Skip to main content

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah..

Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan.

Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang -pendaftaran pembekal atau perunding.

Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas.

Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebelah kiri atas.

Semua seksyen mesti diisikan. Setelah siap disini dan kesemua seksyen ditandakan, kita perlu tekan butang isytihar dan maklumat kita akan dihantar ke kementerian kewangan untuk tindakan selanjutnya.

Manakala dokumen sokongan boleh dihantar melalui pos. Macam saya guna khidmat pos laju. Permohonan akan disahkan dalam tempoh masa 14 hari bekerja. Walaubagaimanapun, anda perlu semak profil anda setiap hari untuk mengetahui sama ada permohonan sudah disahkan atau pun tidak.

Sementara menunggu pengesahan, anda perlu membuat bayaran permohonan sebanyak RM450, maklumat dan cara bayaran ade ditunjukkan pada seksyen. Permohonan tidak akan diluluskan sekiranya pembayaran tidak dibuat.

Pesanan saya, jika anda ada masalah semasa mengisi seksyen2 dan ada persoalan lain, sila hubungi e-perolehan centre berdekatan anda. Masa saya nak isi seksyen dan menggunakan sistem ni, rasanya lebih 5 kali saya dapatkan bantuan e-perolehan centre. Sampai dah rasa give up, agak rumit juga bagi sesiapa yang tak biasa dengan sistem online.

Entri ni hanya pendaftaran dengan kementrian kewangan, manakala pembelian smartcard pula untuk log masuk medium akses eP akan saya buat entri yang lain. Dengan harapan rakan2 dapat melakukannya dengan mudah. jumpa lagi..wassalam..


Comments

  1. salam..tq kerana berkongsi pengalaman mggunakan e perolehan..nampaknye jimat sket kalo buat sendiri ye..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.tq atas prkongssian..Surat sokongan tu surat apa ya..mcm mn nak dptkan?

      Delete
  2. terima kasih.Jasa anda membantu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih, info yang sangat2 berguna.

    ReplyDelete
  4. tq. sangat2 menbantu

    ReplyDelete
  5. salam.saya dah daftar.tapi macam mana nak semak samada dorg dh proses permohonan kita atau belum?terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. login eperolehan - status permohonan

      Delete
    2. mcm mana kita nak dapatkan ID log masuk dan kata laluan?.

      Delete
  6. Terima kasih Tn/Pn..ilmu/info yg dikongsikan sgt berguna..semoga Tn/Pn berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dimurahkan rezeki oleh Nya.

    ReplyDelete
  7. document sokongan tu seperti ape ye?

    ReplyDelete
  8. Salam..utk page yg dia minta badan profesional tu nk buat mcmna ye?xfhm la..

    ReplyDelete
  9. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorangg siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gmail.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Saya dah berjaya daftar kewangan secara online...memang rumit...sebab banyak step yg perlu diisi...amik masa 1 hari gak la nak siapkan. cuma kalo buat sendiri jimat la dari segi bayaran, RM 450 daftar kewangan belum tambah medium ep (lain harga). total dalam RM650-750 je bergantung pada medium ep yg dipilih.

    ReplyDelete
  11. Assalam...rakan2 niaga...sy mohon maaf jika tidak dapat menjawab segala persoalan.
    Dokumen sokongan sebenarnya ade disenaraikan dalam seksyen seperti SSM,resit sewa beli, perjanjian sewa beli dan lain2.

    Saya hanya membantu memudahkan rakan2 utk daftar secara online..dan Alhamdulillah akan menjadi rujukan utk anak2 saya nnt.

    Terima kasih sudi membaca panduan ini ;-)

    ReplyDelete
  12. Terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat..

    ReplyDelete
  13. Kalau kita ingin menjadi pembekal... pilihan yg harus di buat ialah kontraktor atau perunding...
    mohon pencerahan

    ReplyDelete
  14. TQ bro... I do really appreciate

    ReplyDelete
  15. ikut pengalaman anda,berapa lama tempoh? dari stat submit hingga Berjaya dapatkan sijil? ada 2 minggu tak?

    ReplyDelete
  16. salam. nak Tanya, saya baru nak isi, kenapa xboleh bukak yeeperolehan tu? system corrupt k ?please help me..

    ReplyDelete
  17. AS SALAM . saya telah register permohonan baru MOF melalui online dab telah selesai pada 8/7/2015 , sehingga kini status permohonan , ( menungu dokumen sokongan ) kepada kawan2 yg telah bejaya daftar secara online mohon kongsi pengalamaa,kerana saya ada cuba check dan follow melalui talian hotline,,hasilnya , telefon tak angkat atau talian sedang digunakan,,,cubaan ni hari2 dan setiap jam, tiada hasil jawapan,,,mohon bantuan bagaimana harus saya buat dan tindakan yg perlu saya ambil,,,,

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum semua..
    Terima kasih kerana sudi jadikan panduan.
    Jika anda ade persoalan yang berkaitan elok rasanya hubungi bahagian kementrian kewangan atau eperolehan centre.

