(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Wednesday, June 6, 2012

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2.

Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF.

Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.




Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera, nasihat saya ambil peluang yang telah diberikan sebaiknya.

Untuk mengetahui status permohonan, anda bolehlah log masuk dengan sistem e-perolehan seperti yang saya nyatakan di atas. Klik profil dan klik status permohonan..kemudian klik diari pengesahan. Segala proses pengesahan permohonan yang dilakukan pihak MOF akan dimaklumkan di sini dan proses mengambil masa 14 hari bekerja.

Jika status permohonan dinyatakan disitu telah berdaftar, bermaksud permohonan anda berjaya dan telah didaftarkan dengan kementerian kewangan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu rakan2 yang lain.

Contoh bidang yang kami pohon ialah membekal mesin2 pejabat, semua peralatan sukatan/ukuran, kabel, aksesori dan konduktor dan ada beberape lagi. Jika dah daftar dengan MOF dan dah ade eperolehan kad/pendrive memang sonang baitu nak tambah bidang nih.ok..jumpe lagi
wassalam..

5 comments:

  1. salam. brp lama proses utk mendapatkan sijil tersebut ?
    ada kata 2-3 hari, ada kata 2-3 minggu

    dan ada kata walk in mudah dan ada kata online mudah ?

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. WASSALAM..
    Proses tambah bidang ambil mas 14 hari bekerja baru lulus. Bergantung kepada ruang waktu pegawai yg prose permohonan tersebut.

    ReplyDelete
  3. assalam tuan.

    terima kasih atas info berguna tuan share. kalau kita dah ada ssm and MOF. kita dh ada 10 bidang permulaan. mcm mana kita nak tambah lagi bidang yang lain. kita kena refer ssm or MOF terus?

    jika tuan ada maklumat minta di sharing. terima kasih /no1

    ReplyDelete
  4. salam.. tanya skit.. sye bcadang untuk membuat tambahan kod bidangang.. selepas proses sme dokumen selesai, berapa jumlah yg sye perlu ada dlm akaun? klu permohonan pertama kne ade rm2500>> utk penambahan kod bidang cmne?

    ReplyDelete
  5. Hakimi. untuk pendaftaran MOF, syarat yang perlu dipenuhi,
    akaun bank syarikat mestilah minima rm2500.
    10 bidang pertama adalah percuma manakala bidang seterusnya rm50/bidang.

    ReplyDelete