Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Kreatifnya Amirul fariz

Salam mesra dan alhamdulillah...masih diberi nafas untuk hidup.. Hari senin yang lalu Amirul fariz ni telah minta lagi perkara pelik untuk dibawa ke sekolah. Nak bawa bekal 4 biji rambutan..memang tak pernah dibuat orang. Papa die kata budak kreatif. Kalo sebelum ni, pakai spec pegi sekolah dan macam2lah. Amirul ni kalo tak penuhi apa yang dipinta, nanti menangis lak..tak pelah selagi tidak merba hayakan dirinya. 4 biji bagi dirinya macam dalam bekas tulah. Tahu perkataan 4 tapi tak tahu apa maknanya. Kadang2 rasa amirul fariz ni kelakar orangnya. Perangai bagusnya, die suke menolong tanpa dipinta. Dengan harapan akan berterusan sikap begitu. Wassalam.

Sana sini durian..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah... 2 minggu berturut di hujung minggu balik ke jenderam rumah PIL saya, bukan ade apa pun cuma nak menikmati durian sendiri. Memang sedaplahkan, memang tak terkira banyaknye saya makan. Alhamdulillah boleh makan tanpa rase sakit kepala yang amat. Saya ni dari kecik memang suke makan durian. Perkara yang paling seronok sekali kutip buah durian kat kebun dengan anak2. Sanggup bertolak kul 6pg dari Temerloh. Dan untuk pertama kali saya drive hilux di highway sampai hentian lancang lebih kurang 45 minit. Dan sampai di jenderam kul 8.30 pg terus pegi kebun cari durian. Anak2 pun sporting jer haritu. amyra dan amirul mencari durian.. inilah hasilnya.. MIL saya buat pulut durian, leh kata sepanjang hari makan durian. Anak2 pun sukelah sangat makan durian, termasuk aniq yang kecik cinonet ni. Banyak gak die makan. Makanlah anak2 selagi diberi nikmat merasa makanan dan rezeki buah sendri. Wassalam..

Buah hatiku..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah..syukur.. Saya suka nak cerita pasal buah hati saya ni.Kalo gi memane atau kastemer ke..supplier ke datang, mesti cakap buah hati saya yang 2 orang ni sejibik. Memang kalo ikutkan dari mata kasar memang sama. Dari mata saya sendiri sebagai ibu dan isteri ade banyak perbezaannya.Macam saya juga kadang2 tengok anak2 kawan2 sama macam ayahnye. comel jer kan.. Tapi setahu saya seorang suami tidak boleh menyamakan isteri dengan anak perempuannya, ibu atau wanita yang haram dikahwini oleh suami..ini sudah jatuh hukum "zihar". Untuk lebih maklumat mengenai hukum zihar dan bahagian anggota yang terlibat boleh rujuk sini- HUKUM ZIHAR- Semoga Amirul Fariz akan mengikuti jejak langkah papanya menjadi usahawan yang berjaya. Tak kisahlah dalam bidang apa pun, tapi lakukan sehingga berjaya. Wassalam

Lulus ujian memandu kelas D yang kedua.

Salam mesra buat semua teman2..alhamdulillah lulus sudah ujian kete..pasni janganlah buat terlupa nak renew ye.. Punyerlah dari rumah berdebar2. Sampai sane..solat zohor dulu baru pegi daftar amik nombor. Dapat nombor 1, lagilah dup..dap..dup..dap..Berbual2 dengan bebudak yang sesi 2, rase kurang sket debar tu. Dan tibalah saat2 amik kete..dapat kete yang clutch longgar..adoi..terpaksa tekan minyak banyak sampai mengaum..biarlah mengaum daripada terundur. Pastu ujiang parking lak..saya tenangkan diri dan ikut je step yang cikgu ajar dan terus wat ujian 3 penjuru. Alhamdulillah..lulus. Saya pun pergi ke toilet tunaikan hajat. Balik jer ke tempat menunggu, bebudak tu kata JPJ panggil untuk ujian jalanraya. Terkejut saya..cepatnyerkan...tak sempat nak minum 100 plus. Erm..saya pun terus masuk kete, ceklah sume2 mende2 yang sepatutnyer. Ok..jalan, dengan bertenang. JPJ kata jalan mentakab, wah rase berdebar. Tapi alhamdulillah kesemua traffix light yang bukit saya lepas sebab lampu hijau.

Lesen kelas D untuk kedua kalinya..

Salam buat semua teman2...alhamdulillah..selesai sudah belajar step2 naik bukit, parking dan 3 penjuru. Ramai yang tertanya2..ape ke halnye saya amik ujian praktikal untuk kelas D skali lagi. Nilah yang ingin saya kongsikan. Sejak tinggal di Temerloh memang saya tak memandu, sebab gi keje turun tangga je, kalo nak pegi bank ke, post ofis ke, pasaraya ke, jalan kaki je. Dek kerana itu sampai buat tak kisah nak hidupkan lesen dan lagipun slip lesen hilang ..so jadi malas nak wat. Dan bila akan datang ada banyak perancangan lain, jadinya saya kene memandu sendri, jadi pergilah nak hidupkan lesen kat JPJ, skali..tak boleh daa..sudah lebih tempoh 3 tahun. Saya pun buat rayuan melalui atas talian (online). Lam seminggu dapat result, rayuan diterima, tetapi perlu melakukan ujian praktikal padang dan jalanraya. Mula dah terketar lutut nak belajar kete manual semula..rase sangat2 membebankan. Memula belajar dengan suami..aish..tak boleh lah dengan suami..banyak terasa hati pulak asyik kene tegu