ni pun yang pintu entah keberapa. Alhamdulillah...kami sangat2 bersyukur. Kalo ikut perkiraannya esok lori baru siap. Tapi semalam mereka hantar ke kedai. inil

Main2 di Taman Bandar, Temerloh

Salam buat semua pengunjung..Diharapkan semuanya sihat wala'fiat..Ahad lepas, selepas sarapan mama izan dan suami bawa anak2 bermain2 di taman bandar, temerloh. Dah berbulan juga tak main2 kat sini. Disini ade 3 jenis playground yang pelbagai dan juga redup sebab banyak2 pokok2. Manakala di kubang gajah tempat baru siap, pokok pun x besar lagi. gambar panorama playground "kapal" Dah puas main kat playground "kapal". Main pula kat playground "naga"..layankan amyra yang dah besar ni pun mengada nak naik buaian untuk baby mama izan hanya nak seimbangkan jongkang-jongket tu..;P sibuk nak manjat triangle Anak2 pun dah penat, turn mama izan lak nak senaman menggunakan alat2 senaman yang disediakan. Sampai ke harini masih terasa sakit lagi otot2 di perut kesan dari senaman hari ahad lepas. Bersungguh nak maintain bahagian perut. panorama kawasan alat senaman.. panorama pemandangan tasik dari tempat senaman. anak2 memang puashati main. Sampai jer rumah,minum

Kandungan gula dalam susu tepung

Salam dan selamat sejahtera buat semua.. Mama izan ade terima poskad daripada Anmum Club. Jadinya mama izan nak kongsikan ape yg terkandung dalam poskad tu.Soalan yang ditulis lam poskad tu.. Are you feeding your child up to 13 teaspoons of added sugars everyday? Agak musykil juga, atau perkara yang kita tak sedar tapi ianya memang berlaku. Kita tahu susu tepung untuk pembesaran kanak2 kaya dengan pelbagai nutrien penting yang diperlukan mereka. Namun terdapat penambahan gula dalam beberapa jenis susu tepung yang dijual di Malaysia. Jadi, sebenarnya kita memberi anak2 susu yang mengandungi gula setiap hari jika ramuan susu tepung tersebut mengandungi bahan2 dibawah ni: * corn syrup solids * sucrose * glucose syrup solids Ibu2 boleh semak kandungan gula dalam susu tepung di sini (semak gula). Anak2 mama izan minum susu dutch lady. Dan sungguh tak dijangka terdapat bahan sucrose dan glucose syrup solids . Patut pun cam ketagih je minum susu anak2 ni. Rupernyer sedap, manis. Tapi nak

Angka korban meningkat di Jepun

Salam dan selamat sejahtera buat semua.. Walaupun Jepun merupakan negara yang hebat dengan teknologi dan sains, namun kuasa Allah s.w.t lebih hebat lagi. Segala2nya terbukti dengan kejadian gempa bumi yang lalu yang meranapkan teknologi yang dibuat oleh manusia di pantai timur Jepun. . Pihak berkuasa melaporkan angka kematian dan yang hilang melebihi 26,000 orang. Perangkaan daripada Agensi Polis Kebangsaan menyatakan terkini 9,700 disahkan mati, 16,501 hilang dan seramai 2,766 lagi mangsa cedera. . Beberapa gambar keadaan pantai timur jepun ranap digegarkan dengan gempa bumi berukuran 8.9 pada skala ritcher dan dilanda tsunami setinggi 10 meter. . . Sumber berita disini. . Apa yang kita boleh lihat dengan kejadian gempa bumi dan tsunami dijepun menunjukkan tiada satu pun yang kekal milik kita dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dari segala2nya. .

Usaha.doa dan tawakkal..

Salam buat semua teman2... Alhamdulillah ...akhirnya berhasil, segala usaha kami membuahkan hasil. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kami amat bersyukur sebab loan beli lori 3 tan dah lulus. dengan adenya lori ni bertambahlah rezeki insya Allah. . Sebagai seorang peniaga muslim kita mesti sentiasa berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan menghindari kita dari melakukan perkara2 yang haram. Dan harini permohonan loan untuk menambah modal juga lulus, alhamdulillah..mungkin berkat doa dan kesabaran yang kami lalui. . Bukan senang kami bekerja sendiri ni nak wat loan dengan bank, banyak perkara yang kami perlu sediakan. Dan kadar faedahnyer sehingga 17%. Kalo sesiapa yang berniaga nak tambah modal cubalah mohon BSN Tema Niaga. Tapi kene banyak bersabar dengan apa yang anda akan lalui. Setelah berusaha dan sebagainya hendaklah berdoa dan bertawakkal. . Dengar khabarnya minggu depan akan dapat lori. Suami mama izan pula akan ambil lesen GDL untuk pan

Sata Gau, Temerloh

Salam mesra buat semua teman2... Erm..sape pernah makan sata?? Rasenye orang pantai timur sangat familiar dengan makanan ni. Sebelum mama izan berkahwin memang tak pernah makan dan tak pernah nampak dijual di mana2 sekitar pantai barat. Pertama kali makan, memang terus tersuka (terkinyam-loghat N9). . Sebelum ni, asalkan pegi temerloh, mesti cari sata gau kat jalan maran yang sedap tu. Bukan orang lain pun yang jual, sepupu suami mama izan gak. Dari dulu sampai sekarang rasenye sama jer, memang mereka jaga kualiti sata tu. . . ni die rupe sata macam otak2kan . . Sata ni dibuat menggunakan ikan tamban dan kelapa, tidak ade campuran tepung pun, memang pure ikan. Dan ikan ni bermusim, so penjualannya pun bermusim. kemudian dibakar dengan bara, bukan api tau, so kene bersabar nak tunggu masak. . Mama izan pernah cuba makan sata yang di jual di kuantan dan kuala terengganu, ternyata rasenyer amat berbeza, sata gau, temerloh lagi sedap. . sata panas, satu batang RM3, ade lam 4 biji Sa

