Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

Stor: Menegakkan tiang

Alhamdulillah...   Tiang stor telah ditegakkan, terdapat 10 batang tiang setinggi 19 kaki untuk pembinaan stor ini. Jarak diantara satu tiang ke satu tiang ialah 20 kaki.   Kami akan meluangkan masa untuk melihat sendri pembinaan ini dilakukan supaya di masa akan datang suami saya sendri boleh jadi kontaktor.     Kami akan memastikan pembinaan ini akan siap dalam waktu yang telah ditetapkan. Bukan mudah untuk menegakkan tiang yang berat ini. Setiap satu tiang mengambil masa lebih kurang 2jam untuk ditegakkan. Mohon doa semoga segala urusan pembinaan ini berjalan lancar kerna sebelum ini kami menghadapi pelbagai onak duri untuk merealisasikan impian ini. kami juga doakan rakan2 mendapat kesihatan dan kejayaan dalam apa jua bidang yang anda ceburi..aamiin..   Setakat ini untuk kali ini. wassalam.  

Hari Kemerdekaan ke 56

Assalamu"alaikum....selamat sejahtera... Selamat hari kemerdekaan yang ke 56 buat semua warga malaysia. Anak2 dengan bersemangat mengibar jalur gemilang depan kedai di hari kemerdekaan yang lepas.   Semoga negara kita kekal aman sentosa. Sama2 kita doakan negara kita ditadbir urus dengan adil dan saksama tanpa perbezaan taraf dan kaum.   Jalur gemilang di depan kedai..     Ok..jumpa lagi..   

Kursus: "Cash Flow Management"

Assalamu'alaikum...   Alhamdulillah saya diberi kesihatan dan rezeki untuk menghadiri kursus ini. Dan inilah pertama kali setelah berkahwin 8 tahun saya meninggalkan anak2 bersama suami. Sangat excited nak pergi kursus dan sangat sedih tinggalkan anak2.   Namun, demi menuntut ilmu yang berkaitan pengurusan aliran tunai saya gagahkan jua. Lebih mengharukan saya kene memandu selama 2 hari ke Kuala Lumpur.   Siap study peta supaya tak sesat jalan dan seminggu sebelum menghadiri kursus saya meminta en.suami tunjuk jalan dari temerloh ke Hotel Seri Pasific, kemudian ke Dengkil dan Dengkil ke hotel.   Seawal jam 6.45pg hari rabu saya bertolak dari temerloh dan sampai di hotel jam 8.35pg. Tersangatlah jem selepas saya keluar dari DUKE. Betapa saya teringat temerloh yang tenang tanpa jem..haruu..sob..sob...   Sampai di bilik bunga raya saya pun memilih tempat. Semoga dapat kawan2 yang serasi. Dan alhamdulillah  group meja bulat saya semuanya friendly. Takdelah boring.

Stor: Meratakan tanah

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah...rezeki kami setelah 2 minggu beraya sakan. Dapat memulakan operasi untuk membina stor bahan binaan. Perancangan yang sudah mencapai 2 tahun dan kini impian kami insyaa Allah akan dapat direalisasikan.   Sebut harga untuk membina stor berkeluasan 40' x 80' ini memerlukan modal sebanyak RM35k+++. Dan sebut harga ini mungkin akan berubah2 berikutan kenaikan harga barangan dan sebagainya.   Stor ini dibina untuk menyimpan simen, kayu kayan, plywood, kapur dan lain2.   Pembinaan stor ini mengambil masa 1 bulan untuk disiapkan.   Encik suami sedang berbual2 dengan kontraktor disebalik hilux...   Abg amirul pula sempat berposing sementara menunggu pembersihan kawasan dilakukan..     Gambar dibawah menunjukkan kawasan tanah berkeluasan 40' x 80' yang telah dibersihkan untuk pembinaan stor. pandangan menghadap jalan raya   pandangan ke belakang   pandangan kanan pandangan kiri   Kami b

"Selamat Hari Raya Eidulfitri"

Assalamu'alaikum.....agak bersawang juga blog ni tanpa cerita dari kami. Syawal hampir ke penghujungnya. Jadi, kami sefamili ingin mengucapkan "Selamat menyambut syawal" kepada pembaca setia blog dan kepada semua rakyat malaysia.     Hari raya kedua kami ke kelantan beraya dirumah saudara mara belah suami. Anak2 memang tak melepaskan peluang jika jumpa kucing ke ayam ke semua nak dikejarnya.   Macamlah tak pernah nampak...tapi memang betul pun yang mereka kejar ini ayam katik, comel je.      Di rumah sepupu suami pun anak2 dengan tanpa segan silu mengambil basikal dan terus bermain bergilir2.Boleh dikatakan sepanjang beraya mereka hanya bermain di luar rumah, kuih raya pun tak jamah.   Perkara yang tak boleh dilupakan setiap kali balik kelatan ialah makanannya yang memang tip top. Alhamdulillah..   ok..jumpa lagi.