    Saya hanya mampu membantu memudahkan pendaftaran rakan2.
    Harap maklum dan terima kasih sudi komen.

    ReplyDelete
  19. saya tersangkut dekat bahagian Status Modal/Ekuiti.. ada sape2 blh bantu??

    ReplyDelete
  20. ada beza ka berdaftar dgn MOF n berdaftar dgn eP?

    ReplyDelete
  21. EP TU ADALAH BAWAH MOF... EP TU WEBSITE DIA.. Eperolehan.. nak daftar n cepat boleh contact sy..

    ReplyDelete
  22. Untuk enterprise, kalau tak de staf nak buat macam mana kalau kitalah pengurus kitalah staf...macam mana nak isi seksyen maklumat personal

    ReplyDelete
  23. Untuk enterprise, kalau tak de staf nak buat macam mana kalau kitalah pengurus kitalah staf...macam mana nak isi seksyen maklumat personal

    ReplyDelete
  24. saya da buat id apa semua , tapi tak jumpa 6 seksyen yang nak kena isi tu

    ReplyDelete
  25. please wassap untuk memudahkan saya 0173474827

    ReplyDelete
  26. Memang rumit sesangat nak buat kalau kurang faham. banyak tmpat tanya dah semua nak RM 1k lbh.. Saya ada kawan... dia buatkan dari A hingga Z, lepas dapt sijil siap akan tolong cara2 nak masuk tender/pembelian terus/sebutharga dalam ePerolehan.Kos dalam RM850.00 jer (tak ada harga tersembunyi). Hubungi WhatsApp/sms 019 7294830. Kalau dia tanya dari mana dpt nombor cakap jer dari Danish

    ReplyDelete
  27. Good info puan. Terima kasih. Saya akan cuba daftar sendiri

    ReplyDelete
  28. Terima kasih, Sangat membantu 😀

    ReplyDelete
  29. SAYA SEDANG CUBA DAFTAR SENDIRI..SAPE PERNAH ISI SENDIRI BOLEH PM SAYA X????0134756771

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah berjaya untuk pendaftaran ke tuan? sy stuck di alamat.. x boleh key in daerah..

      Delete
  30. Kelapa link eperolehan tak boleh dpt?

    ReplyDelete
  31. Kalau lesen kewangan dah tamat 2012,nak kn mohon semula atau renew je

    ReplyDelete
  32. pm saya untuk permohonan lesen......0145144446

    ReplyDelete
  33. please help me, saya nak renew sijil MOF ada sesape boleh tolong x, saya dah log in wesite eperolehan, and buat step 1 upload katalog, utk step yg kedua tu saya keliru perlukan panduan, saya harap ada lah yg reply hmmm

    ReplyDelete
  34. Saya pemohon barui pemilik tunggal sebagai kontraktor bekalan. Dah dua hari buntu untuk mngisi maklumat pd ruangan JENIS PERNIAGAAN. Saya KLIK dan semak senarai MSIC 2008. Senarai nombor kod dan bidang MSIC 2008 tidak sama dgn senarai kod dan bidang MOF. Saya tk dpt teruskan pengisian borang daftar pemohon baru. Minta pencerahan dan panduan.

    Nak minta perkhidmatan ejen kna bayar beribu ringgit. Satu sen blum dpt kita dh kena cekek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://t.me/joinchat/AIs_EhVobMXSWWTqxzYyOA saya telah sediakan medium telegram untuk kita sharing info pendaftaran MOF.. boleh join ramai2..

      Delete
  35. Salam..trima kasih atas perkongsian nya. Cuma 1 je nak tnya..surat sokongan tu mcm mana?mana nk dptkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://t.me/joinchat/AIs_EhVobMXSWWTqxzYyOA saya telah sediakan medium telegram untuk kita sharing info pendaftaran MOF.. boleh join ramai2..

      Delete
  36. jom buat group wasap atau telegram untuk share lagi tentang daftar mof ni.. 0179737806

    ReplyDelete
    Replies
    1. Add saya 0142760139
      Berminat joint group

      Delete
    2. https://t.me/joinchat/AIs_EhVobMXSWWTqxzYyOA saya telah sediakan medium telegram untuk kita sharing info pendaftaran MOF.. boleh join ramai2..

      Delete
  37. https://t.me/joinchat/AIs_EhVobMXSWWTqxzYyOA saya telah sediakan medium telegram untuk kita sharing info pendaftaran MOF.. boleh join ramai2..

    ReplyDelete
  38. Salam.. sy ada renew sijil mof & sekali buat payment. Macam mana nak tau kalau kkm da approved?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora