(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, March 29, 2012

Jalan2 cuti mac:hari pertama: Temerloh ke Kuala Trengganu

Alhamdulillah..masih punyai ruang waktu untuk berkongsi pengalaman baru. Saya dan suami telah pun berjaya menjelajah separuh malaysia pada cuti sekolah mac yang lalu. Macam tak percaya kami dapat menyelasaikan misi ini walaupun pelbagai ujian yang melanda. Anak2 pun tak berapa banyak kerenah dalam menjayakan misi ini.

Misi jelajah utara semenanjung ni bermula dari Temerloh, kemudian ke Kuala terengganu, ke perak , ke klang dan akhir skali ke Temerloh semula. Kami sebenarnya teringin sangat nak melihat sendiri keindahan ciptaan Illahi dengan melalui banjaran Titiwangsa dan tasik temenggor dan aktiviti terakhir misi ini ialah merasai sendiri  ketam lembut di kuala gula.

Kami menggunakan peta pada galaxy tab sebagai penunjuk arah, perjalanan ini kali pertama, jadi kami memang tak tahu jalan, main terjah jer.Sebab tu saya lebih suka memberi nama misi ini "Mission Imposible 1".

Bermula pada hari selasa, tepat jam kul 9.30 pg kami bertolak dari temerloh menuju ke kuala trengganu. Sepanjang perjalanan, kusangkakan panas sampai ke petang, rupernye hujan di tengah hari. hujan sekejap lebat, sekejap perlahan.. Memang sejuklah. Anak2 pula tidur dan memudahkan perjalanan.

Lebih kurang kul 2ptg kami sampai di kuala Trengganu. Apa lagi jalan2 cari makan sebab dah lapar sangat. Kami pun terjah jer mana2 restoran yang ada...hanya rm13 jer untuk 2orang dewasa dan 3orang kanak2 makan..sangatlah murah. Sesiap makan kami menuju ke kg mengkabang lekar, cari resort yang saya booking sesiap secara online. Banyak kali juga patah balik sebab tak jumpe jalan. Sampai di resort lam kul 3.30 ptg.

Kami menginap di Gem Beach Resort, ratenye RM158 sahaja, oklah untuk mereka yang nak bajet banyak ni je. Saiz bilik tu, rasenye standard jer mana2 hotel, ade 1 bilik mandi, katil single atau queen. Kawasan resort agak besar dan sesuai untuk anak2 berlari2ankan. Saya juga suka pemandangan kat sini, sangat menenangkan..lupa segala kekusutan yang berada kat kepala ni. Selesai simpan barang2 lam bilik dan membersihkan diri terus nak mandi kat swimming pool anak2 ni. Memang dah jadi aktiviti wajib kalo pegi bercuti. Layankan. Lama jugalah mereka main air hampir 2 jam..Aniq farhan pun sampai menggigil kesejukan. 

aniq yang kesejukan..

jalan2 sekitar resort sambil melihat ombak menghempas pantai..

Dah selesai main, kami bersiap untuk makan malam..mama dan papa dah laparlah. Saya pun tak ingat nama restoran tu, yang pasti berada di jalan yang menuju ke taman tamadun islam. Kami just makan mee hun sup perut, nasi air dan chicken chop..Selesai makan kami pun menuju ke taman tamadun islam untuk melihat keindahan masjid kristal, ternyata pada waktu malam sangat cantik sebab lampu2 pada menara masjid berubah warna. gambar tak bape cantik sebab kami guna hp jer amik gambar. Ekcelli banyak jer gambar saya dan anak2 kat masjid kristal ni, tapi masing2 menunjukkan perut2 yang bulat. jadi saya letak jerlah gambar masjid ni sebagai tanda kami memang pergi ke trengganu..okay..

 masjid kristal,kuala terengganu..



Selepas itu, kami ronda2 bandar kuala trengganu, meriahnya dan ade tempat untuk anak2 bermain2 di waktu malam..bestnye kalo kat temerloh ade macam ni. Kami juga mencari2 hotel yang kami menginap mase honeymoon, 7 tahun yang lalu, tapi tak jumpe, penat dah pusing2. Masing2 dah merengek2, jadi kami balik semula ke hotel. Berehat dan tidur, soknya akan melalui jalan yang berbukit2.

Pada esok harinya kami bersarapan di resort jer. Tapi amirul fariz tak nak makan sebab nak terjun kolam lagi..tak puas main semalam agaknya.  


budah debab tak nak makan..

syoknye anak2 dapat main air lagi..main sampai kecut..

pemandangan ke arah laut..cantik..


Hari kedua bercuti ni, kami pergi ke kuala gula untuk menikmati ketam lembut yang lembut itu, dengar kata orang seluruh kulit ketam boleh dimakan. sebab tu kami teruja sangat nak rasa. Nantikan cerita kami ke kuala gula pada entri akan datang..tungggu..wassalam..






No comments:

Post a Comment