(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, March 14, 2011

Gempa bumi Jepun:Kadar radiasi nuklear di Fukushima meningkat

As-salam dan selamat sejahtera buat semua...

Kesan dari gempa bumi di Jepun yang bermagnitud 8.9 pada skala ritcher jumaat lalu menyebabkan sistem penyejukan reaktor gagal berfungsi dan kadar radiasi meningkat hingga 1000 kali ganda dari paras normal yang dikesan di bilik kawalan di salah satu loji nuklear di Fukushima Jepun.
.
Kegagalan sistem pendinginan berfungsi dikatakan sebagai punca radiasi meresap keluar di satu loji manakala di dua loji yang lain suhu semakin meningkat.
.
Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan pagi tadi, sistem penyejuk bagi reaktor No.3 loji tersebut tidak berfungsi. Pihaknya berusaha melepaskan stim dalam reaktor tersebut. Sebelum ini, reaktor No.1 dan 2 loji pertama dan reaktor No.1, 2 dan 4 untuk loji fukushima nombor dua juga mengalami kerosakan sistem penyejuk.

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa pihaknya telah memasukkan air laut ke dalam reaktor No.1 loji pertama


Radiasi itu juga di kesan di bahagian luar dan menyebabkan kerajaan mengambil tindakan pengosongan kawasan lingkungan sehingga 10 km.
.
.


.
.
22 orang warga Jepun dikesan positif telah terkena radiasi nuklear dalam kawasan 10 km di loji tenaga nuklear pertama Fukushima , Jepun dan mangsa tersebut di isolasi di Nihonmatsu, Jepun.
.
.
Seorang warga jepun terkena radiasi nuklear dan membersihkan diri dengan cecair khas.
.
.


Barang2 yang di jangka terkena dan tercemar dengan radiasi nuklear juga di isolasikan.

No comments:

Post a Comment