Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

"Selamat ulang tahun papa"

Salam mesra dan salam ramadhan buat rakan2 yang beragama islam..alhamdulillah..semalam genap usia suami saya 31 tahun. Saya tak tahu nak bagi hadiah ape kan. Daripada tak ade lebih baik ade, walaupun kecil nilainya. Jadi saya telah menghadiahkan suami saya senaskhah al-quran yang lengkap dengan makna, hadis, asbabun nuzul dan lain2 lagi. Semoga dengan hadiah ini dapat melengkapkan lagi suami saya menjadi suami mithali yang hebat. Kami amat berbangga dengan anugerah atau pun kelebihan yang Allah berikan kepada suami saya. Yang mana kami anak beranak berasa senang dengan adenya papa. Disaat air tiada kami masih senang dengan adanya pump, papa dah siapkan segala hos dan wayar. Disaat tiada letrik kami masih selesa kerna adenye generator, papa sanggup buat wiring panjat syiling menyediakan plug khas untuk gune kipas dan lain2. Disaat anak2 keboringan, papa sediakan pool untuk anak2 bermain. Di saat saya berbaring tidak sihat, kebajikan saya dan anak2 terjaga. Terlalu banyak sehingga tak te

Hawami Hardware genap 3tahun..

Salam mesra buat semua..alhamdulillah.. pejam celik pejam celik dah 3 tahun usia kedai yang diusahakan kami. hero2 saya ni memang suke dok depan pintu,susah kastemer nak masuk.. Syukur sangat2, kami ingin mengembangkan perniagaan ini yang dirancangkan sejak akhir tahun lepas tapi masih dalam proses..diharapkan semoga segala proses2 yang perlu dilalui dipermudahkan. Sempena menyambut ulang tahun yang ketiga ini kami pun mengubahsuai sedikit pintu masuk kedai. Rak untuk display segala macam jenis kepala paip dari RM20 hingga RM300, pilih jerlah mana yang nakkan. Single, double, flexible sume ade dan akan ditambah lagi jenis dan rupa bentuk dari masa ke semasa bergantung kepada bajet. Kami juga telah bawa masuk toilet bowl satu set dengan pam dengan pelbagai pilihan warna. Rupa bentuk toilet cangkung pun akan ditambah juga. Sinki ceramic, aluminium, stainless steel, besar, kecil dan yang berkaki juga ada. Harga dari RM40 hingga RM900, kepelbagaian ini perlu kerna setiap kastemer mempunya