Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

Jalan2 cuti mac:hari pertama: Temerloh ke Kuala Trengganu

Alhamdulillah..masih punyai ruang waktu untuk berkongsi pengalaman baru. Saya dan suami telah pun berjaya menjelajah separuh malaysia pada cuti sekolah mac yang lalu. Macam tak percaya kami dapat menyelasaikan misi ini walaupun pelbagai ujian yang melanda. Anak2 pun tak berapa banyak kerenah dalam menjayakan misi ini. Misi jelajah utara semenanjung ni bermula dari Temerloh, kemudian ke Kuala terengganu, ke perak , ke klang dan akhir skali ke Temerloh semula. Kami sebenarnya teringin sangat nak melihat sendiri keindahan ciptaan Illahi dengan melalui banjaran Titiwangsa dan tasik temenggor dan aktiviti terakhir misi ini ialah merasai sendiri  ketam lembut di kuala gula. Kami menggunakan peta pada galaxy tab sebagai penunjuk arah, perjalanan ini kali pertama, jadi kami memang tak tahu jalan, main terjah jer.Sebab tu saya lebih suka memberi nama misi ini "Mission Imposible 1". Bermula pada hari selasa, tepat jam kul 9.30 pg kami bertolak dari temerloh menuju ke kuala

Resepi kek batik mudah

As salam buat semua..sudah lama tidak mengupdate blog berikutan pelbagai masalah yang dihadapi. Alhamdulillah..segalanya sudah diselesaikan. Oleh sebab ramai yang sukekan kek batik terutama kanak-kanak..jadi saya dengan murah hatinya ingin berkongsi resepi kek batik dari citarasa saya dan keluarga saya. Sebenarnya sejak saya di tingkatan 3 lagi sudah mula membuat kek batik bukan untuk dijual tapi untuk makan sendiri je. Saya memang peminat tegar kek batik. Mulanya jatuh cinta dengan kek batik masa buat masak2 subjek kemahiran hidup kat SAMTH lah kan. Sejak dari hari tu saya selalu sangat buat. Masa memula kenal mr. hubby dulu pun, bila cuti semester habis lek kolej saya buat kek batik untuknya. Pertama kali makan terus jatuh cinta pada kek batik tue kan. Pastu, asalkan saya balik cuti sem je.. mesti mr. hubby request soh buat kek batik. bukan untuk dijual..ini saya buat masa raya haji tahun 2011 nak bawa lek kampung. Banyak betul story pasal kek batik ni yer..jom cub