(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, March 23, 2011

Usaha.doa dan tawakkal..

Salam buat semua teman2...

Alhamdulillah ...akhirnya berhasil, segala usaha kami membuahkan hasil. Bak kata pepatah "hendak seribu daya, tak nak seribu dalih". Kami amat bersyukur sebab loan beli lori 3 tan dah lulus. dengan adenya lori ni bertambahlah rezeki insya Allah.
.
Sebagai seorang peniaga muslim kita mesti sentiasa berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan menghindari kita dari melakukan perkara2 yang haram. Dan harini permohonan loan untuk menambah modal juga lulus, alhamdulillah..mungkin berkat doa dan kesabaran yang kami lalui.
.
Bukan senang kami bekerja sendiri ni nak wat loan dengan bank, banyak perkara yang kami perlu sediakan. Dan kadar faedahnyer sehingga 17%. Kalo sesiapa yang berniaga nak tambah modal cubalah mohon BSN Tema Niaga. Tapi kene banyak bersabar dengan apa yang anda akan lalui. Setelah berusaha dan sebagainya hendaklah berdoa dan bertawakkal.
.
Dengar khabarnya minggu depan akan dapat lori. Suami mama izan pula akan ambil lesen GDL untuk pandu lori tu.
Inilah rupanyer lori kami dalam proses nak pasang aksesorinya.
.
.
lori hawami hardware
.
.
Segala kemudahan yang kami terima ini, dapatlah kiranya membuka langkah kami seterusnya. Memudahkan segala urusan perniagaan yang akan dikembangkan. Seterusnya memberi kemudahan kepada pelanggan2 untuk mendapatkan barang2 kasar seperti pasir, batu bata dan sebagainya.
wassalam..

4 comments:

  1. alhamdulillah.. moga sentiasa dilimpahi rahmatNya..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...
    semoga dibermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  3. Salam..syukur alhamdulillah..semoga perniagaan bertambah maju

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sokongan dan dorongan dari rakan2 blogger..semoga anda semua juga dilimpahi rezeki juga..amiin..

    ReplyDelete