Panduan penggunaan:Botol susu "polikarbonat"

As salam dan selamat sejahtera buat semua... Isnin lepas dalam malaysia kini ade mengatakan botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi "bisphenol A" akan diharamkan kerana akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon bayi dan kanak2. Namun, masih belum ade lagi kes yang berkaitan dan penilaian hormon terhadap tubuh bayi. . Menteri kesihatan menunjukkan botol susu jenis "polikarbonat" (kanan) Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ' bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Berita penuh disini!! Mama izan pun cari mana2 artikel lain yang berkaitan dan mama izan jumpa dalam "malay mail online". Berita penuh disini!! Panduan pengguna untuk menggunakan botol susu " polikarbonat ": *Sterilkan botol susu seperti yang diarahkan pada label. Jika tidak ada, hendaklah direbus selama 5 minit hingga 10

Gempa bumi Jepun:Kadar radiasi nuklear di Fukushima meningkat

As-salam dan selamat sejahtera buat semua... Kesan dari gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala ritcher jumaat lalu menyebabkan sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi dan kadar radiasi meningkat hingga 1000 kali ganda dari paras normal yang dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear di Fukushima Jepun. . Kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat. . Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan pagi tadi, sistem penyejuk bagi reaktor No.3 loji tersebut tidak berfungsi. Pihaknya berusaha melepaskan stim dalam reaktor tersebut. Sebelum ini, reaktor No.1 dan 2 loji pertama dan reaktor No.1, 2 dan 4 untuk loji fukushima nombor dua juga mengalami kerosakan sistem penyejuk. Syarikat itu juga mengumumkan bahawa pihaknya telah memasukkan air laut ke dalam reaktor No.1 loji pertama Radiasi itu juga di kesan di bahagian luar dan menyebabkan kerajaan mengambil tinda

Tips:Jujur dalam berniaga

Salam buat semua teman2.. Kejujuran penting dalam berniaga, ada yang ambil mudah akan perkara ini, tapi akhirnya Allah tetap akan ambil segala yang diperolehi sedikit demi sedikit tanpa disedari. Apa yang mama izan nak cerita ini adalah kisah benar tentang seorang peniaga bangsa melayu yang tidak jujur. . Pada mulanya kami sangatlah hormat dan kagum dengan pencapaianya. Beliau juga ade cerita yang KWSP bagi surat denda lam puluhan ribu juga. Kami terpikir kenapa begitu, kalau setakat 3 bulan tak bayar, sekurangnya hanya diberi "warning letter". . Akhirnya kami dapat tahu dari seorang aunty sebenarnya beliau tak bayar sewa sudah berbulan2 lamanya. Kenapa perlu berbohong dengan kami, bukan ke lagi malu berita buruk ni kami tahu dari orang lain. . Ade juga cerita darinya yang pembekal nak cash darinya tiada credit. Kami pelik kenapa begitukan. Setelah kami berurusan dengannya dan ternyata beliau tidaklah jujur dengan kami, tidak memberitahu perkara yang sebenar. Dan kami orang

"Monster tsunami" di Jepun

Salam buat semua... Terkejut saya berita tentang Jepun dilanda tsunami yang dahsyat. Jadinya saya pun men"google" cari info pasal tsunami. Melanda kawasan norteast di jepun iaitu sendai. Gempa bumi berskala 8.9 pada skala ritcher dan dikatakan "mega quake" oleh The US Geological Survey. Apakah bencana yang Allah turunkan ini..sama2 kita insafi diri dan sebagai peringatan kepada kita. Gambar untuk tatapan: . Berita penuh disini.

Simptom 'adenovirus"??

Salam manis buat semua... Adakah ini musibah yang Allah berikan kerana semakin hari semakin manusia lupa akan penciptanya. Sama2 kita muhasabah. . Adenovirus yang semakin merebak di PULAPOL,kuala lumpur amat membimbangkan kerna kementerian kesihatan masih tidak tahu akan puncanya virus itu. Sebelum ini dikatakan berpunca dari kencing tikus atau leptospirosis.Seram sangat sebab senang sangat nak merebak. Hanya dengan batuk dan terbersin virus sudah tersebar. . Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing. . Antara simptom2 Adenovirus yang mama izan dapat dari berita harian ialah: * Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam. *Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu. *Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan. . Jika ade kalangan anda yang mengalami simptom seperti di atas, segera ke hospital. Musibah

Swiss- Court holiday Apartment, Damai laut, perak (Bhg. 3)

Salam manis buat semua... Sambungan dari n3 bercuti di damai laut. Ni hari ahad, selepas check out, kami pun bergambar2 kenangan kononnye. Kami menjelajah seluruh resort sebelum balik ke Temerloh. . Jadinya, layankan gambar2 ni.. . Di luar lobby Swiss court holiday apartments . . . Villa di swiss garden resort, damai laut . . . View dari lobby swiss garden resort & spa . Hotel Swiss Garden di Damai laut. . . http://www.swissgarden.com/hotels/sgrdl/ Kemudian kami ke rumah adik untuk makan tengahari bersama2. Kami pergi pula ke lumut untuk membeli belah beberapa barang dan makanan. Jadinya kami bertolak kul 4 ptg tanpa berhenti rehat dan sampai di Temerloh kul 8 mlm. Tamatlah cuti2 kali ini. Jumpa lagi, wassalam.

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora