(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, July 4, 2011

Lesen kelas D untuk kedua kalinya..

Salam buat semua teman2...alhamdulillah..selesai sudah belajar step2 naik bukit, parking dan 3 penjuru.

Ramai yang tertanya2..ape ke halnye saya amik ujian praktikal untuk kelas D skali lagi. Nilah yang ingin saya kongsikan. Sejak tinggal di Temerloh memang saya tak memandu, sebab gi keje turun tangga je, kalo nak pegi bank ke, post ofis ke, pasaraya ke, jalan kaki je. Dek kerana itu sampai buat tak kisah nak hidupkan lesen dan lagipun slip lesen hilang ..so jadi malas nak wat.

Dan bila akan datang ada banyak perancangan lain, jadinya saya kene memandu sendri, jadi pergilah nak hidupkan lesen kat JPJ, skali..tak boleh daa..sudah lebih tempoh 3 tahun. Saya pun buat rayuan melalui atas talian (online). Lam seminggu dapat result, rayuan diterima, tetapi perlu melakukan ujian praktikal padang dan jalanraya.

Mula dah terketar lutut nak belajar kete manual semula..rase sangat2 membebankan. Memula belajar dengan suami..aish..tak boleh lah dengan suami..banyak terasa hati pulak asyik kene tegur. So, saya berdaftar dengan sekolah memandu ekonomi ceria, amik 4jam je blajar.

Dan harini habis sudah 4 jam belajar. Dengan harapan esok akan dipermudahkan segala perjalanan ujian.Rakan2 tolonglah doakan saya..saya rase dah tak larat untuk mengulanginya lagi..dengan harapan dapatlah drive hilux pasni...wassalam

No comments:

Post a Comment